Saturday, July 30, 2011

Kecundang dan Yo-Yo lagi


Frust, Hampa, Kecewa dan entah apa lagi ayat yang patut diucapkan oleh aku dan ribuan peminat Malaysia 90,000 penonton yang datang untuk melihat pasukan kita layak ke pusingan seterusnya nampaknya GAGAL lagi dan dikecewakan lagi dek kelemahan strategi dan barisan pertahanan yang bermain cukup-cukup mengecewakan nak salah siapa? Persoalanya kenapa apek tak diturunkan masa game pertama lawan singapura dikota singapura adakah kita tidak belajar kesilapan semasa di indonesia tempoh hari. Emmm nak tunggu empat tahun lagi .....dan tunggu lagi. Itulah Malaysia ku hanya menunggu dan menunggu....frustkan.

Transformer


Aku baru-baru nie memenuhi hasrat anak-anakku untuk melihat cerita kegemaran ramai apa lagi Transformer yang sedang meletup kat Malaysia sekarang, cerita mmg best tapi masa yang lama diambil iaitu 2 jam 30 minit membuatkan anakku yang kecil dah mula gelisah. Tapi secara keseluruhanya filem nie mmg best ingat nak pergi tengok American Hero tapi kena tangguh sebab dah masuk bulan puasa. Aku nie mmg peminat filem aksi dan sains fiksyen....bila ler KRU nak keluarkan filem begin cara acuan Malaysia mungkin boleh tengok teksi(beca) bertukar jadi robot.

Wednesday, July 13, 2011

Anak-anakku-2

Anak-anakku
kau lah semangat untukku
Meniti hari demi hari
Melangkah onak dan duri
Menempuh gelombang lautan

Anak-anakku
Jika insan yang bergelar papa  ini tiada lagi
Hanya doa papa harapkan
Buat penerang liang kubur
Menghadapi dugaan daripada Tuhan

Anak-anaku iringan doamu lepas solat
Buat sedekah untuk papa
Buat anak-anakku papa selalu berdoa untuk kesejahteraan
Supaya kita semua dibawah redhaNya

Anakku papa berusaha untuk menunaikan janji ini
Mendidik anak-anak papa menjadi manusia beriman
Membesarkan anak papa dengan ilmu agama dan dunia
Buat pendoman hidup ini
Supaya tidak karam dihari yang mendatang

Jika papa tiada lagi doakan papa setiap waktu
Anak-anaku kamu semua di hati papa
Wasalam dari papa
Sayang anak-anakku

Nukilan Ammarghaziklte13112011

Sunday, July 3, 2011

Taiwan Vs Malaysia



Amg kali nie nak ucap tahniah kepada pasukan Malaysia kerana telah berjaya mengalahkan Taiwan 2-1. Amg harap perlawanan dekat Taiwan nanti Malaysia menang ataupun seri supaya kita dapat membaham pula Singa kecil diselatan tanah air supaya kita dapat masuk dalam kelompok 20 pasukan terbaik untuk bertanding dalam Zon Asia untuk mencari wakil ke Piala Dunia akan datang. Emm agak-agaknya bila ler nak tengok pasukan Harimau Malaya akan bertanding di Piala Dunia ...amg hanya tunggu Ngauman Sang Harimau bergegar di Piala Dunia akan datang emmm berapa agaknya imbuhan setiap pemain dapat kalau ikut perkiraan amg ler mau jadi jutawan segera semua pemain dan pegawai pasukan setidak-tidaknya RM1.0 juta seorang..emmmm lumayan..tapi jika layak ke Piala Dunia amg rasa wang sebanyak tu tak jadi kisah ........adakah Ngauman akan bergema...................

Saturday, July 2, 2011

KAABAH RUMAH ALLAH YG KURINDUI





Mana-mana orang islam yang beriman dimuka bumi ini akan ada cita-cita disanubari hati untuk mengunjungi rumah Allah dimana disitu tempat yang sangat mulia disisi agama islam. Amg pun berdoa pada Tuhan agar satu hari nanti dapat pergi kesana untuk menunaikan salah satu rukun islam dan berdoa dan beramal sebaik mungkin supaya kita sentiasa dibawah pengampunanNya dan berkatNya dan amg pun berharap dapat pergi umrah dahulu sebelum pergi haji ini sebagai langkah persediaan untuk menunaikan salah satu rukun islam tersebut.

Emmm mana-mana rakan atau sahabat amg yang akan kesana sama-samalah berdoa untuk saudara seislam yang sekarang nie banyak yang dah lalai, hanyut dan berpecah belah dan tak lupa pada amg sekali.

Bilakah akan amg sampai kesana dan dapat beribadat sepenuh hati, sepenuh jiwa dan dengan rasa rendah diri pada TuhanNya.......hanya waktu yang menentukan.


Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya