Saturday, April 23, 2011

Masa itu

Masihkah ada masa
Untuku membilang hari

Masihkah ada masa
Untuku mencipta Pelangi

Masihkah ada masa
Untuku menatap bintang dilangit

Hanya yang ada
Gerimis dan guruh dilangit

Hanya yang ada
Gerhana bulan awal malam

Hanya yang ada
Seorang insan pemerhati yang setia

Nukilan ammar

hati ini

Adakah aku perlu mempercayai lagi
Jika hati ini telah ditipu

Adakah aku perlu menyayangi lagi
Jika kesabaran ini sudah membeku

Adakah aku perlu tersenyum
Jika kasih telah tiada

Adakah aku perlu ketawa
Jika lahirnya hanya derita

Adakah aku perlu menangis
Jika air mata tiada lagi

Adakah hati ini sering ditipu
Jika kerana kesabaran ku ini

Aku hanya berserah pada takdir
Mungkin menungu nyawa dipanggil

Bila luka ini masih terasa...........

Nukilan ammar

Monday, April 18, 2011

YOGURT

Baru-baru nie amg ada terbaca majalah anak bahawa bakteria bagi penghasilan Yogurt berasal dari najis  bayi yang baru lahir sehingga 28 hari emm bila baca tu rasa geli dan kembang tengkok juga sebab yogurt tu pun memang makanan kegemaran amg sekeluarga, tetapi bila baca bahawa perkara tu telah dikeluarkan bahawa harus oleh Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali kedua maka bolehlah kita makan..emm hebatkan bahawa didalam najis bayi yang baru lahir tu terdapatnya bakteria dari geng-geng baik dengan nama jika disebut boleh tergeliat lidah amg nie kitakan niekan lidah dah keras..nama dia tu ialah lactobacillus, bifido, bacterium dan streptococcus emm kan tergeliat lidah tu jika silap sebut lain maksudnya haaaa. Yang lagi hebat para saintis yang buat penyelidikan tu macam-mana depa boleh terpikir sampai cari ketempat..emmmm memang amg pun tak gamak.....itulah keajaiban ciptaan Allah ......

Saturday, April 9, 2011

Sahabatku

Sahabatku,
Engkau adalah tempatku untuk berbicara
Bagi membina tali silaturahim
Untuk bergelar sahabat sejati

Sahabatku
Tiada terlintas bicara Kasar atau Menguris Derita
Semoga persabatan ikhlas ini bisa terus terjalin

Mungkin hati ini masih belum dapat menilai
Dimana permata atau hanya batu biasa yang bertaburan
Mungkin kerana diri ini cetek pengalaman
Atau mungkin diri ini sukar memahami sesuatu bicara

Buatmu Sahabat....
Kau tetap Sahabatku...............................................

Nukilan Ammar

Saturday, April 2, 2011

Apa itu 5S

Konsep 5S sekarang nie dah jadi satu amalan dekat Jabatan Kerajaan ianya di bawa daripada ilmu orang Jepun  makna-makna 5S adalah seperti berikut:

SEIRI = SISIH

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkanya

SEITO =SUSUN

Susun barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil, buat penandaan

SEISO = SAPU

Bersihkan barang dan sapu dan kemaskan supaya persekitaran sentiasa kemas

SEIKATSU = SENTIASA AMAL

Melatih semua kakitangan daripada peringkat pengurusan dan bawahan untuk menjaga dan mngamalkan 4 perkara diatas

Kerja-Kerja Anak Syaitan

Tahukah saudara bahawa amg ada terbaca satu artikel berkenaan dengan anak-anak syaitan . Rupanya Syaitan inipun mempunyai anak-anaknya seperti berikut:

a. Tsabar-tugasnya adalah membawa maksiat, kesedihan dan kesusahan hati, bila manusia dalam kesusahan Tsabar ini akan datang untuk menghasut manusia melakukan perkara seperti membunuh diri dan sebagainya

b. Miswath-tugasnya membawa dakyah, dusta, khabar angin serta berita bohong ianya hanya membawa kekalutan dalam jiwa manusia.

c.Al-A'war- tugasnya membawa kepada penzinaan dan menghasut manusia melakukan zina

d.Dasim- tugasnya menambah kekusutan dalam hati orang yang berkeluarga membawa kepada perbalahan suami isteri dan sebagainya.

e.Zaknabur-tugasnya mengadu domba antara pembeli dan penjual

Semoga kita semua selamat daripada sifat-sifat seperti diatas-Amin

Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya