Saturday, September 29, 2012

ANN WAN SENG

Baru balik dari surau dengan anak lelaki ku no2 malam nie aku ingat tiada tazkirah dekat surau  jadi aku bawa anak aku no2 sebab kalau ada ceramah takut dia tak tahan lama untuk menunggu Alhamdullilah  tazkirah yang lepas solat Magrib di surau Al-Mutaqqin BCH habis jam    lebih kurang 9.00 malam tanpa ada masalah jadi tak mengangu aku untuk mendengar tazkirah daripada insan cina muallaf yang hebat iaitu Ann Wan Seng. Tazkirah kali ini berkisar kisah masyarakat islam, masyarakat melayu dan perjuangan dakwah beliau, wah rasa hebatkan  seorang cina muallaf yang bersungguh-sungguh berdakwah kita yang dilahirkan dari kecil sebagai seorang Muslim apakah dakwah yang kita bawa, kerdil rasanya jiwa ini.


Satu perkara yang menarik bagiku ialah jika kita ingin berdakwah dengan seseorang kita mesti bergaul dengan mereka katanya, katanya orang Melayu terlalu prejudis dengan masyarakat cina walhal kata beliau orang cinalah bangsa yang telah ramai memeluk agama islam( muallaf) kenapa kita terlampau prejudis patutnya kita perlu berkawan dan berdakwah pada mereka, dulu dia bagitahu salah satu sebab dia memeluk agama islam ialah dengan membaca kita Al-Quran yang ada terjemahan dalam bahasa Indonesia sebab 16 tahun dahulu katanya sukar untuk mencari Kitab terjemahan dalam Bahasa Melayu Allahhuakhbar hebatkan. 


Nampaknya pihak-pihak yang berkenaan perlu memperbanyakan lagi terjemahan aku puji dengan program yang dijalankan oleh Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Menteri Agama Kita menterjermahkan Al-Quran dalam bahasa khemer sekalung tahniah diucapkan harap-harap lepas ini ada terjemahan dalam bahasa-bahasa lain pula terutama bagi negaranya yang minoriti islam, aku bangga dilahirkan dibumi bertuah ini semuanya ada dihadapan masjid, surau, sekolah agama, sekolah pondok dan lain-lain lagi cuma kaki ini tidak kerap mengunjungi rumah-rumah tersebut, InsyAllah suatu masa nanti aku ini ingin menjadi hambaMu yang solehah niat itu penting.

Dan selesai ceramah dia telah mempromosi buku-buku beliau dan aku tidak melepaskan peluang untuk membeli dua buah buku sebagai sumbangan sedikit dalam perjuangan dakwah beliau yang baiknya aku dan ahli surau dapat tandatangan dari beliau, wah bestnyer buku yang  amg beli itu bertajuk cerita minoriti muslim di China dan Gerakan Syaitan setakat ini beliau telah menulis 14 buah buku, bagi sahabat amg di GM tu kalau berminat bolehlah cari-cari dekat kedai-kedai buku.

Wasalam dari amg bilalah boleh menjejak kaki ini dibumi Mekah,Madinah untuk mengerjakan umrah dan haji.....dan melawat ke negara china.

Sunday, September 16, 2012

TUHANKU(ALLAH)

TuhanKu
Waktu kian Berlalu
Diri ini kadang-kadang alpa
Tidak tahu apa tujuan hidup ini
Bila mati kian menghampiri

Tuhanku
Kadang-kadang Kudrat ini terasa Berat
Melakakukan apa suruhanmu
Meninggalkan apa larangan mu
Buat bekalan di dunia akhirat

Tapi 
Diri ini telah berjanji
Cuba Menjadi insan yang kau redhai
Bukan menjadi insan yang kau murkai
Walaupun kadang-kadang ia tergelicir jua di landasan

Ampunkan aku Ya Allah
Semoga aku sentiasa di bawah Redha Mu
Amin, Amin, Amin



Sajak dicipta khas untuk malam gerhana...bagi insan yang berkesempatan solat sunat tahniah diucapkan, doakan sekali buat penulis...nukilan ammarghazi

Tuesday, September 4, 2012

SMS

              SMS adalah satu perhubungan yang cukup mudah, tetapi kadang-kadang nak sms pun tidak sempat adakah masa selama 8 jam tidak mencukupi, kadang-kadang buat amg garu kepala adakah amg terlalu sibuk berkerja, sebenarnya dah sifat amg selagi ada kerja belum siap memang amg akan fokus dan fokus untuk menyiapkan kerja sebab amg ini bukanya bos tetapi pekerja iaitu orang kata dalam bahasa mudah makan gaji.

           Satu SMS kadang-kadang membuatkan satu senyuman akan terukir dengan indah sekali dan kadang-kadang ianya boleh menghilangkan stress pada hari tersebut, tetapi mengapa terlalu sukar untuk amg melakukan adakah amg tiada masa. 

              Walaupun amg tidak berkesempatan untuk menghantar atau membalas  SMS ingatan sentiasa ada dihati ini buat sahabat-sahabat atau siapa sahaja yang mengenali diri ini, bukanya amg sombong jauh sekali untuk melupakan dan tidak sekali untuk melukakan hati.

                 Disini amg nak coretkan pantun khas buat sahabat amg. 

                 Dari Pasir Mas ke Pekan Meranti 
                 SMS tak dikirim tak semestinya lupa dihati
                 Takut di baca sudah bosan nanti.
                 Sebab idea bernas tak datang lagi.

                 Ingin dihati nak jadi penulis
                 Tapi syarat tak cukup lagi
                 Sudah banyak SMS yang ditulis
                 Tapi nak tekan send tu yang tidak  buat lagi
                 
                 
                  





Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya