Sunday, July 21, 2013

Tazkirah Ramadhan -Sebahagian Tabiat Berpuasa Bulan Ramadhan

              Dah hendak masuk pukul 1.00 tengahari, anak-anak dengan rancagan kartun TV astro dan yang no-3 aku hampir hendak tewas bila lihat adik-adik dia yang berumur 4 dan 5 tahun makan ayam goreng. Kesian juga tengok, tapi hari ini amg tidak bagi peluang untuk tidak berpuasa sebab semalam dah bercuti daripada berpuasa, anak-anak perlu dididik untuk belajar berpuasa daripada usia kecil supaya bila besar tidak menjadi masalah macam amg sudah mula belajar berpuasa pada usia 7 tahun ataupun darjah satu.

               Emmm bulan puasa ini banyak pula idea hendak tulis, kadang hendak sahut juga cabaran daripada sahabat amg yang suka menulis diblog, Opss  sebenarnya amg sekadar hendak berkongsi ilmu berkenaan sebahagian kecil tazkirah yang amg yang dengar semasa bersolat Tarawikh di surau Al-Mutaqim semalam, berkenaan sebahagian sifat manusia yang menyambut kedatangan Ramadhan yang amat mulia dan berkat ini.

               Yang Pertama berpuasa hanya sekadar ikut-ikutan sahaja, sebab orang lain berpuasa dia pun berpuasa sebab bukan takut pada Allah ataupun menunaikan tanggungjawab sebagai seorang mukmin yang beriman tetapi takut MALU, nanti orang kata sudah besar panjang pun puasa masih tidak mampu dilakukan, orang yang macam ini memang hebat bila waktu berbuka jika pasar Ramadhan dia tidak pernah tidak hadir bahkan kedua-dua tangannya penuh membimbit berbagai jenis lauk-pauk dan kuih-muih rasanya kalau boleh dengan gerai-gerai sekali mahu dibeli sebab hendak qada makan tengahari dan minum petang.


               Yang Kedua adalah dia melihat bulan Ramadhan sebagai satu bulan yang penuh untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin, kalau boleh bukan setakat satu gerai tetapi tiga gerai pun kalau boleh dia nak jaga sekali untuk dibuat berniaga, berniaga tidak salah tetapi kata penceramah itu tentang puasa dan solat, kalau dah pukul 3.00 dan sedia untuk berniaga pukul 4.00 petang siap pasang khemah dan selepas pukul 8.00 malam baru tutup kedai mana masa untuk solat zohor, ansar dan tarawikh...emmm tetapi amg rasa tak semua macam itu kot mungkin ramai peniaga yang menjaga solatnya dan puasanya.


                   Yang Ketiga pula manusia yang mengangap puasa hanya persinggahan yang penting berhari raya, yang jenis macam ini kalau setiap hari minggu pada bulan Ramadhan pasti pusat membeli-belah adalah rumah keduanya, rasanya baju yang dibeli, kuih yang dibeli tidak cukup untuk menyambut hari raya, rasanya seronok bershoping dan terperap dipusat membeli -belah daripada datang ke surau dan masjid, prinsip mereka beraya hanya setahun sekali biar berhabis asalkan  beraya mereka tidak tahu bahawa mati pun hanya sekali tiada dua dan tiga, Raya ? mungkin banyak kali kita boleh sambut.


                         Kesimpulannya bulan puasa ini adalah bulan yang Allah janjikan dengan seribu nikmat jadi rebutlah dan perbanyakkanlah amalan sebab 11 bulan mungkin kita sudah lalai jadi dalam sebulan ini rebutlah sebaik mungkin sebab semua manusia waras bila di tanya semua hendak syurga tiada yang hendak neraka semua rindu untuk berjumpa bidardari -bidardari yang cantiknya tiada tandingan dengan makhluk dibumi ini.

                           Wasalam dari amg sekadar Tazkirah dibulan ramadhan, ambil petunjuk dari Ayat Al-Quran iaitu kita hendaklah saling ingat mengingati dan berpesan-pesan pada kebenaran. Tazkirah diatas telah diolah oleh amg . Wasalam sekali lagi.

Saturday, July 20, 2013

Puasa Ku Pada Zaman Kecil

             Petang ini tiada apa hendak buat, anak perempuanku sikecil 4 tahun sedang sibuk mewarna, yang sulong tengah menonton tv, manakala 3 hero aku tengah main gusti biasalah budak lelaki kalau tak bergasak tidak sah, mesti bergasak orang kata latihan menguatkan otot-otot macamlah kita zaman kecil dahulu, mana wife, emm  wife sedang tidur letih kot sebab baru balik daripada mengajar hari inikan kelas ganti.

                 Anak-anak aku Alhamdulilah 3 orang berpuasa hari ini yang darjah satu tak berpuasa sebab kata nak rehat dah sepuluh hari puasa tanpa gagal, emm terpaksalah bagi peluang dekat dia untuk tidak berpuasa pada hari ini ini, sekarang nie zaman moden puasa bukanya susah anak-anak tidak perlu berkerja atau menolong ibu-bapa dikebun atau disawah cukup berehat, tunggu waktu dan mengadap meja makan sahaja. Syukur nikmat sekarang. Amin

                Masa  amg dulu kalau berpuasa perkara yang paling seronok ialah masa bertukar menu dengan jiran-jiran jadi kalau ada 5 jiran yang bertukar menu maknanya amg dapat lima jenis makanan pada waktu berbuka seronokkan dan semuanya original made daripada orang-orang kampung yang pakar tidak macam sekarang kalau dekat bandar besar seperti Kuala Lumpur ni katajer ayam percik tapi bila beli emmm tidak rasa langsung, kadang-kadang amg terfikir orang yang berniaga dekat pasar ramadhan ini baru belajar memasak ker opsss jangan marah bukan semua.

                  Satu lagi tentang air batu atau ais, dulu pada zaman 70an mana ada setiap rumah ada peti ais, so pada pukul 4.00 petang amg sudah pergi ke kedai runcit beli air batu, bentuknya bukan macam sekarang, dia disejukan dalam tangkungan empat segi panjang dan akan dikerat-kerat dalam sejengkal dan disimpan dalam peti yang ada habuk gergaji satu jengkal orang tua akan dijual sebanyak 10 sen, balik pula kena simpan dalam bekas khas(bocong air batu) bolehlah bertahan sampai malam. Anak-anak sekarang bukak peti ais dan boleh demand nak makan apa dengan ibu-bapa huhhhhhhhh.

                    emmm tak sabar nak berbuka puasa dikampung kelantan, sebab pasar ramadhan ditempat amg iaitu didepan stadium mini pasir mas ada berpuluh -puluh jenis masakan, emm buat sahabat amg tentu seronok bershoping lauk -pauk dibulan puasa, emm kena timbang berat badan haaa orang bulan puasa makin turun jangan kita makin naik,,,,,emmmm  gurau. bye semua pembaca dan "Selamat Berpuasa Sebagaimana Yang Dituntut Dalam Islam " buka setakat lapar dan dahaga sahaja. Sekian, hendak pergi ke pasar Ramadhan pulak,



Sunday, July 14, 2013

Mesin Perakam Sebagai Setiausaha

                     Pernah atau tidak dalam dunia perkerjaan anda, anda diminta untuk mencatat minit ataupun membuat minit mesyuarat, aduh bila kena tanggungjawab ini rasa berat betul hati hendak menerima , ialah kita terpaksa mendengar dan mencatat setiap keputusan yang penting dalam mesyuarat tersebut, kalau tidak biasa dengan tugas rasa hendak pitam juga mana yang hendak dicatat, yang bercakap dalam mesyuarat pun tidak berhenti dan kena pula bos yang tidak tahu ikut agenda mesyuarat dan tidak tahu untuk bagi keputusan aduh lagi kesiankan, kita yang tukang catit inilah yang pula terpaksa 'guide' bos .

                         Jadi amg rasalah dah tiba masanya syarikat gergasi dalam bidang teknologi maklumat seperti apple, nokia, samsung dan banyak lagi untuk mengarahkan para pereka cipta masing-masing untuk mencipta satu mesin yang mana boleh merakam dan selepas itu boleh menterjermahkan dalam bentuk minit mesyuarat  bila diperlukan yang perlu dimasukan oleh pengguna hanyalah format minit mesyuarat yang diperlukan, amg rasalah kalau ada produk macam ini dipasaran pasti akan dapat sambutan katakan kalau satu jabatan membeli 5 atau 10 bayangkan kalau satu negara berapa ribu yang yang dibeli itu baru satu negara kalau untuk pasaran global wah pasti juta.

Jadi kita tunggu dan lihat adakah idea lawak amg ini akan wujud dalam setahun dua akan datang.

BMW (Bila Masa Waktu)

                   Baru buka blog, sebab ada benda yang hendak dikongsi daripada Tazkirah di Surau Al-Mutaqin , berkenaan dengan BMW iaitu daripada penceramah yang didatangkan khas daripada Selayang, dalam tazkirah itu tadi berbagai tips yang diberi oleh penceramah sempena bulan Ramadhan.

                         Ops sebelum pergi lebih lanjut surau amg setiap malam bulan ramadhan imanya budak-budak hafiz cuma tahun ini berbeza sedikit imanya hampir digilirkan pada setiap malam , dan malam ini imannya adalah seorang budak hafiz yang amg rasa baru berumur dalam lingkungan 9 atau 10 tahun hebatkan dan surah yang dibaca selepas Al-Fatihah adalah surah Al-Baqarah, amg sendiri pun tak hafal surah tersebut, malu juga dan rasa kerdil atas seorang budak hafiz yang menjadi iman, hebatkan, kalaulah anak-anak amg boleh jadi hafiz atau iman wah rasa lega hati amg, bertuah ibu-bapa budak berkenaan.

                      Oh lupa mungkin pembaca blog amg hendak tahu berkenaan BMW, penceramah bagi tahu ramai orang akan rasa hebat dan terpegun dengan BMW 5 series  dan lagi terpegun jika lihat BMW 7 series, adakah diri kita pun makin tuan makin hebat dengan ilmu agama dan amalanya adakah Bila Masa Waktu (BMW), umur  50 dan makin mencapai BMW 70 kita makin  hebat iaitu makin memperbanyakan amalan-amalan yang perlu sebab semakin meningkat umur makin dekatlah tarikh kematian kita. Jadi pada bulan ramadhan yang mulia ini perbanyakanlah amalan yang boleh dilakukan sebab kita tidak tahu ramadhan 2014 kita sempat tempuhi.

                   amg juga tertarik dengan konsep tawaduq yang dibawa oleh penceramah , tawaduq adalah takut pada Allah , kita merasa diri ini takut untuk tinggal solat, kita rasa kita perlu berkerja dan tidak ponteng kerja sebab Allah sentiasa memerhati kita, jadi bila kita hendak melakukan perkara kita sentiasa ingat Allah sentiasa memerhati kita.


                  Ops sebelum  menamatkan sedikit perkongsian ilmu pada malam ini amg hendak ambil kesempatan untuk ucapkan selamat hari lahir kepada semua pembaca blog amg, kadang-kadang kita mudah lupa walaupun ayat tersebut sangat ringkas dan senang dan buat sahabat amg dimana jua anda berada "SELAMAT HARI LAHIR".

                      Wasalam dari amg.


Thursday, July 11, 2013

Selamat Berpuasa

Maaf dah lama tak menulis dalam blog oleh kerana masa yang tidak mengizinkan, buat tatapan pembaca blog amg, amg hendak ambil kesempatan untuk mengucapkan salam dan selamat menyambut ramadhan bulan yang mulia, kadang-kadang ada juga sahabat amg yang bertanya bila idea baru nak tulis, sukar juga nak jawab sebab itu amg tukar nama blog amg " Bila Ada Idea Baru Tulis", emmm ok juga kan dengan nama blog amg yang terbaru ini, lainlah dengan sahabat amg yang kaki novelis mesti idea-ideanya macam air hujan bila hendak tulis idea datang mencurah-curah. Buat sahabat amg jangan marah yer.

Opsss  nanti ada yang tarik muka masam bila baca, sebenarnya amg nak sentuh sedikit pasal bulan ramadhan ini, Tahniah amg nak ucapkan pada umat islam pada tahun 2013 ini masjid-masjid dan surau pada bulan ramadhan sudah kembali penuh, jika pergi lewat sedikit alamaklah akan solat di beranda masjid dan surau, ramai ibu-bapa berduyung-duyung datang untuk menunaikan solat sunat Tawarikh yang mana solat sunat ini hanya ada pada bulan Ramadhan sahaja dan suasana yang penuh dengan kesyukuran ini harap dapat dikekalkan pada akhir Ramadhan, ayuh tahun ini semua berazam agar dapat menunaikan 30 kali solat sunat Tawarikh tanpa gagal, jika gagal pun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

amg juga berharap para pembaca dapat menderma dan membuat amal sebaik mungkin pada bulan ini, di taman perumahan amg bagi kariah Surau Al-Mutaqin telah ditetapkan semua ahli kariah membayar sebanyak RM50.00 setiap rumah dan bagi mengadakan majlis more(jamuan ringan lepas solat Tarawikh) adalah ditetapkan setiap jalan RM350.00, perbelanjaan ini adalah untuk menampung aktiviti surau sepanjang bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan. InsyAllah derma yang kita bagi atas niat kerana Allah sudah pasti akan ada kerberkatanya, Amin

wasalam dari amg, selamat berpuasa hari ini mengidam hendak makan kuih lompat tikam.


Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya