Saturday, December 17, 2011

Master Chef

Sekarang ini ramai yang menjadi pengikut setia rancangan master chef aku dan keluarga aku pun sama-sama suka rancangan ini ianya lain dari yang lain, memang sangat sesuai untuk ditonton oleh sekeluarga dan tiada membawa unsur-unsur negetif tidak seperti rancangan realiti yang lain . Amg sebenarnya nak cerita yang amg sehari dua ini dah jadi master chef dirumah amg rasa-rasanya dah lama tak pegang pisau dan potong bawang tapi setakat nie dah banyak juga yang amg dah masak untuk makanan amg dan anak mereka pun puji juga masakan amg terutama udang sambal dan sotong masak kicap ingat-ingat lepas ini amg nak cuba masa steak daging menjadi ker tidak tak tahu lagi cuma rasa nak cuba inilah penangan tengok master chef anak-anak amg pun puji.....wahhhhh master chef ker jugak aku nie...gelak dalam hati.

Sunday, December 11, 2011

TuhanKu
Waktu kian Berlalu
Malam telah ke penghujung
Cengkerik berhenti berbunyi
Embun telah kembali

Tuhanku
Gedok telah berbunyi
Lena tidur makin enak
Selimut makin ditarik

Tiba -tiba 
Suara lunak menyergah ke telinga
buat mengejut mimpi yang indah
panggilan kepada Mu memecah kekosongan alam
Buat insan yang beriman
untuk permulaan pagi yang indah




Sajak dicipta khas untuk malam gerhana...bagi insan yang berkesempatan solat sunat tahniah diucapkan, doakan sekali buat penulis...buat sahabatku  semoga bahagia bersama keluarga nukilan ammarghazi 11122011

Sunday, November 27, 2011

Garam dan KegunaanNya-Tips Kedua

Mana-mana rumah didunia ini pasti ada serbuk putih yang masin yang dipanggil garam samada ianya garam bukit ataupun garam laut, kali ini amg nak berkongsi tentang kegunaan garam tersebut seperti berikut:-


a.Pengubatan
Jika terkena air atau minyak panas larutkan garam kedalam air dan sapukan ketempat yang terkena minyak panas tersebut dan biarkan ianya kering sendiri tidak perlu lap.


kedua......


b.Mengelakan telur pecah


Musim cuti sekolah ini banyak kenduri kahwin yang hendak dilaksanakan dan pastinya persediaan bunga telur menjadi satu kewajipan bagi memeriahkan majlis yang hendak diberi kepada tetamu yang hadir, Tetapi masalahnya macamana hendak rebus telur supaya tidak pecah . Amg nak kongsi satu tips iaitu bagi mengelakan telur itu pecah atau retak ambil sedikit garam masukan  terlebih dahulu kedalam air dan masak air hingga mendidih lepas itu baru masukan telur satu persatu secara perlahan.

haa...amg harap tips ini bolehlah tolong para pembaca, Insya-Allah moga berjaya.... 

Friday, November 18, 2011

Ibadat Korban- Misi di Kemboja

Kali nie amg nak kongsi apa yang amg baca di akhbar utusan Malaysia..berkenaan korban dan wakaf di kemboja  sesudah membaca coretan oleh penulis Mohd Radzi memang amg tabik, kagum dan tak tahu nak luah apa  lagi amg tersentuh untuk menulis perkara ini sebab amg rasa rakyat Malaysia betul-betul pemurah dan baik hati banyak juga lembu-lembu dan kambing yang telah dikorbankan oleh rakyat Malaysia di Kemboja tapi yang paling amg tertarik ialah program wakaf tanah ini memang sesuai dengan pepatah yang diamalkan oleh orang cina lebih baik memberi orang miskin kail daripada memberi ikan pada setiap masa. Dimana apa yang amg baca program wakaf ini telah berjaya membina masjid, sekolah dan yang bagusnya juga berjaya membeli tanah-tanah getah untuk menjana ekonomi orang islam kemboja...apa yang amg baca program ini semuanya dibawah tajaan Akademi Iman Syafi'e Dana Kemboja...tahniah sekali lagi..moga usaha-usaha ini dapat diteruskan dan amg ucapkan tahniah kepada utusan kerana telah memilih program ini untuk tatapan pembaca tapi amg ada juga syorkan agar satu dana juga ditubuhkan oleh orang islam di Malaysia untuk membeli tanah-tanah di Malaysia terutama di negeri pantai barat semenanjung Malaysia yang saban tahun hak milik tanah orang melayu terjual kepada orang asing, moga sama-sama kita renungkan kita tak nak yang tinggal untuk anak melayu kita hanyalah sejarah sahaja.....wasalam

Monday, November 7, 2011

Buat Teman-Temanku

Teman bicaraku adalah bicara jujur
Walaupun kadang-kadang Menguris Jiwa
Tapi ianya tak mengenal Dusta
Tak Kenal Marah

Teman dirimu ku anggap sahabat sejati
Apa yang kurasakan
Dirimu memberi seribu bahagia
Mengisi sebuah cerita kehidupan

Mengenalimu membawa rahmat
Memberi keyakinan pada diri ini
Walaupun masa kadang-kadang menceburui
Tapi waktu sedetik terasa berharga

Apa yang kurasakan kini
Kaulah sahabat pemberi semangat

Nukilan Ammar06112011


Saturday, November 5, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 2011

Emmm.....amg nak ucapkan selamat hari raya aidil adha buat semua muslimin dan muslimat semoga tahun ini banyak ibadat korban dilakukan bagi yang berkemanpuan tu bolehlah tubangkan seekor dua haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan sebagainya, apa salah pada hari raya tahun ini kita dapat mengembirakan beberapa buah keluarga yang kurang berkemanpuan mana-mana yang rasa dalam koceknya duit lebih tu bolehlah hulurkan derma dan sumbangan kepada orang-orang yang memerlukan sebabnya walaupun kita melaungkan hendak menuju ke negara maju masih ramai masyarakat kita yang hidup dalam kesusahan kadang-kadang bila amg menonton rancangan bersamamu di TV3 tu hanya syarikat beras jer jadi penaja mana perginya syarikat-syarikat yang dikatakan taikun di Malaysia ini, mungkin cerita orang miskin dan susah tiada nilai komersil sekalung tahniah buat syarikat beras, Inilah bila dunia dah akhir zaman hanya fikir keuntungan dunia sahaja tanpa memikirkan keuntungan di akhirat.....amg hanya meluahkan pendapat jika terasa harap dimaafkan hanya sekadar renungan wasalam....dan salam maaf di hari yang berkat ini. 

Sunday, October 16, 2011

Teman (Sahabat)

Teman,
Hadirmu bagaikan sinar
Bagai Mentari di awal pagi

Teman
Tawamu memberi bahagia
Buat menyembuh hati yang lara.

Teman
Senyumanmu sungguh menawan
Bagai cahaya rembulan ditengah malam


Teman
Cerita mu penghilang duka
Buat diri ini sendirian ketawa

Teman
Hadirmu sentiasa dinanti
Bagaikan pantai menunggu ombaknya

Nukilan ammar16112011

Tuesday, October 11, 2011

Penderma Sperma.

Kali nie amg ada baca artikel didalam akhbar berkenaan dengan pendermaan sperma dimana ianya telah menjadi trend dunia barat iaitu mendapatkan anak daripada baka seorang lelaki yang diminati contohnya seorang artis ataupun cerdik pandai maka wujudlah anak-anak tersebut dan membesar mengikut genetik sperma itu tadi katakan si penderma sperma itu dengan secara baik hati telah menderma seribu sperma maka lahirlah anak-anak 1,000 orang yang mana tak kenal antara satu sama lain maka berlakulah perkahwinan yang tak sah disisi agama islam..emmm haru dunia ini.....harap-harap perkara ini tak berlaku didunia islam...biarlah barat dengan tamadum barunya yang makin menyimpang dari segi agama dan hukum....fikir-fikirkanlah sekadar renungan bersama.

Sunday, October 2, 2011

Kebaikan Berwuduk

Rasululah S.A.W bersabda :-

Seseorang Muslim atau Mukmin berwuduk lalu dia membasuh mukanya, maka hilanglah segala
kesalahan dan penglihatan matanya bersama air wuduknya atau berguguran bersama air wuduknya
atau berguguran bersama air wuduknya yang terakhir. Apabila dia membasuh tanganya, maka
terhapuslah segala kesalahan dan dosa dari perbuatan tanganya bersama air wuduknya atau bersama
akhir cucuran dari wuduknya, hingga dia bersih dari dosa-dosanya.

( Hadis Riwayat Malik dan lain-lain)

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Emmm nampaknya kita umat islam baru selesai merayakan aidilfitri yang lalu mungkin sudah jadi tradisi di Malaysia atau mana2 tempat didunia ini untuk pulang beraya dikampung halaman masing-masing semangat begini amg memang puji kerana secara tak langsung dapat berjumpa dengan kedua-dua orang tua dan sanak saudara juga dan untuk si anak kita mengenali dunia kampung anak bandar katakan, amg kadang tersenyum juga bila pulang kekampung anak-anak tak dapat bezakan antara kerbau dan lembu dan macam-macam lagi. Keseronokan yang kedua dapat mengerjakan solat sunat aidilfitri di masjid tapi yang amg nak bagi cadangan sikit bila selesai solat perlu ada mekanisma supaya supaya jemaah (lelaki) dapat bersalam sesama sendiri tentang salam pun amg nak tegur kalau salam itu ikhlas hendaklah dipegang erat tangan yang bersalam dan mata melihat mata orang yang memberi salam kadang2 pak lebai( yang pakai cara lebailah) pun tak tahu tangan memberi salam tetapi mata melilau tengok orang lain kan tak betul tu.....nikmat yang ketiga dapat kunjung mengunjung dan menziarahi serta menikmat juadah hari raya....moga kita semua diberi peluang oleh Allah untuk berjumpa di ramadhan 2012 dan ramadhan akan datang amin...pahala ku masih sikit lagi........

Monday, August 22, 2011

Tazkirah 3 Ramadhan

Kali nie amg nak bawa satu tazkirah yang baru didengar tadi di surau tempat amg tinggal iaitu pak iman bagi tahu bahawa Nabi berkata adakah anda termasuk dalam orang yang terakhir yang akan meninggalkan azab neraka dan anda orang terakhir yang masuk syurga Allah, Pak iman bagitahu bahawa orang yang begini ialah ianya masih ada iman tetapi dia tidak mahu mengambil tahu apa yang terjadi disekelilingnya kalau orang buat majlis dia pun tak datang, orang buat gotong-royong pun dia tak datang boleh kata dia hidup dalam dunia dia sendiri. Walaupun dia orang yang terakhir masuk syurga Allah tapi Allah yang penyayang memberinya satu tempat di syurga yang luasnya lebih 10 kali dunia ini. MasyAllah........Tuhan memang hebat. Amg taman perumahan amg pun tak habis nak ronda lagi,,,,,,,,,,,,

Tazkirah 2 Ramadhan

Kali nie amg nak kongsi tentang tazkirah yang amg dengar sekarang dekat dunia ini manusia nie biasanya mempunyai 3 sahabat yang baik iaitu harta, sahabat atau kawan dan amalan kebanyakan manusia ataupun orang muslim sekarang lebih mengejar kepada 2 perkara iaitu harta contohnya kita nak ada rumah besar, kereta mewah pakaian yang mahal dan berbagai lagi sebab apa niat di dalam hati nak tunjuk kepada jiran kawan dan sebagainya wahh aku ada kereta baru, satu lagi ialah kita mencari kawan -kawan tanpa memikirkan cara berkawan dan sahabat sebagaimana yang digalakan ataupun dituntut dalam islam kadang kalau dapat kawan kaki dangdut kita pun berdangdutlah juga atau kalau kita cari kawan kaki tak solat maka kitapun lama -lama jadi tak solat jarang manusia nak berkawan dengan amalnya iaitu maksudnya mencari sebanyak pahala disisi Allah sebab prinsipnya mudah jika kita nak berjaya diakhirat maka didunia nielah dewan peperiksaan jika kita tak rajin belajar dan mengulangkaji iaitu beramal macamana kita nak lulus peperiksaan jika kita hanya berkhayal akan syurga tapi tak berusaha samalah pelajar yang malas belajar tapi nak lulus peperiksaan.......kan pelik.

Monday, August 15, 2011

Tazkirah Ramadhan

Kali nie amg nak kongsi tazkirah yang amg dengar tadi di Surau Al Mutaqim tempat amg duduk ler, emm nak cerita pak iman bagitahu kita bukan setakat perlu beriman pada Allah tapi wajib mencegah kemungkaran katanya pada zaman puak-puak bani Isarel dulu para-para alim dia hanya tahu beribadat pada Allah tapi takut untuk mencegah kemungkaran maka sebab itu Allah murka pada alim-ulama tersebut, begitu juga dalam masyarakat kita sekarang kita jangan asyik pergi surau balik surau tanpa memperdulikan maksiat yang berlaku sekeliling kita takut nanti bencana datang tanpa mengenal siapa perlakunya. Pak iman bagi tahu pernah pada Zaman Nabi , Nabi tak nak masuk satu kampung kerana didalam kampung tersebut ada pasangan yang melakukan zina, Nabi takut jika Allah turunkan bencana pada kampung tersebut takut menimpanya juga, masyAllah, jika difikirkan kat Malaysia bukan nak kata maksiat dah berpuluh-puluh jenis maksiat dah berlaku sumbang mahram, anak luar nikah, rogol dan macam-macam lagi.......emmm gerun dan takut?. Moga-moga kita semua dilindungi oleh Allah..Amin

Saturday, July 30, 2011

Kecundang dan Yo-Yo lagi


Frust, Hampa, Kecewa dan entah apa lagi ayat yang patut diucapkan oleh aku dan ribuan peminat Malaysia 90,000 penonton yang datang untuk melihat pasukan kita layak ke pusingan seterusnya nampaknya GAGAL lagi dan dikecewakan lagi dek kelemahan strategi dan barisan pertahanan yang bermain cukup-cukup mengecewakan nak salah siapa? Persoalanya kenapa apek tak diturunkan masa game pertama lawan singapura dikota singapura adakah kita tidak belajar kesilapan semasa di indonesia tempoh hari. Emmm nak tunggu empat tahun lagi .....dan tunggu lagi. Itulah Malaysia ku hanya menunggu dan menunggu....frustkan.

Transformer


Aku baru-baru nie memenuhi hasrat anak-anakku untuk melihat cerita kegemaran ramai apa lagi Transformer yang sedang meletup kat Malaysia sekarang, cerita mmg best tapi masa yang lama diambil iaitu 2 jam 30 minit membuatkan anakku yang kecil dah mula gelisah. Tapi secara keseluruhanya filem nie mmg best ingat nak pergi tengok American Hero tapi kena tangguh sebab dah masuk bulan puasa. Aku nie mmg peminat filem aksi dan sains fiksyen....bila ler KRU nak keluarkan filem begin cara acuan Malaysia mungkin boleh tengok teksi(beca) bertukar jadi robot.

Wednesday, July 13, 2011

Anak-anakku-2

Anak-anakku
kau lah semangat untukku
Meniti hari demi hari
Melangkah onak dan duri
Menempuh gelombang lautan

Anak-anakku
Jika insan yang bergelar papa  ini tiada lagi
Hanya doa papa harapkan
Buat penerang liang kubur
Menghadapi dugaan daripada Tuhan

Anak-anaku iringan doamu lepas solat
Buat sedekah untuk papa
Buat anak-anakku papa selalu berdoa untuk kesejahteraan
Supaya kita semua dibawah redhaNya

Anakku papa berusaha untuk menunaikan janji ini
Mendidik anak-anak papa menjadi manusia beriman
Membesarkan anak papa dengan ilmu agama dan dunia
Buat pendoman hidup ini
Supaya tidak karam dihari yang mendatang

Jika papa tiada lagi doakan papa setiap waktu
Anak-anaku kamu semua di hati papa
Wasalam dari papa
Sayang anak-anakku

Nukilan Ammarghaziklte13112011

Sunday, July 3, 2011

Taiwan Vs Malaysia



Amg kali nie nak ucap tahniah kepada pasukan Malaysia kerana telah berjaya mengalahkan Taiwan 2-1. Amg harap perlawanan dekat Taiwan nanti Malaysia menang ataupun seri supaya kita dapat membaham pula Singa kecil diselatan tanah air supaya kita dapat masuk dalam kelompok 20 pasukan terbaik untuk bertanding dalam Zon Asia untuk mencari wakil ke Piala Dunia akan datang. Emm agak-agaknya bila ler nak tengok pasukan Harimau Malaya akan bertanding di Piala Dunia ...amg hanya tunggu Ngauman Sang Harimau bergegar di Piala Dunia akan datang emmm berapa agaknya imbuhan setiap pemain dapat kalau ikut perkiraan amg ler mau jadi jutawan segera semua pemain dan pegawai pasukan setidak-tidaknya RM1.0 juta seorang..emmmm lumayan..tapi jika layak ke Piala Dunia amg rasa wang sebanyak tu tak jadi kisah ........adakah Ngauman akan bergema...................

Saturday, July 2, 2011

KAABAH RUMAH ALLAH YG KURINDUI





Mana-mana orang islam yang beriman dimuka bumi ini akan ada cita-cita disanubari hati untuk mengunjungi rumah Allah dimana disitu tempat yang sangat mulia disisi agama islam. Amg pun berdoa pada Tuhan agar satu hari nanti dapat pergi kesana untuk menunaikan salah satu rukun islam dan berdoa dan beramal sebaik mungkin supaya kita sentiasa dibawah pengampunanNya dan berkatNya dan amg pun berharap dapat pergi umrah dahulu sebelum pergi haji ini sebagai langkah persediaan untuk menunaikan salah satu rukun islam tersebut.

Emmm mana-mana rakan atau sahabat amg yang akan kesana sama-samalah berdoa untuk saudara seislam yang sekarang nie banyak yang dah lalai, hanyut dan berpecah belah dan tak lupa pada amg sekali.

Bilakah akan amg sampai kesana dan dapat beribadat sepenuh hati, sepenuh jiwa dan dengan rasa rendah diri pada TuhanNya.......hanya waktu yang menentukan.


Sunday, June 19, 2011

Fikiran ini

Fikiran ini
Berpusing-pusing
Mencari sesuatu

Kadang-kadang terasa dunia ini kosong
Bagi meniti hari yang mendatang

Kadang -kadang terfikir dihati mengapa dunia ini hambar
sehambar lukisan tanpa cerita

Adakah dunia ini selesu air dipaya
dimana tiada arah untuk dituju

Tuesday, June 7, 2011

Pirates Of Caribean


Baru-baru amg sempat juga menonton filem lanun kegemaran amg lakunan Johny Deep memang lakunan J.D memang macam lanun yang kelakar kalau orang kelantan kata pak tolol keeeee. Agaknya lepas nie lanun nie nak berlakun kat negara mana pulak mungkin boleh ambil suasana hutan Malaysia pulak kot atau boleh tengok lanun J.D nie main silat pula ......emmmm ok tak.

Kung Fu Panda

Emmm  Amg baru-baru nie bawa anak tengok Kung Fu Panda emm ceritanya memang menarik satu keluarga pergi tinggal yang paling kecil jer kat rumah emmm ceritanya memang best sampai anak-anak amg pun happy dan gelak ketawa tapi yang bestnya anak amg yang baru berusia dua tahun boleh tidur mungkin penat kot dok berjalan kesana kemari emmm dia orang dah mintak dengan amg nak tengok transformer pulak..emmm bila agaknya filem kartun Malaysia boleh setaraf ini.

Saturday, June 4, 2011

Tingkah Laku Manusia Di Masjid

Amg kali nie nak mencoret tentang beberapa tingkah laku yang kalau diperhatikan pada hari jumaat dekat mana-mana masjid bahawa selalu kita nampak

1. Datang lewat tetapi hendak pergi ke saf depan walaupun duduk di saf depan tu lebih pahala tetapi sampai mengangu jemaah lain untuk mendengar khutbah jumaat kan tu tak elok, sepatutnya kalau nak duduk saf depan datanglah awal-awal supaya tak mengangu jemaah lain yang hendak dengar tazkirah ataupun khutbah

2. Suka membelek kuku-kuku kaki dan tapak kaki yang nie pun pengalaman amg kita dok dengar tazkirah, jemaah sebelah dok terbelek-belek kuku kaki tader masa lain ker malulah nie kan rumah Allah

3. Pakai baju tshirt yang bermacam gambar yang nie pun satu hal patutnya kalau nak pergi rumah Allah pakai lah baju yang sopan nie kalau jumpa orang besar bukan main skima lagi baju dipakai tapi bila berkunjung ke rumah Allah kadang pakai baju yang tak sesuai langsung

4. Wabak tidur waktu khutbah ...emmm amg pun kadang2 terkena bahana ini ye ler depan masjid macam makanan ada seperti beriani kambing dan entah apa-apa lagi lepas tu bila masuk masjid ramai jadi pendengar yang lelap...terhanguk-hanguk...aduhhh.

5. Suka bersembang waktu khutbah ader ajer cerita macam waktu yang ada 24 jam sehari tu tak cukup masa tazkirah dan khutbah tu ler nak cerita macam-macam simpan ler nanti keluar daripada masjid nak cerita sampai pagi pun ok.

dan bermcam-macam lagi amg syorkan lah setiap masjid ada cctv mana-mana jemaah yang berkelakuan seperti diatas fokoskannya dan tunjuk pada skrin  besar ..emmm mungkin lepas nie ramai tak berani nak buat....
ok tak idea amg....

Sunday, May 22, 2011

BangsaKU 2

Bangsaku
Andakah masih bermimpi

Tanah sedepa tinggal sehasta
Yang Ada Hanya Nama

BangsaKu Bahasa Mu
Hanya dipinggiran
Walaupun Merdeka telah lama

Bangsaku toleransinyaMu
Menjadi bahan ketawa bangsa lain
Buat anak cucu mengeleng kepala

Mana perginya kata-kata Hang Tuah
Jika makin lama kita makin terpinggir
Malu kita pada anak cucu
Jika yang tinggal hanya sejarah sahaja

Nukilan Ammar

Orang Muda

Amg kali nie nak cerita satu kisah tentang orang muda dan orang tua bukan apa amg hendak tulis cerita ini cuma sebagai tauladan kepada orang-orang muda bahawa walau setinggi mana ilmu yang ada ataupun pangkat yang di sandang tapi kita perlu ingat akan budaya menghormati orang yang lebih tua. Sebab mereka dahulu dilahirkan didunia janganlah kita angkuh dengan pangkat yang disandang sebab kita akan kembali ditempat yang sama iaitu diperut bumi ciptaan tuhan yang kita bawa hanya beberapa hasta kain putih yang membalut tubuh kita.Orang muda perlu ingat akan pepatah melayu bahawa dalam setandan kelapa itu ada yang muda dan ada yang tua tak semestinya kelapa tua jatuh dahulu ketanah kadang-kadang kelapa muda akan jatuh dahulu. Jika kita lihat pada masyarakat melayu nilai menghormati dan menjaga orang tua adalah kurang berbanding dengan bangsa lain kalau kita pergi berjoging ditaman kita akan lihat bangsa lain menolak kerusi roda orang tuanya, membimbing orang tuanya berjalan tapi nak lihat bangsa amg jarang sekali..emmm renung-renungkanlah

Wednesday, May 11, 2011

Mana perginya Pahlawan Islamku

Sekarang nie negara islam umpama bola disepak iaitu ditendang kesana sini, dicucuk hidung seperti lembu ditarik , ditambat dan yang akhir sekali dikorbankan, amg sekadar ingin berkongsi pada zaman kegemilangan islam dulu kita dipandang mulia dan tinggi oleh bangsa lain iaitu bangsa kafir kerana masa itu kita mempunyai pemimpin yang hebat, saintis yang hebat, pemikir yang hebat dan mujahid yang hebat tapi sekarang sungguh mengecewakan kita lemah dalam segenap pekara, tengoklah pada teknologi perang negara islam mana ada didalam dunia ini negara islam mampu mencipta senjata perang yang canggih seperti F18, F15, F22, MIG29,MIG31,Gripen dan bermacam-macam lagi nak cipta senjata infanti tempur pun tak mampu yang ada hanya dilesenkan dan jika berlaku apa-apa lesen itu akan ditarik balik sepatutnya setiap negara islam mencipta satu senjata mengikut kepakaran masing-masing kita boleh melihat macamana negara China dan Korea Selatan membangunkan bidang persenjataan masing-masing malah ciptaan mereka sekarang sudah setanding dengan Negara kuasa besar......emmm amg hanya berceloteh harap-harap suatu hari nanti negara islam sama taraf dengan negara -negara kuasa baru dalam bidang persenjataan..wasalam

Thursday, May 5, 2011

Resahku

Entah kenapa hati ini kelam
Membawa fikiran yang melayang
Buat mencari sebuah sinar
Dihujung sebuah perjalanan

Ku jumpa sebutir bintang
Ketika mengharungi perjalanan
Buat menyinari diri ini
Mengharungi getir kehidupan

Langkah ini semakin longlai
Bila bintang kian hilang
Yang ada awan yang hitam
Untuk menambah hari yang kelam

Aku hanya mampu mendongak kelangit
Menunggu awam hitam berlalu pergi
Adakah bintang  akan timbul kembali
Atau berlalu bersama desiran kasih

Nukilan Ammar

Tuesday, May 3, 2011

Malam ini

Malam ini
Terasa sunyi dan sepi

Yang ada sang Unggas yang ceria
Berbicara di alam rimba

Malam ini kian Kelam
Membawa seribu persoalan

Merombak jiwa ini yang kelesuan
Menanti hari siang

Adakah bintang kan bersinar
Jika malam ku rasa gelap -gelita

Nukilan Ammar

Saturday, April 23, 2011

Masa itu

Masihkah ada masa
Untuku membilang hari

Masihkah ada masa
Untuku mencipta Pelangi

Masihkah ada masa
Untuku menatap bintang dilangit

Hanya yang ada
Gerimis dan guruh dilangit

Hanya yang ada
Gerhana bulan awal malam

Hanya yang ada
Seorang insan pemerhati yang setia

Nukilan ammar

hati ini

Adakah aku perlu mempercayai lagi
Jika hati ini telah ditipu

Adakah aku perlu menyayangi lagi
Jika kesabaran ini sudah membeku

Adakah aku perlu tersenyum
Jika kasih telah tiada

Adakah aku perlu ketawa
Jika lahirnya hanya derita

Adakah aku perlu menangis
Jika air mata tiada lagi

Adakah hati ini sering ditipu
Jika kerana kesabaran ku ini

Aku hanya berserah pada takdir
Mungkin menungu nyawa dipanggil

Bila luka ini masih terasa...........

Nukilan ammar

Monday, April 18, 2011

YOGURT

Baru-baru nie amg ada terbaca majalah anak bahawa bakteria bagi penghasilan Yogurt berasal dari najis  bayi yang baru lahir sehingga 28 hari emm bila baca tu rasa geli dan kembang tengkok juga sebab yogurt tu pun memang makanan kegemaran amg sekeluarga, tetapi bila baca bahawa perkara tu telah dikeluarkan bahawa harus oleh Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali kedua maka bolehlah kita makan..emm hebatkan bahawa didalam najis bayi yang baru lahir tu terdapatnya bakteria dari geng-geng baik dengan nama jika disebut boleh tergeliat lidah amg nie kitakan niekan lidah dah keras..nama dia tu ialah lactobacillus, bifido, bacterium dan streptococcus emm kan tergeliat lidah tu jika silap sebut lain maksudnya haaaa. Yang lagi hebat para saintis yang buat penyelidikan tu macam-mana depa boleh terpikir sampai cari ketempat..emmmm memang amg pun tak gamak.....itulah keajaiban ciptaan Allah ......

Saturday, April 9, 2011

Sahabatku

Sahabatku,
Engkau adalah tempatku untuk berbicara
Bagi membina tali silaturahim
Untuk bergelar sahabat sejati

Sahabatku
Tiada terlintas bicara Kasar atau Menguris Derita
Semoga persabatan ikhlas ini bisa terus terjalin

Mungkin hati ini masih belum dapat menilai
Dimana permata atau hanya batu biasa yang bertaburan
Mungkin kerana diri ini cetek pengalaman
Atau mungkin diri ini sukar memahami sesuatu bicara

Buatmu Sahabat....
Kau tetap Sahabatku...............................................

Nukilan Ammar

Saturday, April 2, 2011

Apa itu 5S

Konsep 5S sekarang nie dah jadi satu amalan dekat Jabatan Kerajaan ianya di bawa daripada ilmu orang Jepun  makna-makna 5S adalah seperti berikut:

SEIRI = SISIH

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkanya

SEITO =SUSUN

Susun barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil, buat penandaan

SEISO = SAPU

Bersihkan barang dan sapu dan kemaskan supaya persekitaran sentiasa kemas

SEIKATSU = SENTIASA AMAL

Melatih semua kakitangan daripada peringkat pengurusan dan bawahan untuk menjaga dan mngamalkan 4 perkara diatas

Kerja-Kerja Anak Syaitan

Tahukah saudara bahawa amg ada terbaca satu artikel berkenaan dengan anak-anak syaitan . Rupanya Syaitan inipun mempunyai anak-anaknya seperti berikut:

a. Tsabar-tugasnya adalah membawa maksiat, kesedihan dan kesusahan hati, bila manusia dalam kesusahan Tsabar ini akan datang untuk menghasut manusia melakukan perkara seperti membunuh diri dan sebagainya

b. Miswath-tugasnya membawa dakyah, dusta, khabar angin serta berita bohong ianya hanya membawa kekalutan dalam jiwa manusia.

c.Al-A'war- tugasnya membawa kepada penzinaan dan menghasut manusia melakukan zina

d.Dasim- tugasnya menambah kekusutan dalam hati orang yang berkeluarga membawa kepada perbalahan suami isteri dan sebagainya.

e.Zaknabur-tugasnya mengadu domba antara pembeli dan penjual

Semoga kita semua selamat daripada sifat-sifat seperti diatas-Amin

Wednesday, March 23, 2011

Tsunami Japan

Amg nie nak mengucapkan takziah buat rakyat Jepun akan Tsunami yang melanda baru-baru ini yang telah meragut banyak nyawa.dan telah merosakan banyak hartabenda dan kemudahan..Jepun yang terletak didalam lingkaran Gunung Berapi dan kawasan yang aktif pergerakan plak antara benua tidak terkecuali saban tahun diuji  dengan berbagai bencana samada kecil ataupun besar, nasib baik kerajaan mereka dan rakyat mereka sentiasa bersedia...cuma gempa bumi ini adalah antara yang terkuat jika dikira dari segi bacaan ritchernya. amg yakin jepun akan cepat bangkit kerana mereka adalah antara bangsa yang penuh dengan kerajinan dan tak pernah mengenal putus asa..walhal mereka kebanyakan bukan beragama islam ...tetapi bangsa amg......emmm ramai dengan sikap okler,  takpaler,  phd...dan berbagai..lagi...mungkin satu hari nanti bangsa amg akan sama hebat dengan bangsa jepun dari segi kerja dan semangat berpasukan.....sama berdoa-doa dan berusaha..ingat islam akan bangkit dari timur dunia..amin

Wednesday, March 9, 2011

Berdoalah Selalu Pada Tuhan

Doa adalah salah satu amalan yang sangat dituntut dan merupakan satu ibadat pada Allah S.W.T di mana mana insan yang berdoa dengan sepenuh hati akan merasa akan kerendahan dirinya pada penciptaNya iaitu Allah S.W.T

Rasululah S.A.W pernah bersabda :

Doa itu adalah otak ibadat ( Hadis Riwayat Daud dan Tarmizi)


Dalam islam telah mensyariatkan pada setiap orang muslim bahawa berdoa hanya kepada Allah S.W.T sahaja dan bukan kepada yang lain, tetapi amg perhatikan masih ada umat islam yang meminta pada benda lain selain daripada Allah, walhal semua benda di alam semesta ini adala ciptaan Allah S.W.T belaka termasuklah gunung-ganang, api, laut, tanah, matahari dan sebagainya. Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Mukmin:

" Dan Tuhanmu berfirman : Mintalah kepadaKu, nescaya Aku akan perkenankan permintanmu itu, Sesungguhnya orang-orang yang sombong terhadap penyembahanKu, mereka akan dimasukan ke dalam neraka Jahanam yang sangat hina "

Sehubungan dengan berdoalah dengan penuh rasa rendah diri dan yakin akan Allah S.W.T bahawa doa itu akan dimakbulkan. Wasalam dari amg.....tazkirah

Sunday, March 6, 2011

Safee Sali

Safee Sali tiba-tiba nama ini meniti disuratkhabar indonesia dan peminat Pelita Jaya ..amg juga merasa bangga kerana setidak-tidaknya dia juga telah mengharumkan nama dinegara seberang yang tidak berapa mesra dengan negara kita setidak-tidaknya melalui sukan hubungan antara kedua-dua negara kembali terjalin lebih erat.....dalam pelbagai bidang...kerana kita serumpun dan paling penting kita adalah umat Nabi Muhamad (S.A.W)..., Semoga selepas ini ramai lagi pemain-pemain bolasepak kita mengikuti jejak Safee Sali mungkin lepas ini boleh mengintai pula Liga Jepun ataupun Liga Korea mana tahu....amg harap agar Safee Sali berjaya mencapai cita-citanya selepas ini iaitu untuk bermain di Liga Australia selepas mendapat pengalaman berguna di Kelab Pelita Jaya.....Syabas buat Safee Sali.

Wednesday, March 2, 2011

Lagu dan Lirik

ku terdengar suara bisikanmu
ku terdengar keluh kesahmu

diwaktu malam dinginnya salju
menyelimuti hati yang pilu

ku membawa diri ini
menerjah hidup yang begini

adakah mentarikan bersinar lagi
menyuluhi hidup diriku ini

nukilan dan ciptaan ammarghaziklte
03032011jam1030mlm

TV3-Rancangan Bersamamu

Amg rasa rancangan ini memang menarik, memberi pengajaran dan keinsafan buat kita semua, kadang-kadang amg ada rasa sedih, pilu bila menonton rancangan ini, ialah kita yang dilahirkan sihat walafiat ada perkerjaan tetap ..tetapi kadang-kadang kita masih mengeluh bila kita terima sedikit ujian daripada Tuhan samada ujian berbentuk kewangan, keluarga dan kesihatan, bila menonton rancangan ini ramai lagi yang lebih susah dan peritnya hidup yang mereka lalui, hanya yang mampu amg lakukan adalah berdoa.....lemahnya nya semangat ini. Semoga insan-insan yang dipaparkan itu dan insan-insan lain yang senasib bersabarlah ini hanya ujian dari tuhan mungkin tuhan telah menyediakan sesuatu yang lebih indah dan nikmat di syurga untuk anda semua. Tuhan itu maha adil. Bagi insan yang diberi kenikmatan dan kelebihan perhatikanlah jiran-jiran kita.....adakah mereka memerlukan bantuan, tolonglah setakat yang termampu......wasalam

Sunday, February 20, 2011

Pengalaman masa kanak-kanak

Disini amg nak kaitkan tentang satu pengalaman zaman kanak-kanak dahulu masa tu tahun 70 an..zaman kanak-kanak zaman dulu mana ada playstation dan komputer ataupun macam -macam lagi permainan ..masa tu amg ingat lagi zaman cerita kombat kat tv tengah popular so apa lagi hari minggu masa tu kalau tak silap baru darjah satu amg dan rakan-rakan pun main kombat ler..kami bagi kepada dua kumpulan satu pasukan amerika dan satu lagi pasukan jerman..masa tu buat senapang sendiri dengan papan dinding so pakat-pakatlah gotong royong rakan yang lebih tua tolong siapkan amg selaras senapang siap dengan getah dam pembidik sekali...pelurunya buah terung pipit yang kecil tu. Apalagi selepas dipecahkan kepada dua kumpulan maka perang pun berlaku lah pasukan pencari (amerika) menyerang kubu jerman..masa tu dah tak fikir keselamatan..tengah-tengah berperang amg telah terlanggar sarang lebah..hitam apa.lagi amg lari lintang pukang...sedar-sedar jer dah duduk atas pangkuan ibu dirumah rupa-rupanya amg pengsan.Nak tahu ubat apa yang tok bidan guna untuk ubat amg haa yang ini sebenarnya nak kongsi engkau orang tahu tak ubat tahi cacing..yang dikutip kat tanah tu disapu seluruh badan amg...yang kena sengat....lepas sembuh insaf sekejap tapi tak lama semangat nak berperang timbul lagi...maka berperang lah lagi habis terung pipit diambil dijadikan peluru....waaaa seronoknya zaman kecil dulu....

Saturday, February 12, 2011

Annual Dinner JLKN

Semalam AMG...telah sama-sama menyambut dan meraikan Annual Dinner yang secara amnya memang meriah dengan ramai yang datang tu tersenyum dan gembira macam-macam persembahan yang telah diatur bagi malam tersebut . Jika nak lihat gambar annual dinner tersebut boleh lah melawati facebook AMG...tetapi AMG mengharap walaupun kita sambut annual dinner sempadan batasan agama mestilah diingati......AMG sekadar memberi pandangan..AMG ucapkan tahniah kepada semua yang telah menganjurkan program tersebut.

Sunday, February 6, 2011

Fernando Tores (FT)

AMG kali nie sajer nak merungkai berkenaan penghijrahan  Fernando Tores ke kelab Chelsea....dengan bayaran perpindahan antara kelab yang termahal pada musim ini iaitu 50 juta pounds dalam lingkungan RM345 juta duit Malaysia, tetapi jika merungkap sumbangan Fernando Tores kepada kelab Liverpool pada musim kali ini taklah seberapa banyak....Fernando Tores banyak mengisi bangku simpanan oleh sebab kecederaan yang dialaminya. Tetapi mungkin dari segi marketing Fernando Tores boleh menarik penajaan dari Syarikat-syarikat besar untuk menaja sesuatu kelab tersebut dan jika apa yang dapat dari penjualan Fernando Tores iaitu kemasukan dua pemain penyerang yang hebat dan masih muda lagi iaitu Andy Caroll dan Suarez AMG rasa lepas ini pasukan Liverpool akan menjadi pencabar utama Liga EPL mungkin sasaran pengurus baru Liverpool Kenny Daglish untuk mensasarkan empat pasukan teratas akan tercapai....emmm buat penyokong Liverpool di Malaysia janganlah bakar baju Fernado Tores.....sebab harga minyak bukan murah.....wasalam

Saturday, February 5, 2011

Sahabat dan Kawan


Kali nie AMG nak tulis berkenaan dengan sahabat dan kawan, emm kita memang tak boleh hidup tanpa sahabat dan kawan tanpa mereka dunia ini rasa terlalu perlahan untuk berpusing antara waktu, tanpa mereka dunia ini kelam dan tanpa mereka mungkin kita pun jadi sasau tanpa tempat untuk berbicara dan meluahkan perasaan samada yang gembira ataupun sedih . Tapi nak cari seorang sahabat adalah sangat sukar dari mencari sepuluh kawan. Sahabat maksudnya orang yang sentiasa berada disamping kita tidak kira waktu kita senang, susah, gembira atau sedih yang ramai adanya  adalah dari spesis kawan yang kunjung tiba di waktu kita senang dan gembira sahaja mereka akan berlalu pergi bak kapas ditiup angin bila kita ditimpa kesusahan. Harap -harap AMG ramai kawan yang boleh dikategorikan pada golongan sahabat...dan bukan kawan. AMIN

Thursday, January 27, 2011

Kelantan Kembali Lagi

Gomo kelate Gomo........itulah yang bakal bergegar di Stadium Shah Alam ....Jurulatih baru M karathu semoga berjaya membawa pasukan Red Wariors untuk menjulang sekurang-kurangnya dua Piala pada tahun ini...semoga lepas ini kelantan dihadiahkan dengan Stadium Baru....yang boleh memuatkan seramai 80,000 hingga 90,000 penonton....emmm bila akan terjadi...mungkin jika terjumpa minyak di daratan di Negeri Kelantan...Walaupun kita kehilangan 3 tonggak utama...kita mesti harus pandai mengatur strategi untuk menjerat mana-mana pasukan....Semoga lepas ini skuad Red Wariors akan lebih kehadapan mungkin boleh masuk juara kelab -kelab Asia...

Tuesday, January 25, 2011

Bunga Lambang Keindahan

Bunga Kadang ia menjadi perantara
Bagi memberi maksud atau menganti diri
Bunga kadang2 mengubat hati yang luka
Memberi secubit senyuman buat penawar duka

Bunga yang menawan menjadi tarikan Sang Kumbang
Dan tak semua bunga senang dipetik
Kadang2 rupa yang cantik akan menjadi racun pada Sang Kumbang
Carilah bunga yang sejati buat peneman sepanjang waktu

Nukilan : Ammarghaziklte :1140mlm25012011

Monday, January 24, 2011

Salasilah Nabi Kita


Untuk Renungan Semua Islam itu sungguh Indah Kita tahu siapa Nabi Kita , asal dan keturunanNya......

Sunday, January 23, 2011

Merendah diri itu tak semestinya hilang harga diri

Untuk Insan Bergelar Sahabat

Mengelakkan Diri Daripada Ganguan

Sekarang nie walaupun kita di dunia moden kita tak terlepas terdengar orang dirasuk iblis dan syaitan .yang memang tujuan dia untuk menyesatkan kita sehingga ke akhir zaman. Disini beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh setiap orang islam antaranya adalah seperti berikut:
a. Sentiasa mengingati Allah
b. Zikrullah di waktu pagi dan petang
c. Elakan dari menagis terlampau-lampau
d. Menutup Aurat sebagaimana yg ditetapkan dalam Islam
e.Jgn membunuh binatang yg masuk rumah kecuali telah diberi salam 3 kali
f.Jangan memakai tangkal dan azimat
g.Solat berjamah
h.Elakan pergi ketempat terbiar,usang dan sunyi
i.jangan buang air kecil atas batu, berinstinjak dengan tulang
j. berwuduk sebelum tidur 
k.Selalu mengamalkan ayat 3 Qul
l. Bertawakal kepada Allah pada setiap usaha yang telah dilakukan

dan mungkin beberapa amalan lagi yang boleh diamalkan yang terdapat dalam Al-Quran dan Al-Hadis..disini
sekadar beberapa coretan untuk dikongsi bersama. Diluar sana banyak buku-buku agama yang dijual , jika kita mampu habiskan komik, buku novel, buku ilmiah dan apa-apa buku kegemaran kita dalam sebulan lima atau enam kali, mungkin kita boleh sematkan dihati untuk buku agama 1 buah untuk 3 atau 4 bulan..ataupun setahun satu buah buku agama kita beli, kita baca, kita renung, kita muhasabah........sekadar ingatan bukan paksaan hanya mengambil tanggungjawab sebagai seorang muslim.....wasalam

Tahniah kepada TLDM.

Berita terbaru dari paper..lanun somalia ditumpaskan oleh sepasukan unit elit TLDM kalau tak lain tak bukan tentulah PASKAL....dalam operasi tu semuanya selamat .Kalau di fikir satu operasi yang sukar dan di tengah laut yang luas...aku menulis nie bukan nak sambung cerita yang dah paper tulis tapi jika fikir helikopter yang digunakan itu jenis Fennec iaitu jenis yang sederhana kecil..lebih kurang sama dengan PDRM buat pemantauan lalulintas dan cegah jenayah...aku rasa dah sampai masanya unit elit tersebut dibekalkan dengan helikopter yang lebih besar yang ada ciri-ciri Battlefield Reconnaisassance Helikopter(BRH), Surface Combatant Maritime dan SAR..sebab helikopter yang digunakan ditengah laut nie perlu terbang jauh..dari kapal operasi..dan perlu tangki minyak yang besar dan kelengkapan yang cukup...jika cakap bahasa yang mudah helikopter bukan jatuh ditembak tapi jatuh dek minyak tak cukup ....kalau dekat pasaran sekarang nie macam helikopter yang boleh dipertimbangkan untuk unit elit tersebut..seperti Cougar, NH90, AW101 ataupun buatan Russia yang murah tapi teknologi hampir sama dengan barat iaitu Mi-17..emmm  mungkin para PASKAL lebih bersemangat.......dan lebih digeruni......

Friday, January 21, 2011

Piala Dunia 2026 atau 2030 di Malaysia

Emm...satu cadangan yang aku rasa bagus..jika tak melibatkan duit pelabuaran yang banyak..tapi aku tak beberapa setuju jika perlu melibatkan banyak negara nanti siapa yang nak buat pembukaan dan siapa penutup ini pun dah tentu haru biru..so baik kita ikut cara korea dan jepun hanya melibatkan dua negara. Malaysia boleh bersama dengan Thailand , atau Indonesia dalam menganjurkan kejohanan tersebut..tapi yang paling sesuai dengan Thailandlah aku rasa pertama dari segi logistik, dan kedua taraf bolasepak gajah putih tu..yang rangking lebih tinggi memungkinkan satu penganjuran yang berjaya dan dipilih oleh FIFA nanti. Emm tentu meriah kalau piala Dunia bermain di Malaysia emmm tentu..lagi meriah jika England dan Jerman bermain di bumi kelantan...lepas nie nasi kerabu dan nasi berlauk terkenal keseluruh alam..........dan kalau aku sempat aku akan jadi penonton yang setia mungkin masa tu David Beckham., Wayne Rooney, Daren Ashley Bent,Lampard yang aku suka tengok kerana skill dan bertenaga...dah jadi jurulatih.....adakah ini semua mimpi disiang hari ataupun sekadar gimik politiking....tunggu dan lihat ajerlah......

Thursday, January 20, 2011

Teknologi Perang Negara Islam Masih Mundur

Emm..tiba -tiba terlintas tajuk nie dalam fikiran kepalaku yang agak berserabut kadang2 nie..emm untuk pengetahuan aku nie memang minat baca majalah keteteraan seperti Parajurit, Asian Defence Journal dan dah banyak kali pergi tengok pameran pertahanan terutama anjuran kerajaan seperti LIMA dan DSA...emm kat pameran tu macam2 peralatan pertahanan yang dipamerkan..tapi alangkah kecewanya majoriti teknologi masih dikuasai oleh negara barat dan Rusia....Negara islam nak cipta senjata infantri pun tak mampu lagi sperti M16, versi baru sikit M4 yang bakal digunakan oleh Army kita, Steyr, AK dan lain-lain..kalau buat kat negara islam pun atas nama lesen. Kenapa kita tak belajar macam mana negara Cina boleh cipta senjata..dulu mereka pun pembeli senjata tapi sekarang dah jadi antara pengeluar senjata yang canggih dan murah...hebatkan...sebab mereka beli dan mereka buat reenginering pulak sebab tu kita tengok yang terbaru mereka dah boleh keluarkan pesawat terbaru....yang seakan-akan pesawat canggih US iaitu F22.....hebatkan..negara islam kaya..tapi...tak digunakan sepenuhnya kurniaan tuhan untuk mencipta.....kita takkan kuat jika kita pandai bercakap dan mengunakan keris tapi kita akan hebat bila kita mampu mencipta pesawat yang canggih seperti F22,SU30 dan lain-lain lagi...emmm renung-renungkanlah.....sekadar berbicara.

Sunday, January 16, 2011

Budaya terbaru dunia barat

Sebelum ini pada zaman kita sekolah dulu macam -macam budaya barat yang menjadi ikutan dan kegilaan muda-mudi ..dan kadang org yang berumur pun ikut sama....budaya budaya seperti..punk, skinhead, rock dan macam-macam lagi dan yang terbaru budaya hari pakai seluar pendek.....emm  geli dan senyum dalam hati dengan fesyen atau budaya baru nie harap ianya tak menular kat Malaysia...kalau menular emmm aku kena pakai cermin mata hitam dan mungkin business cermin mata hitam pun akan laku......ialah godaan depan mata..kita pun bukan lebai ataupun alim sangat....inilah bila pengisian rohani tiada dalam jiwa hanya fikir keseronokan sebenarnya jiwa mereka kosong sekosong botol kosong.....kesian dan kesian..tapi inilah orang kata bila dunia sudah ke penghujungnya ...(akhir zaman)....mampu melihat dan berdoa sahaja.....

Garam dan KegunaanNya

Emm..garam..aku baru nie ada dengar tazkirah kat masjid..pasal garam..garam nie kalau banyak digunakan dalam makanan akan membawa pelbagai penyakit...seperti darah tinggi..dan sebagainya..tapi kalau mengunakan garam bukit..halagel.ia banyak membawa kebaikan..jika difikir secara teori betuljuga ..garam laut tu tempatnya mengalir sungai kelaut yang membawa pelbagai..pencemaran.manakala garam bukit terbentuk sudah lama hasil tindakan alam semulajadi..renungkanlah..lagi satu kegunaan garam ialah bila pergi berkhemah dalam hutan taburkan garam sekeliling khemah..InsyaAllah..binatang berbisa takkan mengangu kita...emm..apa-apa pun kita sebagai muslim mesti berserah kepada Allah selepas mencuba.....

Monday, January 10, 2011

Hobiku -1

Emm...ramai masa kecil mempunyai hobi..dan hobi aku dengan geng sekolah bukan geng bas sekolah tapi
geng cari ikan..ataupun geng mengail...emmm kalau tak main bola aku dengan geng aku masa tu..emm ingat-ingat
darjah 5 atau 6 apa..lagi cari ikan lah......emmm..kami akan cari lubuk-lubuk..ikan yang dah nak..kering..apa..lagi.pakat lima dan enam orang kami pun mulalah menimba lubuk tersebut.( musim kemarau)..emm..memang penat....tapi emm mmg berbaloi aku nie nak kira pakar taklah pakar tapi ikan keli tuu dah biasa aku tangkap dengan tangan....masa tuu kecik bisa..emmmm ..Alhamdulilah..tak pernah kena sengat...emmm ikan yang kami dapat kami bagi sama rata...lps..cari ikan apa lagi cari sungai..lah..tapi air tak dalam..paras paha...wah..apa..lagi..berkubang sakanlah...kerrrrrrrr..bestnyer.........

Monday, January 3, 2011

3 Januari yang Sibuk Sake

Awal..tahun dah datang...emmm siapa yang perlu cuti mama atau papa,....emmm masing sibuk dengan kerja sebab kalau masa awal tahun nie kalau department akaun pasti kalau minta cuti muka boss tu masam mencuka tapi yang lawaknya...tut..tut kita datang boss cuti hantar anak kesekolah....kan lawak namanya..tu..tuler dunia...banyak dah jadi spesis ketam.....Tapi..tahun nie kira senanglah juga aku minta cuti....olehkerana wife aku nie pun spesis cikgu..so akulah pergi hantar anak kesekolah..pada belah petang...masa belah..pagi..sempatlah wife aku..teman emmmm..adaler..tiga..atau.4 org tu yang masih menangis..meraung panggil mak/ayah....tu..pengalaman dekat pasti...kat sekolah..rendah...hantar anak.ku darjah dua punyalah.kelas dekat tingkat 4....heran..kenapa..ler..tak..letak..rendah..dekat tingkat 1..atau 2..kesiannnnn..Ingat nak bayar yuran..sekolah..sembang2 kata ..belum..boleh..bayar..lagi........emmmmmm......kesian makbapa.....

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru.......Buat Semua

Emmm  dah habis berita bola ..kali nie nak ucap selamat tahun baru....buat semua yang mengenali diri ini
yang serba kekurangan dalam penulisan dan percakapan, buat TEMAN, SahabAT dan kAwan2...yang sama telah berhubung di alam maya ini...dengan mengunakan teknologi....alam maya nie..moga semua sedang SENYUM.....tanda gembira bersama keluarga2 masing...buat yang suka senyum tu.....emmmm....jgn senyum sorang2......, yang suka jadi kaunselor emmmm...teruskan niat murni anda 2.....bagi pengumpul tak kira jam atau coin kumpullah sebanyak mana ...asal gembira dan puas....emmm jangan tukar hobi kumpul bini lak....nanti ada yang tidur dalam kereta...gurau jerrr. Apa-apa pun kawe nak ucap tkasih lah...kadang ada janji yang belum tunai tu harap maaflah dek..masa yang sesuai tader.....blog teman akan selalu diikuti.......emmmm.....tengah fikir gadget mana nak masuk

Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya