Sunday, December 13, 2015

Gila Tengok Koleksi Jam Lama

Penyakit Baru,

Sekarang nie kalau boring-boring aku bukak facebook

Tempat pertama yang diterjah adalah Kelab Peminat Jam Vintage Malaysia

Sebab aku suka tengok koleksi-koleksi jam-jam antik yang di punyai oleh Otai-Otai di sana

Kalau nak bid jam antik pun boleh jengok kat Jam dan Aksesori Jam ada pelbagi jam yang dilelong

Kena pada gaya boleh dapat jam antik dengan harga yang berpatutan


Setakat ini adalah beberapa ketul jam antik yang aku bid tapi yang murah-murah ajer

yang paling aku sayang dapat seketul jam ORIS lama....bolehlah masih hidup hingga sekarang

sebelum bid tengoklah dulu sellernya..tetapi so far sellernya adalah jujur semuanya,,,,setakat nie 

adminya sentiasa buat pemantauan....good luck.

Jadi anda tak perlu nak pening-pening kepala nak pergi pasar karat ker atau nak cari kedai jam 

lama........so kalau minat bolehlah jengok FB berkenaan, SELAMAT MENJENGOK DAN 

TAMBAH HOBI

Pelangi

Pelangi,

Kadang-kadang Sinar mu ditunggu,

Buat si peminatmu

Walaupun timbul sang pelangi hanya sementara

Tapi kamu mempunyai peminat sendiri.


Walaupun mengetahui  timbul hanya sekali kala

Ianya mungkin memberi seribu pengertian

Kadang-kadang boleh menenangkan  jiwa yang celaru

Kerana timbulmu cukup membahagiakan


Pelangi,

Ku menanti mu di waktu gerimis tengahari

sebab ku tahu , kau akan timbul jua

Walaupun seketika cukup mengembirakan aku

membuatkan lara ku ditiup angin......

Saturday, January 10, 2015

2014

2014
Sudah berlalu
Dia takkan datang kembali
Walau dipujuk dan dirayu

Dia membawa memori suka dan duka
2014 pasti namamu cukup dikenang
kerana dipehujungmu kami diuji
Dengan air bah mu sukar dimegerti

Ramai yg suka menjadi duka
Ramai angannya padam dek air bah mu
Mengajar manusia untuk bersabar
Membawa manusia untuk bersatu

Air keruhmu yang memekat
Meninggalkan debu sebagai hadiah darimu
Mungkin untuk menguji iman kami
Adakah kami tabah atau tidak

Kami insan yang kerdil
Setiap ujian ada hikmahnya
Moga 2015 membawa sinar
Sinar keimanan dan kesabaran


Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya