Sunday, October 21, 2012

Tahniah buat Zulfahmi Moto 3

Juara dalam pembikinan itulah ayat yang sesuai yang amg tujukan pada Juara Muda dari Malaysia dalam acara lumba Moto 3, baru jer amg dengar berita Zulfahmi berjaya juga mencipta kejutan dalam perlumbaan yang penuh dramatik dan mencabar litar basah dan cita-citanya untuk menjejak pondium buat pertama kali telah tercapai, Tahniah lagi sekali semoga pencapaiannya lepas nie akan lebih banyak dan seterusnya dapat beralih ke Moto 2 dan Moto GP.

Amg juga berharap agar kejayaan itu tidak melalaikan dia mungkin lepas ini banyak lagi usaha yang perlu dilakukan yang penting setiap usaha itu mesti ikhlas dan tidak lupa pada Allah. Siapa sangka dia juga mampu mencipta masa terpantas mengalahkan pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman dan mempunyai jentera-jentera yang lebih hebat. Itulah prinsip Malaysia Boleh tiada yang mustahil jika kita berusaha dan ada matlamat didorong pula peluang yang diberi oleh penaja seperti Air Asia.

Amg setakat nie tiada pengalaman lumba langsung,  masa muda-muda dulu tetapi pengalaman berkonvo itu adalah dan yang paling tak dilupa hingga sekarang ialah berkonvo dengan motosikal pada zaman 90an, 20 buah motosikal wah rasa-rasanya memang cukup manis dan seronok.

Masa muda tidak akan kembali lagi , dah rasa berkonvo-konvo dengan motosikla, sudah rasa lepak sampai 2 pagi main snooker tapi tak pandai-pandai sampai sekarang........itulah masa muda yang penting halal, haram mesti diketahui......bye buat pembaca.

The Red Warriors Cipta Sejarah

          Dup dap dup dada aku dengan wife tengok siarang langsung perlawanan bola sepak antara pasukan aku The Red Warriors (kelantan vs Tentera) wah 90 minit +30 minit aku rasa sekejap jer macam tengok filem Transformer atau tengok perlawanan Liga Perdana Inggeris antara MU dengan Chelsea memang kalau ada percalonan rancangan paling menarik, mendebarkan dan membuatkan mata kehulu kehilir siap dengan bangun serta menjerit setiap kali gol dijaringkan memang aku undi perlawanan ini mungkin banyak oscar yang diperolehi.

            Mula-mula ingat dihati nak pergi ke Stadium Shah Alam tetapi memandangkan jiran-jiran aku semua jenis yang tak minat bola maka aku dengan hampanya menonton rancangan tersebut bersama wife dan anak-anak aku bolelah juga memecahkan suasana sunyi dengan teriakan gol dariku.

               Memang aku nak puji kedua-dua pasukan samada Kelantan ataupun Tentera aku nie dekat pejabat siap buat undi siapa sokong kelantan dan siapa sokong tentera dan ramalan aku Kelantan menang 2-1 wah hampir-hampir tepat bila yang sebenarnya keputusan kelantan 3 Tentera 2 , Sekalung Tahniah buat semua skuad kelantan, Tiga Piala rasa macam mimpi mungkin lepas ini banyak negeri yang nak beli pemain kelantan emm harap-harap pemain kelantan fikir-fikirlah dahulu sebelum mengambil kata putus untuk berhijrah kerana tiada negeri dekat Malaysia nie yang penyokongnya sangat setia seperti penyokong The Red Warriors, buat kelab penyokong The Red Warriors tak nak buat bewah(kenduri) ker kena buat  dekat Stadium weh, makan pulut durian.

                 Buat sahabat yang tengok TV sorang-sorang tu waaaaaaaaaaaaaa, sedihnyer.

Wednesday, October 17, 2012

Hak Cipta Terpelihara

Jam 11.30 malam


Hujan masih renyai -renyai diluar tinggal di kejiranan taman perumahan kadang-kadang seronok juga buat masa ini, jiran-jiran amg semuanya ok setakat ini sebelah rumah amg tauke bengkel kereta bangsa cina yang amg rasa jiran yang baik, sebelah kanan  keluarga muda bangsa sama dengan amg melayu depan rumah jauh sikit keluarga india kerja manager dengan syarikat telekomunikasi emmm dah jadi macam 1 Malaysia, amg memang berdoa masa nak beli rumah dulu biarlah dapat jiran-jiran yang baik.

Sebenarnya amg tiada idea sangat nak tulis apa-apa tapi amg dapat satu tajuk yang sesuai yang selalu kita jumpa bila membeli sebuah buku iaitu Hak Cipta Terpelihara,sebelum amg mengulas lebih lanjut amg baru singgah melawat beberapa blog kesukaan amg termasuklah blog sahabat amg tu, terdiam sekejap amg bila baca mutiara kata dalam blog sahabat amg tu mutiara kata itu untuk siapa agaknya? Hanya penulisnya sahaja yang tahu ? Mungkin untuk suami yang jauh diperantauan mencari rezeki? , biarkanlah mungkin ada sambungan dari mutiara kata tersebut ? Sahabat amg tersebut memang ada tokoh sebagai penulis buku...........

Jam  11.45 malam

Opss nampaknya dah semakin jauh menyimpang dari tajuk kalau ambil periksa buat karangan confirm amg akan dapat kosong atau dalam bahasa glamor dekat sekolah akan dapat telor ayam hemmmmm.

Okey, secara logiknya Hak Cipta Terpelihara ini para pembaca akan selalu jumpa pada muka surat pertama atau kedua setiap buku, novel atau apa-apa bacaan memang jika fikir dari segi perniagaan dan idea pengarang atau penulis buku tersebut adalah penting kerana ianya adalah hak milik mutlak dan sumber pendapatan, tetapi kan kalau kita baca lagi dengan lebih jelas ....ayatnya berbunyi sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan, disalin , dipindahkan.....dan lain-lain lagi.....tanpa mendapat kebenaran.

Cuma amg keliru bagaimana agaknya jika perkara tersebut pun ada dalam buku -buku agama ,kitab-kitab kita dan sebarang cerita mengenai islam bagaimana penyebaran islam tersebut hendak dilakukan adakah kita perlu sentiasa meminta izin daripada penerbit ataupun penulis, susahkan  sudahlah para tabligh-tabligh kita tidak sehebat tabligh kristian, fikir-fikirkanlah, amg rasalah ayat yang sesuai digunakan ialah sebarang penerbitan atau pengunaan bahan-bahan dalam buku ini adalah  dibenarkan disalin, dicetak dan diedarkan bagi maksud peyampaian dan peyebaran agama islam kecuali jika maksud keuntungan bagi individu atau percetakan adalah tidak dibenarkan sama sekali, Ok tak amg rasa penulis mungkin akan dapat pahala yang lebih lagi, fikir-fikirkanlah

12.05 pagi

Mata dah mengantuk amg minta maaf jika ada yang tidak berapa setuju dengan cadangan amg....nak singah blog sahabat amg sekali lagi.......tertunggu coretan-coretan terbaru dari blog-blog yang amg selalu kunjung...byeeeee.

Sunday, October 7, 2012

Tipah Tertipu

Kali nie amg nak coretkan kisah Tipah Tertipu,emm best jugakan kalau tiba-tiba dapat buat orang tertipu mesti dapat gelak sakan iyerler mesti boleh guling-guling atau pun paling kurang dapat hilangkan stress, tapi iyerlerkan nak marah emm kita bukan suka marah, lagipun siapaler kita nak marahkan seseorang emm  nanti dikatakan wei siapa awak nak marahkan kita, aduhkan lagi bisa ayat itu silap-silap persahabatan akan putus begitu, Tapi tak perlu rungsing sebab kita dah biasa jadi tipah tertipu.Waaa jadi tipah tertipu juga aku emm tapi bila nilai persahabatan itu lebih penting daripada nilai tipah tertipu maka amg buat tak kisah walaupun rasa macam entahlah nak sebut pun susah.

Mungkin pembaca blog ini sudah terkena dengan ayat tipah tertipu mesti muka senyum lama-lama jadi kelat macam hujan waktu magrib dah ler hari nak gelap hujan pulak langsung tak nampak apa-apa.

Tapi nasib baik amg malam itu ada kawan-kawan untuk berborak atau bersembang di kedai kopi yang anginnya agak menyegarkan nak bagi tahu tempat emm tak nak bagi tahu dah kahhhh  kahhhh  serik ker, eh mana ada serik tapi beringat takut kena tipah tertipu buat kali kedua.

Malam itu nak hilangkan rasa tipah tertipu air teh halia rasa macam air kunyit tiada halia langsung, waaa...rupanya tipah tertipu.Nasib baikler boleh tidur jam 2.00 pagi baru balik borak-borak dengan kawan.

Tapi amg dah maafkan sahabat amg .....maafkan kenapa  tak marah, sebab amg sukakan sahabat dan kawan yang ramai ........serikdah nak bagi tahu tempat mungkin kena pandai berlakon walaupun tidak minat langsung.....wasalam dari amg dari Tanah tinggi CH.

Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya