Saturday, June 28, 2014

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 2014



              Selamat Menyambut Ramadhan, pada muslimin dan muslimat malam ini adalah malam pertama umat-umat islam di Malaysia mengadakan solat Terawikh dan pada pagi ini ini juga kita akan mula bersahur, emm amg ingatkan agar jangan lupa makan buah kurma masa bersahur nanti kerana buah kurma tersebut mengandungi sumber semulajadi untuk membekalkan tenaga sepanjang berpuasa, emmm dengan perkembangan cuaca di malaysia yang makin panas ini adalah digalakan untuk perbanyakan minum air masak pada malam hari supaya tubuh kita mempunyai air yang mencukupi.

                   Amg juga nak ucapkan kepada satu spesis dengan amg yang kaki bola, bola-bola juga tetapi ibadat-ibadat juga kalau kita boleh bersekang mata hampir 90 minit melihat bola apa salah pada bulan ramadhan ini kita bersekang mata untuk memulakan mengaji Al-Quran dan melakukan solat-solat sunat yang lain terutama  solat Tahajud. 

Emmm, satu lagi hobi muslim dan muslimat bila menyambut ramadhan acara memborong kuih-muih dan juadah makanan pada waktu petang untuk berbuka, amg rasalah kebanyakan menghabiskan RM50 hingga RM75 bagi yang berkeluarga untuk membeli juadah berbuka puasa emmm betultak. Cuba tengok harga makanan yang selalu kita beli bila keluar pada pasar ramadhan

                   a.  2/3 jenis air      -RM10-RM15
                   b.  3/4 jenis lauk   -RM20-RM30
                   c.   2/3 jenis kuih  -RM20-RM30

Emmm, kalau ikut-ikutkanlah maka setiap keluarga membelanjakan RM1,500 hingga RM2,000 untuk acara memborong pada pasar ramadhan sebab itulah pasar ramadhan di bandar-bandar besar merupakan lubuk rezeki sebulan berniaga mereka boleh mendapatkan pendapatan sehingga RM50 hingga RM60 ribu, tetapi yang tak bestnya kesian mereka bilaler mereka boleh sama-sama bertarawikh di surau-surau dan masjid-masjid, harap2 mereka dapat meluangkan sekali-sekala di masjid-masjid dan surau2.

Emmm, cukuplah nak tengok bola pula malam ini antara Brazil dengan Chile tetapi aku nie penyokong dan peminat England dan Jerman. Tengok ajerler kitakan gila bola,haaaaa dan buat sahabatku yang suka berkebun teruskan berkebun.....byeeeeee




Wednesday, May 28, 2014

PIALA THOMAS 2014

            Emm, rasanya masih tak terlambat untuk amg mengucapkan tahniah walaupun ada sedikit kekecewaan untuk melihat  Piala Thomas kembali tersimpan untuk seketika di bumi Malaysia ini, Pasukan 2014 pasukan yang tidak diletakkan sebarang harapan untuk melangkah kaki ke final ini adalah berdasarkan perkiraan matematik sistem rangking yang diamalkan, pasukan yang dimana pada awalnya rakyat malaysia hanya meletakan sasaran pada peringkat suku akhir ataupun paling kuat separuh akhir, tetapi jangan salahkan rakyat malaysia kerana hanya Datuk Lee  Chong Wei sahaja yang pada perkiraan boleh memberi tentangan dan membawa mata manakala yang lain masih baru dipasangkan ataupun permainan yang belum tahap yang terbaik.


                Tetapi, ya pasukan ini mungkin tiada tekanan untuk mendakap piala Thomas telah memberi kejutan dengan mengalahkan musuh tradisi kita Indonesia dan disitulah semangat amg kembali ada untuk melihat perlawanan badminton secara langsung sehingga kepada penentuan antara Daren dengan Takuma Ueda, emmm tapi kita tewas dengan kedudukan 2-3 kepada Jepun satu pasukan kerdil tiba-tiba menjadi jerung pemusnah pasukan hebat dan mungkin lepas ini pasukan Jepun akan sukar ditewaskan lagi kerana amg percaya program sukan mereka penuh tersusun , berperancangan dan mempunyai pemimpin yang cukup setia dan bertanggungjawab  lihat pasukan bola sepak mereka bila mereka naik pada era 80an sehingga sekarang Malaysia hanya belasahan pada pasukan mereka, hebatkan perancangan mereka, tetapi dalam kecewa amg cukup bangga kerana orang yang melatih Kenton Memota yang menewaskan Chong Wei Feng (21-15, 21-17) adalah rakyat Malaysia dan yang lebih membangakan anak jati kelahiran Negeri Kelantan.....wah hebat tahniah buat saudara Izuan Ibrahim nampaknya ilmu dan kemahiranmu cepat dihidu oleh Negara Jepun, amg mengucapkan moga lebih maju jaya sebagai jurulatih di sana, jangan lupa balik kelantan............wasalam daripada amg.

Friday, April 25, 2014

ADIWiRA

Malam makin menuju ke penghujung, jam dah menunjuk detik 12 malam, hanya yang tinggal lampu kalimatan menerangi, bunyi deruan air akuarium ikan aku yang masih kedengaran, anak-anak semua sudah tidur yang tinggal wife yang melayan cerita superhero uncle sam superrman satu watak yang diwujudkan untuk membangkitkan semangat rakyat uncle sam ,  kadang hairan juga cerita karut bin tahyul semuanya pecah rekod panggung berpusu-pusu manusia untuk melihat cerita superman, atau adik beradik yang dilahirkan seangkatanya iaitu batman, spiderman, dan bermacam-macam lagi.


Apa tujuan disebalik diwujudkan watak begitu, itulah satu cara untuk perang saikologi untuk menyatukan rakyat dan membangkitkan semangat rakyat sebab tanah mereka tiada kisah epik yang hendak dibangkitkan sebab tanah itu dahulu kepunyaan peribumi yang kita biasa panggil sebagai Red Indian, itulah menyatukan semua masyarakatnya dan menjadikan hero pujaan sepanjang zaman dan boleh dikatakan filem-filem ini tidak pernah rugi malah pecah panggung.

Malah jika kita biasa mengkaji dengan teliti yang paling amg suka filem-filem bercorak sains fiksyen seperti star wars dan bermacam-macam lagi, lihat kepada senjata yang dicipta mungkin kalau filem itu ditonton pada zaman 80 an dan 90 an kita akan merasakan senjata laser dan pedang laser mustahil dicipta tetapi sekarang senjata laser sudah menjadi bahan kajian kuasa-kuasa besar sebab tiada pengisian peluru yang diperlukan apa yang diperlukan hanyalah melaksanakan hukum fizik yang telah termaktub dalam sistem alam kita.

Apakah kita tidak boleh mencipta watak hero sendiri ? yang boleh kita sebarkan dan selitkan sedikit dengan penerapan islam bukankah itu cara yang senang untuk berdakwah.  Bayangkan jika filem itu sudah sebati satu dunia.....berapa orang yang boleh kita dakwah sama-samalah kita fikir berdakwah dalam teknologi IT adalah medium dan cara baru.........biarkan pemikir-pemikir yang cerdik untuk berfikir tentang idea ini.
   

Sunday, March 23, 2014

MH 370

MH 370,
Tiba-tiba nama mu terkenal di seluruh dunia
Membawa semua bangsa tertumpu di bumi ini
Untuk mencari satu jawapan dan kepastian

MH370
Kami masih ternanti-nanti
Khabar berita daripadamu
Tanpa rasa jemu kami menanti

MH370
Nombor  kamu menjadi sejarah
Satu dunia menyebutmu
Satu dunia mendokanmu

MH370
tempat mu masih terbuka
Kami simpan untuk kamu tiba
Membawa kembali insan yang kami sayangi

MH370
Dimanakah kamu
Hilangkanlah teka-teki ini
Khabarkanlah berita pada kami
Sudah banyak airmata tertumpah dipipi ini

MH370 doa kami selalu  buatmu


Saturday, March 22, 2014

PENCEN KUBUR

        Malam minggu bersama sekeluarga, baru lepas tengok liga bolasepak Malaysia antara Kelantan (TRW) lawan selangor satu perlawanan yang agak memboringkan dan yang paling menghampakan sepakan penalti oleh pemain import Frakie Doe sambil lewa, aduh kalau aku sepak aku rasa lagi kuat, kecewanya kesudahan kelantan tewas 0-1 pada selangor. Mesti ramai yang rasa tak berbaloi tengok perlawanan malam ini, habis tengok liga Malaysia jengok liga EPL dan keputusan yang paling memeranjatkan Chelsea 6 Aresenal 0 , aduh nampaknya memang arsenal kena tembak malam ini. Aku masih menunggu pukul 1.00 pagi untuk lihat kelab aku MU,haaa moyes, moyes .......?


Banyak berligar daripada tajuk malam ini macam perlawanan lesu bolasepak malam ini, ingat nak pekena maggie masak ketam tetapi ketam tak ada, kena import daripada kawan kot, Tajuk yang amg nak coretkan malam ini adalah pencen kubur. Ramai tak pembaca-pembaca semua terfikir akan pencen kubur, tentu tak berapa ramai atau pelik bunyinya. Kalau sebut pencen lepas bersara tentu ramai yang tahu ialah duduk rumah lepas bersara umur 55/56/60 tahun duit bulan-bulan masuk tanpa berkerja. Emmm kali ini amg nak bagi tips untuk dapat pencen kubur nakkan ialah bila kita mati esok nu kat dalam kubur tentu mengharapkan pahala kita masih diterima ialah masa hidup ini pun pahala yang kita buat tak berapa banyak. Pahala kubur maksudnya pahala yang kita masih dapat daripada perkara yang kita tinggalkan :

a.  Anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ibu-bapanya walaupun ibubapanya sudah meninggal dunia.
b.   Ilmu yang bermafaat yang kita ajar masa kita hidup dan ilmu itu terus berkembang contohnya mengajar agama, mengajar benda -benda kebaikan.
c.    Sedekah dan amal jariah kita seperti membina surau dan masjid

emmmm, senang atau mudah itu terpulang kepada masing-masing tepuk dada tanya selera masa hidup ini kita boleh merancang untuk bekalan pahala kita selepas mati.......wasalam daripada amg.

Saturday, February 15, 2014

Satu Langkah takkan berundur


Langkah-langkah terus diatur
Menuju tarikh tamat 
Yang telah ditetapkan oleh Ilahi
Buat semua insan

Langkah-langkah ini kadang-kadang terasa kosong
Ibarat segelas air putih
yang tiada rasa dan tiada warna
hanya sekadar  penghilang dahaga

Buat menghilangkan dahaga sekejap tanpa rasa nikmat
Tetapi bila iman muncul dari diri ini
Semuanya adalah ketentuan hidup
Yang perlu digalas

Langkah-langkah terus diatur
Menuju garis penamat yang pasti
Ibarat sebuah drama yang akan tamat akhirnya
Cuma ceritanya adakah ceria, gembira, suka ataupun sedih

Langkah-langkah terus diatur
Walaupun kekosongan hidup terus mengejar
Mungkinkah sebab diri sendiri
Adakah imam ini terlalu rendah

Oh, Tuhan bantulah aku
Sinarlah hidupku
Suburkan imanku
Aku ingin menikmati hidup dunia
Aku juga ingin menikamti akhirat Mu

Oh Tuhanku
Keluh kesah yang melanda hatiku ini
Ampunilah aku
Akan ku usaha untuk melangkah digarisan lurusMU

Nukilan ammarghazi

Saturday, January 18, 2014

2014 TAHUN YANG MENCABAR

               Mula-mula amg dok merayap dekat FB, tengok tapak baru iaitu Kelab Peminat Jam Antik , aduh umur dah makin meningkat nie hobi pun tengok yang antik-antik jer, tapi hobi jer tengok yang antik-antik tetapi hati dan perasaan masih muda lagi,....Ops banyak ngomel pulok sebenarnya amg dok merenung permulaan tahun 2014 dan awalnya.

Bencana ?

Setiap tahun kalau peminat blog suka melayari atau mengikuti bencana dibumi semuanya merekod skala pecah rekod atau dengan kata lain, ....bencana-bencana yang berlaku memang mangkin teruk, bukti pertama kita dapat ialah cuaca yang sejuk melampau melanda bumi Amerika Utara,,,,,,,terukkan, atau bumi kita dah tua, kalau ikut sejarah islam dan cerita yang berkaitan dengan lelaki tua memang bumi ini dah sangat tua,....dan kalau bumi kita tua dan nukilannya cerita seorang lelaki tua, adakah bumi kita akan nyanyuk....maknanya bencana akan berlaku tidak mengikut susunan keadaan dan ramalan metamatik yang telah dikira, tak mustahilkan sebab dunia akhir zaman matahari akan keluar dari barat?......atau sebab yang paling ikut akal sebagai muslim ialah manusia yang mengundang bala atau bencana ,...contoh undang-undang gay kan gila namanya itu lumrah alam mesti ada perbezaan lelaki mesti kahwin perempuan, positif dengan negetif........memang manusia mengundang bala...dengan mengiktiraf sesuatu yang dimurkai Allah.

Harga Barang dan Kos Hidup

Emm yang ini pun dah jadi topik hangat sekarang, tak kira didewan rakyat ataupun di kedai kopi(dewan sebenar untuk rakyat), becerita pasal barang naik yang ada yang buat lawak yang tak naik -naik ialah hujan, aduh.....duit gaji yang diterima rasa dah mangkin mengecil nilainya, yang jadi masa rakyat Malaysia, bukan perkerja asing, sebab kita perlu memikirkan rumah, anak dan sebagainya,.......sekarang dok fikir apa lagi nak naik, harap2 para pemikir ilmu tak kira kerajaan atau pembakang dok ler semeja tak payah bergaduh fikirkan penyelesaian yang terbaik,.....inilah masa untuk berkhidmat pada rakyat, bukan dok ceramah kosong kalau nak berperang juga tunggulah PRU akan datang takutlah pada Allah, amanah dah diberi, .....laksanakanlah tugas...buat yang laksanakan tugas dengan ikhlas teruskan....Allah maha mengetahui....


Bola Oh Bola

Haaa, yang ini memang kegemaran amg, apa-apa pun terima kasih buat TSAM, saper TSAM cari ler sendiri dekat TRW, kerana mendapatkan penajaan RM8.0 juta sekalung tahniah buat penaja-penaja TRW, terutama penaja-penaja di baju TRW,  kenapa bola di liga M, kurang tajaan syarikat korporat gergasi tak faham amg, sukan rakyat penaja tiada....kalau sukan golongan bangsawan penajaan..wah hebat....rakyat memerhati PRU akan datang .....rakyat bawahan mangkin cerdik,.......kita bukan lagi zaman dahulu kala, maklumat semua di internet..........sebenarnya bola adalah satu tempat pengiklanan yang paling mujarab, bayangkan 20,000 satu stadium ....memerhatikan jenama berkenaan kalau 5 stadium tak ker 100,000 orang...budak sekolah pun boleh fikir.....aku suka liga EPL....very profesional...............tahniah buat yang menaja sukan rakyat ini tak kira tajaan dinegeri mana pun,......


Emmm, amg rasa cukuplah ngomel malam ini,........suka jadi rakyat malaysia .........Syukur....pada Allah.

Friday, January 17, 2014

TUJUH SUNAH RASULULAH (SAW)


Emm, mlm nie rasa badan lain macam jer, rasa nak deman ataupun penat baru balik berkerja, sabar-sabar. Beberapa kali dok buka blog tapi tak dapat, heee geram betul last-last dapat juga inilah internet di Malaysia bayar mahal hasilnya entah apa2. Emm lepas pekena kopi tongkat ali rasa badan segar sedikit, rpm tenaga pun dah bertambah, jangan fikir double meaning yer pembaca.

Hari ini selepas amg baca satu suratkhabar rasa dalam hati hendak berkongsi dengan pembaca semua berkenaan dengan Tujuh Sunah Rasululah (SAW) yang mana bila amg baca amg pun buat greding emm......masih tipis lagi amalan amg senipis kulit bawang merah.

Tujuh Sunnah tersebut adalah seperti berikut:

Pertama

Solat Tahajudd-----jawapan amg kadang/ataupun pada bulan puasa jer rajin itupun selepas sahur 

markah =D

Kedua

Membaca Al-Quran ------jawapan tidak kerap ikut mood , alasan penat balik kerja hari minggu sibuk nak berjalan 

markah =C

Ketiga

Jangan tinggalkan masjid/surau----jawapanya seminggu sekali hari minggu dan setiap jumaat 

markah = C+

Keempat

Jaga solat Dhuha ----jawapanya kadang-kadang buat

markah =C-

Kelima 

Jaga sedekah setiap hari- emmm dok fikir tak boleh bagi tahu , tak ikhlas nanti

markah =C

Keenam

Jaga Wudhu terus menerus---jawapanya aduh jarang amg buat ataupun tak pernah waktu hendak solat jer ambil wudhu

markah =D

Ketujuh

Amalkan istighfar setiap saat---jawapanya emmm lega sikit amalan yang amg cuba pratikkan amalan yang sangat mudah untuk pembaca amalkan 

markah  B-


Buat pembaca rasa-rasalah kalau kita senarai bab dosa mungkin rangkingnyer A, B dan C betultak,.....sedihkan tapi Tuhan (Allah) itu maha penyayang dan pengampun ..AMIN,  moga dapat kita ambil iktibar, .......sekian





Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya