Wednesday, August 29, 2012

Jangan Membazir

Sambil  menonton TV bersama keluarga melihat cerita yang agak memboringkan tapi oleh kerana anak-anak minat maka terpaksalah amg layan sekejap, kadang-kadang bila melihat drama melayu  jarang berjumpa unsur yang cuba menaikan semangat patrioratik apatah lagi cerita tentang semangat islam terlampau sedikit tidak seperti filem-filem cina yang berjaya membangkitkan bangga menjadi orang cina amg teringat satu filem Pendekar Kundur memang betu-betul filem beunsurkan silat Melayu bila ler filem macam itu akan dikeluarkan lagi.

Opss nampaknya semakin jauh amg membuat mukadimah sebenarnya topik yang hendak dibincangkan adalah perkataan yang selalu diingatkan dan diwar-warkan dimedia masa atau media cetak iaitu jangan membazir contohnya seperti berikut:

a. Jangan Membazir Air
b. Jangan Membazir Elektrik
c.  Jangan Membazir Makan 

dan entah apa lagi perkataan jangan membazir tetapi pernahkan kita diwar-warkan dengan perkataan JANGAN MEMBAZIR KEHIDUPAN ANDA emmm jarangkan, sebab jika kita perhatikan sekarang ramai manusia alpa dengan kehidupan duniawi iaitu terlampau takjub dengan kemewahan dunia dan kalau boleh tidak hendak mati dan kalau boleh ingin mendakap kemewahan sambil berhibur ke sana-sini, wah bestnya, wah seronoknya. Kalau boleh kita ingin  bergembira 24 jam tanpa sakit dan tanpa jemu.

Tapi hidup ini hanyalah sementara, SEMENTARA jadi janganlah membazirkan masa yang ada  cuba tunaikan perkara wajib jika perkara sunat kita tidak mampu lakukan, laksanakanlah rukun IMAM sebaik-baik yang mungkin. Cuba tengok orang disekeliling kita yang kita kenal pasti seorang-seorang pergi meninggalkan kita iaitu mati.

Wasalam dari amg insan yang cuba bertatih dalam ilmu agama......... 

Sunday, August 26, 2012

Makan ataupun Diet

Alhamdulilah syukur kita kepada Allah telah selamat merealisasikan sebulan berpuasa pada bulan Ramadhan yang mempunyai seribu rahmat dan keberkatan dimana kita pun tidak tahu samada boleh berjumpa atau tidak pada bulan Ramadhan pada tahun hadapan.


Pada bulan Ramadhan juga kita telah mengajar salah satu nafsu kita iaitu makan supaya tidak makan pada waktu siang dan kita berjaya melakukannya dengan jayanya sekali dan yang mana selama ini beratnya tidak ideal mengikut skala BMI telah pun berjaya mencapai tahap BMI yang sesuai sekali dan sebagai hadiahnya baju yang dulu saiz yangnya yang kita indam-idamkan iaitu saiz SS, S dan M telah mampu kita sarungkan ditubuh kita wah gembiranya hatikan baju yang kita idamkan dengan saiz yang kita idamkan telah mampu disarung ditubuh kita emm mengalahkan anak dara kita pula. 

Tahniah amg ucapkan, tapi mampukah kita pertahankan selepas ramadhan ini, terutama dengan banyaknya sekali majlis rumah terbuka yang memerlukan perut kita menerima kuantiti makanan dengan banyak sekali, tidak makankan kecil hati pula tuan punya rumah itu tidak termasuk rumah terbuka yang rasmi wah mewahnya rakyat Malaysia terlebih-lebih makan.

Emmm buat yang ingin jaga diet pemakanan dan hendak pastikan tubuh badan tidak naik mendadak cuba amalkan petua-petua berikut :

a. Kawal nafsu makan berhenti makan sebelum kenyang
b. Amalkan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
c. Minum banyak air masak 
d. Jadikan anak atau suami sebagai penasihat samada badan makin naik ataupun tidak
e. Rajin-rajinlah timbang berat badan.

Buat pembaca jangan panik jika berat naik dengan mendadak sebab kalau hendak seribu daya kita mampu mendapatkan saiz badan yang kita impikan emm amg tak risau isteri amg makan banyak mana pun badan dia macam itu juga..heee. Wasalam

Saturday, August 25, 2012

Selamat Pulang Berhari Raya dan Gaya Pemanduan

Alhamdulilah amg dan sekeluarga telah selamat sampai di tempat tinggal amg mungkin semua sudah merasa keseronokan pulang berhari-raya,Mungkin sudah masuk sesi kedua iaitu mengemas rumah yang telah ditinggalkan seminggu, mungkin ada rakan-rakan amg telah kehilangan pokok bunga yang disayangi disebabkan kekeringan kerana tanpa penjagaan selama seminggu ataupun ada ikan di akuarium yang sudah terapung kerana tidak cukup makanan ataupun oksigen.

Kali ini amg hendak sentuh tentang sikap pemanduan rakyat malaysia, kadang-kadang kita tengok kecut perut juga amg pada minggu lepas bertolak dengan keluarga  amg selepas solat ishak bila melalui jalan bentong raub meter di kereta menunjukan had laju 80 hingga  90 km sejam kerana kenderaan yang banyak tiba zup dua buah kereta sedang memecut dengan laju padahal jam pada masa itu telah menunjukan pukul 12.00 malam mereka berlumba sebab nak cepat sampai dekat kampung. Hairankan mengapa tergesa-gesa kampung takkan lari yang mungkin lari ataupun hilang adalah nyawa satu benda yang sangat berharga. Saman amg berpendapat ramai yang dah tidak takut jika mereka orang kaya kalau setakat saman RM300.00 itu sudah tiada makna amg berpendapatlah mana -mana yang telah ada saman melebihi sepuluh saman disyorkan menjalani khidmat masyarakat, amg rasa ramai pembaca blog amg ini setuju dengan cadangan ini sebab ini caranya mendidik masyarakat kita menjadi masyarakat yang patuh dengan undang-undang.

Sekarang ini juga fasa kedua dilembah kelang iaitu mengunjugi rumah terbuka sempena hari raya kadang-kadang amg setuju kadang ada tak setuju bila kita pergi rumah terbuka tuan rumah macam kenal tak kenal dengan tetamu sepatutnya semua tetamu dilayan samarata bukan tengok pangkat ataupun kereta apa yang tetamu pakai....emmmm banyak coloteh amg kali ini mungkin kenyang makan lemang yang dibeli di kuala krai semalam...bye maaf yer jika rasa nak marah.

Friday, August 17, 2012

Selamat Bercuti Buat Sahabat Semua

Kali ini amg nak ucapkan selamat bercuti buat semua sahabat di blog ini, pengunjung blog ini dan rakan-rakan FB semoga dihari lebaran ini semua kita diberi rahmat olenNya berupa kegembiraan menyambut 1 syawal, mungkin seminggu tak berjumpa kerana masing-masing sibuk untuk berkunjung kerumah saudara-mara.Emmm bagi yang sudah mengamal diet pada bulan ramadhan dan ukuran saiz baju pun telah dapat seperti yang diidamkan maka apa kata diteruskan pada bulan mendatang berpuasa sunat pada hari isnin dan khamis.Buat sahabat amg yang terlampau risau dengan masalah berat badan mungkin boleh amalkan petua ini mana tahu baju saiz yang diidamkan dapat dipakai.(Jangan Marah).

Kadang-kadang dalam berkunjung kerumah saudara mara kita akan makan apa sahaja kerana semuanya nampak sedap emmm kalau macam nielah gayanya berat badan mungkin akan bertambah lagi 10 ke 15 kilogram....heeeeee. amg pun kalau tengok ketupat, rendang, tapai dan bermacam lagi aneka makanan tradisi mahu rasanya nak telan semua. Yer ler mana nak dapat dekat kuala lumpur makanan tradisi macam tu emmm nak harap sahabat hantar kan basi pulak betul juga.

Amg sebulan pada bulan ramdhan nie peti sejuk kosong tiada ikan, udang, ayam dan sebagainya sebab sebulan ramadhan dah jadi pelanggan tetap di pasar ramadhan untunglah ada juga sahabat amg yang tak suka ke pasar ramadhan bestnyer masak macam-macam pulak 2 mungkin lepas pencen nak buka restaurant bolehlah amg singgah dapat makan free(muka tak malu).

Dipenghujung ramadhan sekali lagi amg minta ampun, minta maaf pada semua...amg yang jiwa ...entah apa-apa,......wakakakaka....jangan marah nanti kena jual.....

Tuesday, August 14, 2012

Balik Kampung Asal

Kali ini amg nak mencoretkan tentang fenomena balik Kampung, Ianya adalah lumrah pada setiap hari raya tidak kira hari raya Aidilfitri ataupun sebarang perayaan. Sebelum kita balik kita akan membuat satu senarai semak terutama service kereta. Kita akan pastikan daripada tayar yang paling bawah sehingga kepada enjin iaitu nadi kereta semuanya berjalan dengan baik mana yang tak baik kita akan tukarkan,emmm begitu cermat dan telitinya kita bila hendak pulang ke kampung, Kenapa ya perlu buat begitu tidak lain tidak bukan adalah untuk pastikan kita sekeluarga selamat. Wah hebatnya kita dalam setiap perancangan apabila hendak pulang ke kampung hendak pastikan semuanya selamat.

Tahukah pembaca semua pulang ke kampung halaman adalah sementara sahaja bukannya amg hendak menindakan tentang penjagaan keselamatan tetapi pernah tidak pembaca terfikir akan pulang ke kampung akhirat adakah kita membuat semakan sekurang-kurangnya ketika hendak pulang ke kampung  akhirat adakah pernah terlintas dihati untuk menyemak amal ibadah kita daripada solat, puasa, zakat dan lain-lain adakah kita telah bersedia untuk pulang ke kampung akhirat bertemu Maha Pencipta ( Allah ) jawapanya yang biasa kita dengar adalah adalah sikit-sikit, emm  umur aku masih muda lagi dan pelbagai alasan walhal kita tahu semua bahawa kita akan mati suatu hari nanti samada esok, lusa atau pada bila-bila ?.

Emmmm....moga kita semua tidak lupa amg hanya ambil kesempatan dibulan mulia ini saling ingat mengingati....Wasalam 14082012

Sunday, August 12, 2012

Pentingkah Seorang Sahabat

Pentingkah seorang sahabat atau kawan dalam hidup kita ? jawabnya terpulang pada gaya hidup seseorang individu tersebut jika dia seorang yang bersifat individual maka baginya sahabat tidaklah penting sangat dan orang sebegini biasanya dia boleh hidup dalam dunia dia sendiri. Bolehkah kita begitu? Bagi amg jawabnya aduh dunia ini rasa kosong dan sunyi. Kadang-kadang kita perlu seorang sahabat yang baik dan jujur dan paling penting sama perangai atau watak dengan kita, bila kita diketemukan dengan sahabat begini rasanya dunia yang rasa sunyi dan kadang-kadang ada waktu yang cukup membosankan sedikit sebanyak menceriakan kita umpama sebatang lilin yang menerangi hidup ini. Emmm   rasa-rasanya adakah amg sudah berjumpa dengan sahabat macam itu?.Cukuplah seorang jika ada sahabat yang baik dan perangai dan hobi pun macam kita,rasa dunia ini sudah terang kembali.

Saturday, August 11, 2012

Selamat Berpuasa

Minta maaf lambat untuk mengucapkan kerana blog baru boleh dibuka sebab lupa password..emm dibulan baik ini dan diakhir sepuluh ramadhan maka berusahalah untuk memperbanyakan amalan dan ibadat moga kita semua mendapat keampunan keatas segala dosa yang kita telah lakukan. Sesiapa yang tidak mengambil kesempatan akan bulan ramadhan ini ianya satu kerugian yang besar didalam hidup sebab kita tidak tahu adakah kita masih diberi peluang untuk bertemu dibulan ramadhan yang akan datang, bulan ramadhan ini bulan seribu rahmat daripada Allah yang maha besar di bulan ramadhan ini setiap amal akan digandakan sebanyak 70 kali dan jika bernasib baik kita ditemukan dengan malam lailatul-qadar iaitu malam seribu keberkatan, maka sama-samalah kita mencarinya.....amin

Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya