Friday, April 25, 2014

ADIWiRA

Malam makin menuju ke penghujung, jam dah menunjuk detik 12 malam, hanya yang tinggal lampu kalimatan menerangi, bunyi deruan air akuarium ikan aku yang masih kedengaran, anak-anak semua sudah tidur yang tinggal wife yang melayan cerita superhero uncle sam superrman satu watak yang diwujudkan untuk membangkitkan semangat rakyat uncle sam ,  kadang hairan juga cerita karut bin tahyul semuanya pecah rekod panggung berpusu-pusu manusia untuk melihat cerita superman, atau adik beradik yang dilahirkan seangkatanya iaitu batman, spiderman, dan bermacam-macam lagi.


Apa tujuan disebalik diwujudkan watak begitu, itulah satu cara untuk perang saikologi untuk menyatukan rakyat dan membangkitkan semangat rakyat sebab tanah mereka tiada kisah epik yang hendak dibangkitkan sebab tanah itu dahulu kepunyaan peribumi yang kita biasa panggil sebagai Red Indian, itulah menyatukan semua masyarakatnya dan menjadikan hero pujaan sepanjang zaman dan boleh dikatakan filem-filem ini tidak pernah rugi malah pecah panggung.

Malah jika kita biasa mengkaji dengan teliti yang paling amg suka filem-filem bercorak sains fiksyen seperti star wars dan bermacam-macam lagi, lihat kepada senjata yang dicipta mungkin kalau filem itu ditonton pada zaman 80 an dan 90 an kita akan merasakan senjata laser dan pedang laser mustahil dicipta tetapi sekarang senjata laser sudah menjadi bahan kajian kuasa-kuasa besar sebab tiada pengisian peluru yang diperlukan apa yang diperlukan hanyalah melaksanakan hukum fizik yang telah termaktub dalam sistem alam kita.

Apakah kita tidak boleh mencipta watak hero sendiri ? yang boleh kita sebarkan dan selitkan sedikit dengan penerapan islam bukankah itu cara yang senang untuk berdakwah.  Bayangkan jika filem itu sudah sebati satu dunia.....berapa orang yang boleh kita dakwah sama-samalah kita fikir berdakwah dalam teknologi IT adalah medium dan cara baru.........biarkan pemikir-pemikir yang cerdik untuk berfikir tentang idea ini.
   

Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya