Sunday, June 19, 2011

Fikiran ini

Fikiran ini
Berpusing-pusing
Mencari sesuatu

Kadang-kadang terasa dunia ini kosong
Bagi meniti hari yang mendatang

Kadang -kadang terfikir dihati mengapa dunia ini hambar
sehambar lukisan tanpa cerita

Adakah dunia ini selesu air dipaya
dimana tiada arah untuk dituju

Tuesday, June 7, 2011

Pirates Of Caribean


Baru-baru amg sempat juga menonton filem lanun kegemaran amg lakunan Johny Deep memang lakunan J.D memang macam lanun yang kelakar kalau orang kelantan kata pak tolol keeeee. Agaknya lepas nie lanun nie nak berlakun kat negara mana pulak mungkin boleh ambil suasana hutan Malaysia pulak kot atau boleh tengok lanun J.D nie main silat pula ......emmmm ok tak.

Kung Fu Panda

Emmm  Amg baru-baru nie bawa anak tengok Kung Fu Panda emm ceritanya memang menarik satu keluarga pergi tinggal yang paling kecil jer kat rumah emmm ceritanya memang best sampai anak-anak amg pun happy dan gelak ketawa tapi yang bestnya anak amg yang baru berusia dua tahun boleh tidur mungkin penat kot dok berjalan kesana kemari emmm dia orang dah mintak dengan amg nak tengok transformer pulak..emmm bila agaknya filem kartun Malaysia boleh setaraf ini.

Saturday, June 4, 2011

Tingkah Laku Manusia Di Masjid

Amg kali nie nak mencoret tentang beberapa tingkah laku yang kalau diperhatikan pada hari jumaat dekat mana-mana masjid bahawa selalu kita nampak

1. Datang lewat tetapi hendak pergi ke saf depan walaupun duduk di saf depan tu lebih pahala tetapi sampai mengangu jemaah lain untuk mendengar khutbah jumaat kan tu tak elok, sepatutnya kalau nak duduk saf depan datanglah awal-awal supaya tak mengangu jemaah lain yang hendak dengar tazkirah ataupun khutbah

2. Suka membelek kuku-kuku kaki dan tapak kaki yang nie pun pengalaman amg kita dok dengar tazkirah, jemaah sebelah dok terbelek-belek kuku kaki tader masa lain ker malulah nie kan rumah Allah

3. Pakai baju tshirt yang bermacam gambar yang nie pun satu hal patutnya kalau nak pergi rumah Allah pakai lah baju yang sopan nie kalau jumpa orang besar bukan main skima lagi baju dipakai tapi bila berkunjung ke rumah Allah kadang pakai baju yang tak sesuai langsung

4. Wabak tidur waktu khutbah ...emmm amg pun kadang2 terkena bahana ini ye ler depan masjid macam makanan ada seperti beriani kambing dan entah apa-apa lagi lepas tu bila masuk masjid ramai jadi pendengar yang lelap...terhanguk-hanguk...aduhhh.

5. Suka bersembang waktu khutbah ader ajer cerita macam waktu yang ada 24 jam sehari tu tak cukup masa tazkirah dan khutbah tu ler nak cerita macam-macam simpan ler nanti keluar daripada masjid nak cerita sampai pagi pun ok.

dan bermcam-macam lagi amg syorkan lah setiap masjid ada cctv mana-mana jemaah yang berkelakuan seperti diatas fokoskannya dan tunjuk pada skrin  besar ..emmm mungkin lepas nie ramai tak berani nak buat....
ok tak idea amg....

Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya