Sunday, May 22, 2011

BangsaKU 2

Bangsaku
Andakah masih bermimpi

Tanah sedepa tinggal sehasta
Yang Ada Hanya Nama

BangsaKu Bahasa Mu
Hanya dipinggiran
Walaupun Merdeka telah lama

Bangsaku toleransinyaMu
Menjadi bahan ketawa bangsa lain
Buat anak cucu mengeleng kepala

Mana perginya kata-kata Hang Tuah
Jika makin lama kita makin terpinggir
Malu kita pada anak cucu
Jika yang tinggal hanya sejarah sahaja

Nukilan Ammar

Orang Muda

Amg kali nie nak cerita satu kisah tentang orang muda dan orang tua bukan apa amg hendak tulis cerita ini cuma sebagai tauladan kepada orang-orang muda bahawa walau setinggi mana ilmu yang ada ataupun pangkat yang di sandang tapi kita perlu ingat akan budaya menghormati orang yang lebih tua. Sebab mereka dahulu dilahirkan didunia janganlah kita angkuh dengan pangkat yang disandang sebab kita akan kembali ditempat yang sama iaitu diperut bumi ciptaan tuhan yang kita bawa hanya beberapa hasta kain putih yang membalut tubuh kita.Orang muda perlu ingat akan pepatah melayu bahawa dalam setandan kelapa itu ada yang muda dan ada yang tua tak semestinya kelapa tua jatuh dahulu ketanah kadang-kadang kelapa muda akan jatuh dahulu. Jika kita lihat pada masyarakat melayu nilai menghormati dan menjaga orang tua adalah kurang berbanding dengan bangsa lain kalau kita pergi berjoging ditaman kita akan lihat bangsa lain menolak kerusi roda orang tuanya, membimbing orang tuanya berjalan tapi nak lihat bangsa amg jarang sekali..emmm renung-renungkanlah

Wednesday, May 11, 2011

Mana perginya Pahlawan Islamku

Sekarang nie negara islam umpama bola disepak iaitu ditendang kesana sini, dicucuk hidung seperti lembu ditarik , ditambat dan yang akhir sekali dikorbankan, amg sekadar ingin berkongsi pada zaman kegemilangan islam dulu kita dipandang mulia dan tinggi oleh bangsa lain iaitu bangsa kafir kerana masa itu kita mempunyai pemimpin yang hebat, saintis yang hebat, pemikir yang hebat dan mujahid yang hebat tapi sekarang sungguh mengecewakan kita lemah dalam segenap pekara, tengoklah pada teknologi perang negara islam mana ada didalam dunia ini negara islam mampu mencipta senjata perang yang canggih seperti F18, F15, F22, MIG29,MIG31,Gripen dan bermacam-macam lagi nak cipta senjata infanti tempur pun tak mampu yang ada hanya dilesenkan dan jika berlaku apa-apa lesen itu akan ditarik balik sepatutnya setiap negara islam mencipta satu senjata mengikut kepakaran masing-masing kita boleh melihat macamana negara China dan Korea Selatan membangunkan bidang persenjataan masing-masing malah ciptaan mereka sekarang sudah setanding dengan Negara kuasa besar......emmm amg hanya berceloteh harap-harap suatu hari nanti negara islam sama taraf dengan negara -negara kuasa baru dalam bidang persenjataan..wasalam

Thursday, May 5, 2011

Resahku

Entah kenapa hati ini kelam
Membawa fikiran yang melayang
Buat mencari sebuah sinar
Dihujung sebuah perjalanan

Ku jumpa sebutir bintang
Ketika mengharungi perjalanan
Buat menyinari diri ini
Mengharungi getir kehidupan

Langkah ini semakin longlai
Bila bintang kian hilang
Yang ada awan yang hitam
Untuk menambah hari yang kelam

Aku hanya mampu mendongak kelangit
Menunggu awam hitam berlalu pergi
Adakah bintang  akan timbul kembali
Atau berlalu bersama desiran kasih

Nukilan Ammar

Tuesday, May 3, 2011

Malam ini

Malam ini
Terasa sunyi dan sepi

Yang ada sang Unggas yang ceria
Berbicara di alam rimba

Malam ini kian Kelam
Membawa seribu persoalan

Merombak jiwa ini yang kelesuan
Menanti hari siang

Adakah bintang kan bersinar
Jika malam ku rasa gelap -gelita

Nukilan Ammar

Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya