Wednesday, March 23, 2011

Tsunami Japan

Amg nie nak mengucapkan takziah buat rakyat Jepun akan Tsunami yang melanda baru-baru ini yang telah meragut banyak nyawa.dan telah merosakan banyak hartabenda dan kemudahan..Jepun yang terletak didalam lingkaran Gunung Berapi dan kawasan yang aktif pergerakan plak antara benua tidak terkecuali saban tahun diuji  dengan berbagai bencana samada kecil ataupun besar, nasib baik kerajaan mereka dan rakyat mereka sentiasa bersedia...cuma gempa bumi ini adalah antara yang terkuat jika dikira dari segi bacaan ritchernya. amg yakin jepun akan cepat bangkit kerana mereka adalah antara bangsa yang penuh dengan kerajinan dan tak pernah mengenal putus asa..walhal mereka kebanyakan bukan beragama islam ...tetapi bangsa amg......emmm ramai dengan sikap okler,  takpaler,  phd...dan berbagai..lagi...mungkin satu hari nanti bangsa amg akan sama hebat dengan bangsa jepun dari segi kerja dan semangat berpasukan.....sama berdoa-doa dan berusaha..ingat islam akan bangkit dari timur dunia..amin

Wednesday, March 9, 2011

Berdoalah Selalu Pada Tuhan

Doa adalah salah satu amalan yang sangat dituntut dan merupakan satu ibadat pada Allah S.W.T di mana mana insan yang berdoa dengan sepenuh hati akan merasa akan kerendahan dirinya pada penciptaNya iaitu Allah S.W.T

Rasululah S.A.W pernah bersabda :

Doa itu adalah otak ibadat ( Hadis Riwayat Daud dan Tarmizi)


Dalam islam telah mensyariatkan pada setiap orang muslim bahawa berdoa hanya kepada Allah S.W.T sahaja dan bukan kepada yang lain, tetapi amg perhatikan masih ada umat islam yang meminta pada benda lain selain daripada Allah, walhal semua benda di alam semesta ini adala ciptaan Allah S.W.T belaka termasuklah gunung-ganang, api, laut, tanah, matahari dan sebagainya. Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Mukmin:

" Dan Tuhanmu berfirman : Mintalah kepadaKu, nescaya Aku akan perkenankan permintanmu itu, Sesungguhnya orang-orang yang sombong terhadap penyembahanKu, mereka akan dimasukan ke dalam neraka Jahanam yang sangat hina "

Sehubungan dengan berdoalah dengan penuh rasa rendah diri dan yakin akan Allah S.W.T bahawa doa itu akan dimakbulkan. Wasalam dari amg.....tazkirah

Sunday, March 6, 2011

Safee Sali

Safee Sali tiba-tiba nama ini meniti disuratkhabar indonesia dan peminat Pelita Jaya ..amg juga merasa bangga kerana setidak-tidaknya dia juga telah mengharumkan nama dinegara seberang yang tidak berapa mesra dengan negara kita setidak-tidaknya melalui sukan hubungan antara kedua-dua negara kembali terjalin lebih erat.....dalam pelbagai bidang...kerana kita serumpun dan paling penting kita adalah umat Nabi Muhamad (S.A.W)..., Semoga selepas ini ramai lagi pemain-pemain bolasepak kita mengikuti jejak Safee Sali mungkin lepas ini boleh mengintai pula Liga Jepun ataupun Liga Korea mana tahu....amg harap agar Safee Sali berjaya mencapai cita-citanya selepas ini iaitu untuk bermain di Liga Australia selepas mendapat pengalaman berguna di Kelab Pelita Jaya.....Syabas buat Safee Sali.

Wednesday, March 2, 2011

Lagu dan Lirik

ku terdengar suara bisikanmu
ku terdengar keluh kesahmu

diwaktu malam dinginnya salju
menyelimuti hati yang pilu

ku membawa diri ini
menerjah hidup yang begini

adakah mentarikan bersinar lagi
menyuluhi hidup diriku ini

nukilan dan ciptaan ammarghaziklte
03032011jam1030mlm

TV3-Rancangan Bersamamu

Amg rasa rancangan ini memang menarik, memberi pengajaran dan keinsafan buat kita semua, kadang-kadang amg ada rasa sedih, pilu bila menonton rancangan ini, ialah kita yang dilahirkan sihat walafiat ada perkerjaan tetap ..tetapi kadang-kadang kita masih mengeluh bila kita terima sedikit ujian daripada Tuhan samada ujian berbentuk kewangan, keluarga dan kesihatan, bila menonton rancangan ini ramai lagi yang lebih susah dan peritnya hidup yang mereka lalui, hanya yang mampu amg lakukan adalah berdoa.....lemahnya nya semangat ini. Semoga insan-insan yang dipaparkan itu dan insan-insan lain yang senasib bersabarlah ini hanya ujian dari tuhan mungkin tuhan telah menyediakan sesuatu yang lebih indah dan nikmat di syurga untuk anda semua. Tuhan itu maha adil. Bagi insan yang diberi kenikmatan dan kelebihan perhatikanlah jiran-jiran kita.....adakah mereka memerlukan bantuan, tolonglah setakat yang termampu......wasalam

Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya