Wednesday, May 28, 2014

PIALA THOMAS 2014

            Emm, rasanya masih tak terlambat untuk amg mengucapkan tahniah walaupun ada sedikit kekecewaan untuk melihat  Piala Thomas kembali tersimpan untuk seketika di bumi Malaysia ini, Pasukan 2014 pasukan yang tidak diletakkan sebarang harapan untuk melangkah kaki ke final ini adalah berdasarkan perkiraan matematik sistem rangking yang diamalkan, pasukan yang dimana pada awalnya rakyat malaysia hanya meletakan sasaran pada peringkat suku akhir ataupun paling kuat separuh akhir, tetapi jangan salahkan rakyat malaysia kerana hanya Datuk Lee  Chong Wei sahaja yang pada perkiraan boleh memberi tentangan dan membawa mata manakala yang lain masih baru dipasangkan ataupun permainan yang belum tahap yang terbaik.


                Tetapi, ya pasukan ini mungkin tiada tekanan untuk mendakap piala Thomas telah memberi kejutan dengan mengalahkan musuh tradisi kita Indonesia dan disitulah semangat amg kembali ada untuk melihat perlawanan badminton secara langsung sehingga kepada penentuan antara Daren dengan Takuma Ueda, emmm tapi kita tewas dengan kedudukan 2-3 kepada Jepun satu pasukan kerdil tiba-tiba menjadi jerung pemusnah pasukan hebat dan mungkin lepas ini pasukan Jepun akan sukar ditewaskan lagi kerana amg percaya program sukan mereka penuh tersusun , berperancangan dan mempunyai pemimpin yang cukup setia dan bertanggungjawab  lihat pasukan bola sepak mereka bila mereka naik pada era 80an sehingga sekarang Malaysia hanya belasahan pada pasukan mereka, hebatkan perancangan mereka, tetapi dalam kecewa amg cukup bangga kerana orang yang melatih Kenton Memota yang menewaskan Chong Wei Feng (21-15, 21-17) adalah rakyat Malaysia dan yang lebih membangakan anak jati kelahiran Negeri Kelantan.....wah hebat tahniah buat saudara Izuan Ibrahim nampaknya ilmu dan kemahiranmu cepat dihidu oleh Negara Jepun, amg mengucapkan moga lebih maju jaya sebagai jurulatih di sana, jangan lupa balik kelantan............wasalam daripada amg.

No comments:

Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya