Thursday, December 26, 2013

MENGAPA MURTAD

               Masa masuk bilik utama tadi terlintas pada fikiran amg untuk menulis tajuk "mengapa murtad" amg bukan nak mengupas dari segi sumber Al-Quran atau Hadis sebab amg bukannya ahli kitab atau pakar dalam agama hanya sebagai insan muslim biasa, amg terpanggil untuk menulis 'mengapa murtad' bila terbaca berita -berita dan laporan di dada akbar kita.

          "Mengapa murtad", mengapa tukar agama islam kepada agama lain, dalam pembacaan dalam akbar-akhbar tersebut dimaklumkan bahawa ibu-bapa telah memberi didikan agama secukupnya, tetapi mengapa murtad , kebanyakan kes berlaku adalah cinta, terpengaruh dengan ajaran sesat, ingin bebas dan senang dalam melakukan apa sahaja didunia ini.

           Sedih! , bila amg terbaca anak gadis murtad bila bercinta dengan pemuda agama lain , cinta punya pasal, dimana silap kita mungkin ini dinamakan mabuk cinta atau ada agenda lain untuk mengheret kaum muslim untuk murtad, hanya Tuhan sahaja yang tahu moga dihati setiap muslim ini Allah pahatkan nur iman agak tidak tersesat ke gejala murtad, mungkin semasa kita berdoa dah setahu amg majoriti muslim berdoa dalam bahasa Arab tidak tahu makna berdoa, hanya berdoa-berdoa daripada remaja hingga ke usia tua, maknanya tidak tahu apa-apa pun , yang tahu hanya ustaz dan ustazah atau orang yang tahu bahasa arab. Jadi amg harap bagi yang tak berapa arif bahasa arab doa itu selitkan dalam bahasa melayu, cukup pembuka dan penutup pujian kepada Allah dan salawat pada nabi, minta dalam bahasa melayu moga keluarga ku, saudaraku, umat islam diberikan iman yang teguh dan kekal dalam islam sehingga ke akhir hayat. Kadang-kadang jika ada orang berdoa dalam bahasa Melayu campur dengan arab dikatakan tak mahir nak berdoa, bagi amg lah sudah sampai masanya doa-doa di masjid dan surau lepas solat dicampur bahasa arab dengan bahasa melayu supaya orang yang mengaminkan doa itu faham, bila faham semangat untuk aminkan doa itu tadi pun ada semangat.

            Sebab itu, jika diperhatikan bila waktu berdoa muka manusia macam-macam fesyen ada muka senyum, ada muka selamba, ada muka malas dan ada muka tidur terus sebab TAK FAHAM...apa kandungan doa, amg cukup terasa dan tersentuh perasaan gaya budak-budak hafiz baca doa disurau amg bila masa bulan puasa doa bahasa arab dan diselang-seli dengan bahasa melayu bila kita faham, dan alunan doa yang dibaca itu sungguh indah kadang hati amg yang dah tua inipun rasa menagis.......sebab kita FAHAM, tetapi ada pak iman tak semua baca sudahlah perlahan, tidak jelas dan laju sudah-sudah dah habis...maaf  jika ada yang terasa.

             Kadang-kadang amg terlintas memang kita sudah beri yang terbaik kepada anak kita dari segi agama dan dunia tapi adakah sumbernya 100% daripada sumber yang halal, Allahhuakhbar gerun dan risau, sebab sedikit haram maka akan lekat satu titik hitam dihati kita dan keluarga kita mungkin disitu adalah salah-satu puncanya...........mengapa ilmu agama yang kita terapkan pada keluarga kita tidak sebati hanya ianya menjadi kulit luaran nampak gaya muslim tetapi hatinya .........?, 

emmm cukuplah celoteh amg malam ini  harap pembaca jangan marah hanya sekadar luahan hati amg sebagai seorang muslim yang bersaudara.....sayang pada semua muslim. sekian.





Friday, November 29, 2013

CERITA LAWAK 2

Lawak 1

Mat :  Aku ada soalan kenapa orang yang hendak menyelam terjun ikut belakang

Amg : Ler itu pun nak tanya, kalau dia terjun ke depan dia masih dalam boat lagi ler.


Lawak 2

Mat : Kenapa Babi bila dia mengejar dia lurus semacam

Amg : Dia tader side mirror macam kereta sebab tu dia takut nak corner


Lawak 3

Mat : Aku nak tanya teka-teki pula
Amg : Apa dia, lain macam jer ?
Mat  : Apa benda masuk batang keluar air
Amg : Wei nie 18 SX , blog aku nie untuk tontonan umum
Mat  : Apa ler abang, mesin tebu ler cuba abang perhatikan masuk batang tebu keluarlah air.
Amg : Aduhhhhhh

Lawak 4

Amg : Engkau pekena aku yer? em aku nak tanya kenapa anak babi jalan menunduk
Mat  : Dia perhati cacing kot, nak makan
Amg : Salah
Mat  : Apa jawapanya.
Amg : Sebab dia malu orang panggil dia anak babi, dah ler babi semua orang tak suka.

sekadar bergelak ketawa............

Saturday, November 9, 2013

Oh Tuhan( TuhanKu Allah)

Oh Tuhan........Oh Tuhan
Ku masih Begini..............
Oh Tuhan........dengarlah Bisikan Ku ini
Mengapa dunia ini sungguh kejam


Oh Tuhan ......Oh Tuhan
Adakah Manusia sudah tidak takut akan Balasan Mu
Oh Tuhan.......Oh Tuhan
Ampunilah Kami


Oh Tuhan........Oh Tuhan
Engkaulah pelindungKu ini
Bantulah Kami
Bimbingilah Kami

Oh Tuhan........Oh..Tuhan
Engkaulah Maha Pengampun
Bantulah Kami
Kami Banyak Merosakkan Dunia ini

Oh Tuhan .......Oh Tuhan
Aku hanya insan kerdil
Bermunajat kepada Mu
Ampunilah Daku
Ku Takut akan Neraka Mu........

Ohhhhhhhhhhhhhhhhhh   Tuhan
Ampunilah Dosaku

Lirik Ciptaan : Ammar Ghazi jam 1145 mlm 9 Nov 2013......bala tuhan akan turun jika maksiat dan dosa terlalu berluas-luasa kita hanya saling ingat mengingati jangan kita jadi macam umat yang terdahulu.....azab tuhan itu maha pedih.

LIGA MALAYSIA - PERLUKAH PEMAIN IMPORT

            Lepas mengadap Facebook untuk melihat koleksi duit-duit lama di kelab Hantu Duit (KHD2) dan kelab-kelab lain tiba-tiba terasa hendak menulis pandangan amg selaku peminat bola sepak ialah selain peminat setia Manchester United (MU) amg adalah penyokong tegar skuad The Red Warrior (TRW)..TRW? Opss mungkin pembaca tak tahu Skuad Bola Sepak Negeri Kelantan.
TRW yang semenjak 5 tahun kebelankangan ini terus mendominasi Kejohanan Bola Sepak Malaysia dengan mencapai pelbagai gelaran walaupun dengan peruntukan dan sumber kewangan yang tidak mewah. Syabas kepada orang kuat TRW iaitu TSAM ( Tan Sri Anuar Musa) semoga TRW terus gah dan hebat.

                  Ops, tersasar tajuk pula sebenarnya amg hendak menulis berkenaan perlukah pemain import dalam Liga Malaysia(Liga M) jawapannya SANGAT PERLU sebab kita sekarang di Zaman Baru iaitu Zaman serba mencabar, jika hendak  liga M maju kita kena belajar daripada Liga Lain yang paling dekat dengan kita ialah Liga - J ( Liga Bola Sepak Jepun), Lihat sekarang bagaimana Pasukan Jepun selalu berjaya masuk ke Piala Dunia , mereka bergerak laju daripada kita walhal zaman 80an dan 70an kita lebih hebat daripada mereka, sebab mereka berani merubah segalanya termasuk cara pemakanan sekalipun mereka akan kaji contoh dulu mereka rendah-rendah (Zaman Penjajahan Jepun di Tanah Melayu) lihat sekarang mereka dan saiz mereka HEBAT kan.....zaman SEBAB mereka berfikir dan terus berfikir untuk sentiasa di hadapan daripada bangsa lain.

                 Jadi pada pendapat amg teruskan dengan pemain import mungkin yang paling ideal pada pendapat amg adalah 4 orang tanpa ada sekatan benua, janji mereka adalah dari kalangan yang terbaik. Mungkin terfikir adakah akan berlaku gaji tidak bayar, bagi pendapat amg mana-mana pasukan yang hendak mengambil pemain import perlu mengemukakan penyata kewangan tahunan setiap tahun pada FAM, berapa baki poket yang ada bila habis musim.

               Amg juga berharap banyak Syarikat Gergasi tanah air menaja Sukan Bola Sepak Liga M ini SEBAB ini adalah sukan rakyat, bukan setakat menaja sukan golongan ELIT iaitu GOLF, kerana rakyat majoriti adalah penentu pada PRU akan datang.

Catatan

Sekadar pandangan sahaja.

Monday, October 21, 2013

BARANG LAMA SATU HOBI YANG MAKIN MENDAPAT SAMBUTAN

Pernahkah anda mempunya barang-barang lama yang menyemak rumah, apa yang anda fikirkan

Pasti jawapannya buang  ?
Jika kena pada isteri yang suka mengemas rumah pasti jawapanya 100% buang

Pernahkah anda terfikir akan nilainya dimata pengumpul-pengumpul barang tersebut ?
Jadi sebelum membuang barang-barang lama selidik dulu ?

a. Adakah barang tersebut nampak ada seni tertentu
b. Adakah barang tersebut sudah sukar di cari
c. Adakah barang tersebut mempunyai keistimewaan

Jika anda mempunyai salah satu jawapan tersebut, jadi janganlah buang barang tersebut
mulakan dengan langkah pertama iaitu dengan merujuk kepada kitab google taip sahaja maklumat yang anda hendak pasti akan ada jawapanya.

Wah ! amg nie membebel ker Oh tidak sebenarnya amg adalah pengumpul tegar koleksi duit lama sudah lebih sepuluh tahun, dan jika pembaca minat dengan koleksi duit lama taip sahaja kelab hantu duit , nak tahu itu adalah kelab yang amg masuk baru setahun dan bermula dari situ berbagai jenis kelab pengumpul duit lama yang pembaca boleh masuk. Orang kata bukan amg yang kata kumpul duit lama ini king of hobby betulker, jika diperhatikan betul sebab nilai duit lama dari setahun ke setahun akan naik harga.

Amg pun ada seorang sahabat yang suka kumpul buku-buku novel terbit aje buku novel terus dibeli amg rasalah mungkin sudah beratus-ratus buku novel yang dibeli tetapi tentang baca itu amg taktahulah....haaa ulat buku katakan.

Sebenarnya selain minat kumpul duit lama amg juga suka kumpul jam-jam lama tetapi hobi ini melibatkan kos yang agak tinggi ....so tak berapa nak menjadi lainlah jika gaji 5 angka...haaa setakat makan gaji tengok ajerlah dulu...ingat nak sambar jam pagol lama tapi belum tertunai lagi..yang latarbelakang warna hijau,2....haaaa.

Hobi-hobi ini boleh kita menambah sahabat dan kawan2 dan bertukar2 ilmu......amg kalau rancangan TV astro2....tu berkenaan barang2 antik tu memang suka tengok....haaa  jangan ada pembaca yang buat hobby suka tambah bini dah lah yang itu amg tidak mahu masuk campur....byeeee.

Sunday, October 20, 2013

PERGINYA SEORANG BAPA

BAPAKU PERGIMU TIDAK KEMBALI LAGI
PERGI MENGADAP PANGGILAN ILAHI

TANGGAL 6 ZULHIJAH 1434  BERSAMAAN 11 OKTOBER 2013
ENGKAU TELAH PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA
MENINGGALKAN KAMI DIMUKA BUMI INI
BAGI MENCARI BEKALAN KEMUDIAN HARI

BAPAKU
ENGKAU SEORANG YANG CUKUP TEGAS
JARANG MELEMPARKAN SENYUM
TAPI DIHATIMU KAMI TAHU IANYA KEBAIKAN UNTUK KAMI

KADANG-KADANG RASA SEBAK DIHATI
RASANYA BELUM TERBALAS BUDI KAMU
TERHADAP KAMI SEMUA
APA YANG MAMPU HANYA SEDEKAH DOA YANG KAMI TURUTKAN

BAPAKU
AKU BERJANJI TIDAK AKAN MELUPAKAN JASAMU
AKAN KU DOAKAN AKAN KESEJAHTERAAN MU
MOGA TUHAN SENTIASA MEMBERKATIMU

BILA KU MENGADAP WAJAHMU YANG TERAKHIR
SAYU DIHATI TERUS MENERJAH
AIR MATA SAYU TIDAK DAPAT DITAHAN
IANYA MENGALIR TURUN DIPIPIKU

BACAAN YASIN KU TERSEKAT-SEKAT
DEMI MENAHAN RASA SEDIH INI
MELIHAT TUBUHMU YANG TERBARING LESU
UNTUK MENGADAP PANGGILAN ILAHI

MATIMU MATI DIHARI MULIA
HARI JUMAAT PENGHULU HARI
MATI MU MATI  MASA YANG MULIA
WAKTU JUMAAT 1.50 TGH ENGKAU MENINGGALKAN KAMI

HANYA YANG MAMPU ANAKMU LAKUKAN
MEMANDIKAN JENAZAHMU SEBAIK MUNGKIN
MENGUSUNG JENAZAH MU KELIANG KUBUR
UNTUK PENGORBANAN YANG TERAKHIR

JAM 10.00 MALAM HARI YANG SAMA
JENAZAHMU SELAMAT DISEMANDIKAN
DENGAN DIIRINGI BACAAN DOA
MOGA ROHNYA BERSAMA INSAN SOLEHAH


AKU MEMOHON KEPADA ALLAH
AMPUNILAH DOSA AYAHKU INI
SEORANG AYAH YANG DIBERI NAMA MOHAMAD NOOR ABD SAMAT
MOGA ROHNYA BERSAMA INSAN-INSAN SOLEHAH

#CATATAN
buat insan muslim mohon sudi sedekahkan Al-Fatihah buat Ayahnda-ku moga
jasa kalian mendapat pahala sewajarnya daripada Tuhan. AMIN

Thursday, August 15, 2013

Cerita Lawak- Mengapa Kahwin Lebih dari Satu

Semalam memang boring tahap maksima...mungkin penat balik beraya di kampung Kelantan
bertolak pukul 10.00 pagi jam 1.30 pagi keesokan hari baru sampai dekat rumah di K.L gila punya jem (bahasa orang muda)

           Mungkin lepas ini tajuk jalan jem amg akan tulis, kadang-kadang dok berangan bilaler lebuhraya 4 lorong hendak dibina dari kuala Lumpur sampai ke kelantan????. Tunggu ajerler.


Opss sebenarnya amg nak kongsi satu lawak yang kadang-kadang amg guna masa bagi ceramah tak nak bagi peserta tunduk(tidur).


           Kisahnya begini tanya seseorang pada empunya cerita mengapa nak kahwin lebih , haa jawabnya engkau tengok kalau basikal tu tayar satu senang tak nak bawa, susahkan dan tak bestkan so baik pakai roda tayar dua boleh bawa laju macam motosikal haaa, emmm kalau kahwin tiga pulak ?.

           Haaaa kata empunya cerita kau bandingkan motosikal tayar 2 lebih selamat atau tayar tiga yang macam beca tu mana lebih selamat tentu tayar tiga kan.

            Sambil garu kepala macamana pula kahwin sampai empat ? jawab empunya cerita ehhh takkan ler nak naik beca ajer mesti nak tukar pada kereta kan ianya lebih bergaya.

Penanya mangkin pening kepala !!!!!!!!!

Tanya penanya ehhh kan kereta ada tayar spare ? Haaa jawab empunya cerita manusia mana puas nafsunya kalau pakai treler pun tak tahu lagi......sambil gelak.

Tanya penanya pada empunya cerita bini ada berapa ?????

Waaaaaaaaaaaaaa....menangis 

Kenapa ?

Tader perempuan hendak aku !!!!!!

Penanya : ketawa berdekah sambil berlalu sambil memberi isyarat 4 pada diri dia.......


#########  cerita ini sudah diolah minta ampun jika marah ###########################.

Tuesday, August 13, 2013

Raya Oh Raya - Ziarah Menziarah

Malam Raya ke 6 tahun 2013 

                   Lepas tengok facebook ingat tiada idea nak tulis di ruangan blog, tetapi bila pekena air kopi tongkat ali plus ginseng, rasa mengantuk dah hilang pula tiba rasa nak menulis dekat blog pula, buat pembaca blog ini jangan minum banyak air kopi tongkat ali nanti nak ajak isteri tidur awal pulak , Ops..18sx pula.

                     Jam sudah menunjukan pukul 10.47, kali ini amg nak kupas berkenaan konsep ziarah - menziarah memang bagus tapi pengalaman amg, memang penat tetapi meriah yer ler sekali setahun semua rumah hendak pergi ziarah kalau ada 10 pak saudara sepuluh-sepuluh kena pergi itu baru pak saudara tak masuk adik beradik kalau ramai memang buat pening kepala, kalau tak pergi mesti kata sombong walhal masa ada hanya 4 hari sahaja sebelum pulang semula ke ibu kota 4 hari x 24 jam tolak tidur dan rehat maka berapa jam sahaja yang ada kadang-kadang demi menjaga hati semua terpaksalah kuatkan semangat walaupun kadang-kadang sampai tak mandi.

Anak-anak  ?


                   Yang ini bagus juga berbicara anak-anak amg aduh perangainya macam-macam cuaca sekejap mendung, sekejap panas dan sekejap hujan kadang buat amg hendak telan penadol ajer buat hilang sakit kepala, kita beraya bukan ikut mood kita kena ikut mood dia orang pula, ada rumah yang dia orang suka lama kalau rumah yang dia orang tak suka fuuuhh sekejap jer itu yang buat pak saudara tarik muka masam, aduh pening kepala kena tampal ubat pening kepala didahi pula.

Wife   ?


                  No, komen nanti tak berblog kita kahhhh.

akhir sekali selamat hari raya maaf zahir batin buat pembaca blog ini selamat berkunjung lagi
buat sahabat sory tak singgah majlis hari raya mungkin tunggu semua dapat gelaran datuk secara biasa.

Sunday, July 21, 2013

Tazkirah Ramadhan -Sebahagian Tabiat Berpuasa Bulan Ramadhan

              Dah hendak masuk pukul 1.00 tengahari, anak-anak dengan rancagan kartun TV astro dan yang no-3 aku hampir hendak tewas bila lihat adik-adik dia yang berumur 4 dan 5 tahun makan ayam goreng. Kesian juga tengok, tapi hari ini amg tidak bagi peluang untuk tidak berpuasa sebab semalam dah bercuti daripada berpuasa, anak-anak perlu dididik untuk belajar berpuasa daripada usia kecil supaya bila besar tidak menjadi masalah macam amg sudah mula belajar berpuasa pada usia 7 tahun ataupun darjah satu.

               Emmm bulan puasa ini banyak pula idea hendak tulis, kadang hendak sahut juga cabaran daripada sahabat amg yang suka menulis diblog, Opss  sebenarnya amg sekadar hendak berkongsi ilmu berkenaan sebahagian kecil tazkirah yang amg yang dengar semasa bersolat Tarawikh di surau Al-Mutaqim semalam, berkenaan sebahagian sifat manusia yang menyambut kedatangan Ramadhan yang amat mulia dan berkat ini.

               Yang Pertama berpuasa hanya sekadar ikut-ikutan sahaja, sebab orang lain berpuasa dia pun berpuasa sebab bukan takut pada Allah ataupun menunaikan tanggungjawab sebagai seorang mukmin yang beriman tetapi takut MALU, nanti orang kata sudah besar panjang pun puasa masih tidak mampu dilakukan, orang yang macam ini memang hebat bila waktu berbuka jika pasar Ramadhan dia tidak pernah tidak hadir bahkan kedua-dua tangannya penuh membimbit berbagai jenis lauk-pauk dan kuih-muih rasanya kalau boleh dengan gerai-gerai sekali mahu dibeli sebab hendak qada makan tengahari dan minum petang.


               Yang Kedua adalah dia melihat bulan Ramadhan sebagai satu bulan yang penuh untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin, kalau boleh bukan setakat satu gerai tetapi tiga gerai pun kalau boleh dia nak jaga sekali untuk dibuat berniaga, berniaga tidak salah tetapi kata penceramah itu tentang puasa dan solat, kalau dah pukul 3.00 dan sedia untuk berniaga pukul 4.00 petang siap pasang khemah dan selepas pukul 8.00 malam baru tutup kedai mana masa untuk solat zohor, ansar dan tarawikh...emmm tetapi amg rasa tak semua macam itu kot mungkin ramai peniaga yang menjaga solatnya dan puasanya.


                   Yang Ketiga pula manusia yang mengangap puasa hanya persinggahan yang penting berhari raya, yang jenis macam ini kalau setiap hari minggu pada bulan Ramadhan pasti pusat membeli-belah adalah rumah keduanya, rasanya baju yang dibeli, kuih yang dibeli tidak cukup untuk menyambut hari raya, rasanya seronok bershoping dan terperap dipusat membeli -belah daripada datang ke surau dan masjid, prinsip mereka beraya hanya setahun sekali biar berhabis asalkan  beraya mereka tidak tahu bahawa mati pun hanya sekali tiada dua dan tiga, Raya ? mungkin banyak kali kita boleh sambut.


                         Kesimpulannya bulan puasa ini adalah bulan yang Allah janjikan dengan seribu nikmat jadi rebutlah dan perbanyakkanlah amalan sebab 11 bulan mungkin kita sudah lalai jadi dalam sebulan ini rebutlah sebaik mungkin sebab semua manusia waras bila di tanya semua hendak syurga tiada yang hendak neraka semua rindu untuk berjumpa bidardari -bidardari yang cantiknya tiada tandingan dengan makhluk dibumi ini.

                           Wasalam dari amg sekadar Tazkirah dibulan ramadhan, ambil petunjuk dari Ayat Al-Quran iaitu kita hendaklah saling ingat mengingati dan berpesan-pesan pada kebenaran. Tazkirah diatas telah diolah oleh amg . Wasalam sekali lagi.

Saturday, July 20, 2013

Puasa Ku Pada Zaman Kecil

             Petang ini tiada apa hendak buat, anak perempuanku sikecil 4 tahun sedang sibuk mewarna, yang sulong tengah menonton tv, manakala 3 hero aku tengah main gusti biasalah budak lelaki kalau tak bergasak tidak sah, mesti bergasak orang kata latihan menguatkan otot-otot macamlah kita zaman kecil dahulu, mana wife, emm  wife sedang tidur letih kot sebab baru balik daripada mengajar hari inikan kelas ganti.

                 Anak-anak aku Alhamdulilah 3 orang berpuasa hari ini yang darjah satu tak berpuasa sebab kata nak rehat dah sepuluh hari puasa tanpa gagal, emm terpaksalah bagi peluang dekat dia untuk tidak berpuasa pada hari ini ini, sekarang nie zaman moden puasa bukanya susah anak-anak tidak perlu berkerja atau menolong ibu-bapa dikebun atau disawah cukup berehat, tunggu waktu dan mengadap meja makan sahaja. Syukur nikmat sekarang. Amin

                Masa  amg dulu kalau berpuasa perkara yang paling seronok ialah masa bertukar menu dengan jiran-jiran jadi kalau ada 5 jiran yang bertukar menu maknanya amg dapat lima jenis makanan pada waktu berbuka seronokkan dan semuanya original made daripada orang-orang kampung yang pakar tidak macam sekarang kalau dekat bandar besar seperti Kuala Lumpur ni katajer ayam percik tapi bila beli emmm tidak rasa langsung, kadang-kadang amg terfikir orang yang berniaga dekat pasar ramadhan ini baru belajar memasak ker opsss jangan marah bukan semua.

                  Satu lagi tentang air batu atau ais, dulu pada zaman 70an mana ada setiap rumah ada peti ais, so pada pukul 4.00 petang amg sudah pergi ke kedai runcit beli air batu, bentuknya bukan macam sekarang, dia disejukan dalam tangkungan empat segi panjang dan akan dikerat-kerat dalam sejengkal dan disimpan dalam peti yang ada habuk gergaji satu jengkal orang tua akan dijual sebanyak 10 sen, balik pula kena simpan dalam bekas khas(bocong air batu) bolehlah bertahan sampai malam. Anak-anak sekarang bukak peti ais dan boleh demand nak makan apa dengan ibu-bapa huhhhhhhhh.

                    emmm tak sabar nak berbuka puasa dikampung kelantan, sebab pasar ramadhan ditempat amg iaitu didepan stadium mini pasir mas ada berpuluh -puluh jenis masakan, emm buat sahabat amg tentu seronok bershoping lauk -pauk dibulan puasa, emm kena timbang berat badan haaa orang bulan puasa makin turun jangan kita makin naik,,,,,emmmm  gurau. bye semua pembaca dan "Selamat Berpuasa Sebagaimana Yang Dituntut Dalam Islam " buka setakat lapar dan dahaga sahaja. Sekian, hendak pergi ke pasar Ramadhan pulak,



Sunday, July 14, 2013

Mesin Perakam Sebagai Setiausaha

                     Pernah atau tidak dalam dunia perkerjaan anda, anda diminta untuk mencatat minit ataupun membuat minit mesyuarat, aduh bila kena tanggungjawab ini rasa berat betul hati hendak menerima , ialah kita terpaksa mendengar dan mencatat setiap keputusan yang penting dalam mesyuarat tersebut, kalau tidak biasa dengan tugas rasa hendak pitam juga mana yang hendak dicatat, yang bercakap dalam mesyuarat pun tidak berhenti dan kena pula bos yang tidak tahu ikut agenda mesyuarat dan tidak tahu untuk bagi keputusan aduh lagi kesiankan, kita yang tukang catit inilah yang pula terpaksa 'guide' bos .

                         Jadi amg rasalah dah tiba masanya syarikat gergasi dalam bidang teknologi maklumat seperti apple, nokia, samsung dan banyak lagi untuk mengarahkan para pereka cipta masing-masing untuk mencipta satu mesin yang mana boleh merakam dan selepas itu boleh menterjermahkan dalam bentuk minit mesyuarat  bila diperlukan yang perlu dimasukan oleh pengguna hanyalah format minit mesyuarat yang diperlukan, amg rasalah kalau ada produk macam ini dipasaran pasti akan dapat sambutan katakan kalau satu jabatan membeli 5 atau 10 bayangkan kalau satu negara berapa ribu yang yang dibeli itu baru satu negara kalau untuk pasaran global wah pasti juta.

Jadi kita tunggu dan lihat adakah idea lawak amg ini akan wujud dalam setahun dua akan datang.

BMW (Bila Masa Waktu)

                   Baru buka blog, sebab ada benda yang hendak dikongsi daripada Tazkirah di Surau Al-Mutaqin , berkenaan dengan BMW iaitu daripada penceramah yang didatangkan khas daripada Selayang, dalam tazkirah itu tadi berbagai tips yang diberi oleh penceramah sempena bulan Ramadhan.

                         Ops sebelum pergi lebih lanjut surau amg setiap malam bulan ramadhan imanya budak-budak hafiz cuma tahun ini berbeza sedikit imanya hampir digilirkan pada setiap malam , dan malam ini imannya adalah seorang budak hafiz yang amg rasa baru berumur dalam lingkungan 9 atau 10 tahun hebatkan dan surah yang dibaca selepas Al-Fatihah adalah surah Al-Baqarah, amg sendiri pun tak hafal surah tersebut, malu juga dan rasa kerdil atas seorang budak hafiz yang menjadi iman, hebatkan, kalaulah anak-anak amg boleh jadi hafiz atau iman wah rasa lega hati amg, bertuah ibu-bapa budak berkenaan.

                      Oh lupa mungkin pembaca blog amg hendak tahu berkenaan BMW, penceramah bagi tahu ramai orang akan rasa hebat dan terpegun dengan BMW 5 series  dan lagi terpegun jika lihat BMW 7 series, adakah diri kita pun makin tuan makin hebat dengan ilmu agama dan amalanya adakah Bila Masa Waktu (BMW), umur  50 dan makin mencapai BMW 70 kita makin  hebat iaitu makin memperbanyakan amalan-amalan yang perlu sebab semakin meningkat umur makin dekatlah tarikh kematian kita. Jadi pada bulan ramadhan yang mulia ini perbanyakanlah amalan yang boleh dilakukan sebab kita tidak tahu ramadhan 2014 kita sempat tempuhi.

                   amg juga tertarik dengan konsep tawaduq yang dibawa oleh penceramah , tawaduq adalah takut pada Allah , kita merasa diri ini takut untuk tinggal solat, kita rasa kita perlu berkerja dan tidak ponteng kerja sebab Allah sentiasa memerhati kita, jadi bila kita hendak melakukan perkara kita sentiasa ingat Allah sentiasa memerhati kita.


                  Ops sebelum  menamatkan sedikit perkongsian ilmu pada malam ini amg hendak ambil kesempatan untuk ucapkan selamat hari lahir kepada semua pembaca blog amg, kadang-kadang kita mudah lupa walaupun ayat tersebut sangat ringkas dan senang dan buat sahabat amg dimana jua anda berada "SELAMAT HARI LAHIR".

                      Wasalam dari amg.


Thursday, July 11, 2013

Selamat Berpuasa

Maaf dah lama tak menulis dalam blog oleh kerana masa yang tidak mengizinkan, buat tatapan pembaca blog amg, amg hendak ambil kesempatan untuk mengucapkan salam dan selamat menyambut ramadhan bulan yang mulia, kadang-kadang ada juga sahabat amg yang bertanya bila idea baru nak tulis, sukar juga nak jawab sebab itu amg tukar nama blog amg " Bila Ada Idea Baru Tulis", emmm ok juga kan dengan nama blog amg yang terbaru ini, lainlah dengan sahabat amg yang kaki novelis mesti idea-ideanya macam air hujan bila hendak tulis idea datang mencurah-curah. Buat sahabat amg jangan marah yer.

Opsss  nanti ada yang tarik muka masam bila baca, sebenarnya amg nak sentuh sedikit pasal bulan ramadhan ini, Tahniah amg nak ucapkan pada umat islam pada tahun 2013 ini masjid-masjid dan surau pada bulan ramadhan sudah kembali penuh, jika pergi lewat sedikit alamaklah akan solat di beranda masjid dan surau, ramai ibu-bapa berduyung-duyung datang untuk menunaikan solat sunat Tawarikh yang mana solat sunat ini hanya ada pada bulan Ramadhan sahaja dan suasana yang penuh dengan kesyukuran ini harap dapat dikekalkan pada akhir Ramadhan, ayuh tahun ini semua berazam agar dapat menunaikan 30 kali solat sunat Tawarikh tanpa gagal, jika gagal pun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

amg juga berharap para pembaca dapat menderma dan membuat amal sebaik mungkin pada bulan ini, di taman perumahan amg bagi kariah Surau Al-Mutaqin telah ditetapkan semua ahli kariah membayar sebanyak RM50.00 setiap rumah dan bagi mengadakan majlis more(jamuan ringan lepas solat Tarawikh) adalah ditetapkan setiap jalan RM350.00, perbelanjaan ini adalah untuk menampung aktiviti surau sepanjang bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan. InsyAllah derma yang kita bagi atas niat kerana Allah sudah pasti akan ada kerberkatanya, Amin

wasalam dari amg, selamat berpuasa hari ini mengidam hendak makan kuih lompat tikam.


Sunday, May 26, 2013

BILA TIBA HARI ISNIN


Hari Isnin
dah tiba lagi
Buat otak mula berfikir lagi
Nak tengok kerja yang tak siap lagi

Hari isnin dah tiba lagi
Bangun pagi-pagi sudahlah tentu
Nak elak jem tak tahu lagi 
Tiba di pejabat dah tak kira waktu

Hari Isnin dan tiba lagi
Rasa sengal badan pun belum hilang lagi
Apakan daya nak cari rezeki
Kalau tidak makan pun tak tahu lepas lagi

Hari Isnin dah tiba lagi
Muka bos perlu mengadap lagi
Rambut yang tak gatal pun ku garu lagi
Sebab tugasan belum siap lagi

Haa hari isnin dah tiba lagi
Mood entah kemana belum tiba lagi
Walaupun sarapan baruku bedal tadi
Badanku masih longlai lagi

Haa hari isnin dah tiba lagi
.............isnin.....aduh

nukilan ammarghaziklte26052013




Saturday, May 25, 2013

Boring

Wah Mengapa Boringnyer
Ayat power yang selalu keluar dari mulut kita

Wah Boringnyer aduh nak buat apa
Itu pun soalan yang selalu bermain di minda

Eh Boringnyer girlfriend pun tiada
Itu ayat anak muda yang masih mencari "gal"

Aduh boringnyer asik lauk yang sama
Ini rungutan suami dalam hati akan masakan isterinya

Abah boringnyer cuti sekolah tak kemana
Ini rungutan anak terhadap bapanya

Aduh boringnya bila ler nak gaji
Ini rungutan bila tengah bulan 

Aduh boringnya menunggu bila ler nak siap
Rungutan sang suami yang menunggu isteri nak bersiap

Aduh boringnya aku kemana idea nak tulis dekat blog
kalau macam itu lah baik aku tulis kisah boring jer

boringnyer.

Sunday, May 19, 2013

Selamat Hari Guru

Lepas kehulu kehilir sambil baru lepas mengadap FB aku yang sekarang ini aku tengah minat untuk tambah koleksi duit lama aku yang rasa dah nak hampir lengkap, wah satu kepuasan yang memang peminat sahaja yang tahu.

Tapi bukan topik duit lama yang aku nak kongsi dengan pembaca, cuma hari ini aku nak ambil kesempatan untuk ucapkan selamat hari guru  kepada guru yang telah mendidik aku selama ini, daripada Sekolah Rendah hinggalah ke peringkat Universiti pengorbanan anda semua tidak terbalas.

Dan bagi guru-guru yang tak formal pun aku nak ucapkan selamat hari guru seperti guru silat, guru masakan, guru tadika dan macam-macam lagilah, sebab mereka pun mendidik.

Dan aku ada juga sahabatku yang memang tempat selalu berbicara, kata mengata, usik mengusik pun nak ucap selamat hari guru mungkin esok dapat banyak hadiah kot, tahun lepas bunyi kata dapat guru paling glamor,....kalau tahun nie dapat juga boleh bertanding untuk PRU14 nanti aku sokong ajer.

Dan bagi guru serangkap pantun yang aku cipta yang tak berapa nak indah tapi bolehlah :

                               Bila dah habis PRU
                                   Ramai Orang sudah lesu
                               Selamat Hari Guru 
                                   Pada yang bergelar Guru
                                   
                              Pergi kedai main dam
                                  Selamat melancong ke Medan
                              
# dari kucing yg minat strawbery

Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya