Sunday, February 20, 2011

Pengalaman masa kanak-kanak

Disini amg nak kaitkan tentang satu pengalaman zaman kanak-kanak dahulu masa tu tahun 70 an..zaman kanak-kanak zaman dulu mana ada playstation dan komputer ataupun macam -macam lagi permainan ..masa tu amg ingat lagi zaman cerita kombat kat tv tengah popular so apa lagi hari minggu masa tu kalau tak silap baru darjah satu amg dan rakan-rakan pun main kombat ler..kami bagi kepada dua kumpulan satu pasukan amerika dan satu lagi pasukan jerman..masa tu buat senapang sendiri dengan papan dinding so pakat-pakatlah gotong royong rakan yang lebih tua tolong siapkan amg selaras senapang siap dengan getah dam pembidik sekali...pelurunya buah terung pipit yang kecil tu. Apalagi selepas dipecahkan kepada dua kumpulan maka perang pun berlaku lah pasukan pencari (amerika) menyerang kubu jerman..masa tu dah tak fikir keselamatan..tengah-tengah berperang amg telah terlanggar sarang lebah..hitam apa.lagi amg lari lintang pukang...sedar-sedar jer dah duduk atas pangkuan ibu dirumah rupa-rupanya amg pengsan.Nak tahu ubat apa yang tok bidan guna untuk ubat amg haa yang ini sebenarnya nak kongsi engkau orang tahu tak ubat tahi cacing..yang dikutip kat tanah tu disapu seluruh badan amg...yang kena sengat....lepas sembuh insaf sekejap tapi tak lama semangat nak berperang timbul lagi...maka berperang lah lagi habis terung pipit diambil dijadikan peluru....waaaa seronoknya zaman kecil dulu....

Saturday, February 12, 2011

Annual Dinner JLKN

Semalam AMG...telah sama-sama menyambut dan meraikan Annual Dinner yang secara amnya memang meriah dengan ramai yang datang tu tersenyum dan gembira macam-macam persembahan yang telah diatur bagi malam tersebut . Jika nak lihat gambar annual dinner tersebut boleh lah melawati facebook AMG...tetapi AMG mengharap walaupun kita sambut annual dinner sempadan batasan agama mestilah diingati......AMG sekadar memberi pandangan..AMG ucapkan tahniah kepada semua yang telah menganjurkan program tersebut.

Sunday, February 6, 2011

Fernando Tores (FT)

AMG kali nie sajer nak merungkai berkenaan penghijrahan  Fernando Tores ke kelab Chelsea....dengan bayaran perpindahan antara kelab yang termahal pada musim ini iaitu 50 juta pounds dalam lingkungan RM345 juta duit Malaysia, tetapi jika merungkap sumbangan Fernando Tores kepada kelab Liverpool pada musim kali ini taklah seberapa banyak....Fernando Tores banyak mengisi bangku simpanan oleh sebab kecederaan yang dialaminya. Tetapi mungkin dari segi marketing Fernando Tores boleh menarik penajaan dari Syarikat-syarikat besar untuk menaja sesuatu kelab tersebut dan jika apa yang dapat dari penjualan Fernando Tores iaitu kemasukan dua pemain penyerang yang hebat dan masih muda lagi iaitu Andy Caroll dan Suarez AMG rasa lepas ini pasukan Liverpool akan menjadi pencabar utama Liga EPL mungkin sasaran pengurus baru Liverpool Kenny Daglish untuk mensasarkan empat pasukan teratas akan tercapai....emmm buat penyokong Liverpool di Malaysia janganlah bakar baju Fernado Tores.....sebab harga minyak bukan murah.....wasalam

Saturday, February 5, 2011

Sahabat dan Kawan


Kali nie AMG nak tulis berkenaan dengan sahabat dan kawan, emm kita memang tak boleh hidup tanpa sahabat dan kawan tanpa mereka dunia ini rasa terlalu perlahan untuk berpusing antara waktu, tanpa mereka dunia ini kelam dan tanpa mereka mungkin kita pun jadi sasau tanpa tempat untuk berbicara dan meluahkan perasaan samada yang gembira ataupun sedih . Tapi nak cari seorang sahabat adalah sangat sukar dari mencari sepuluh kawan. Sahabat maksudnya orang yang sentiasa berada disamping kita tidak kira waktu kita senang, susah, gembira atau sedih yang ramai adanya  adalah dari spesis kawan yang kunjung tiba di waktu kita senang dan gembira sahaja mereka akan berlalu pergi bak kapas ditiup angin bila kita ditimpa kesusahan. Harap -harap AMG ramai kawan yang boleh dikategorikan pada golongan sahabat...dan bukan kawan. AMIN

Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya