Sunday, May 15, 2016

BOSAN

Bosan

adalah satu tabiat atau satu perkataan yg timbul dalam diri kita

saper tak pernah bosan

mungkin orang itu hidupnya memang menakjubkan


Bosan

bencinya aku dengan perkataan ini

Bosan 

Bencinya aku dengan suasana ini


Tetapi bagaimana menghilangkan bosan

kadang dia hilang sekejap

Kadang dia timbul lagi


Oh bosanya

bila semua yang dirancang tidak menjadi

oh seronoknya  jika dunia penuh dengan kegembiraan

Di mana hendak di cari

Atau ini semua atas sifat lalai ku

Atau ini semua kerana masih tidak bersyukur 100 % atas ketentuan ilahi

Aduh .........


Bantulah dan bimbinglah aku  Ya Allah

Moga aku merasa nikmat hidup dimuka bumi ini

Semakin mendekati dengan dirimu Ya Allah

Makin kuat cubaan melanda................................................

Sunday, January 24, 2016

Ya Rasululah ( SAW)


YA RASULULAH (SAW)

PERJUANGAN MU  AMAT HEBAT

TANPA MENGENAL ERTI SUSAH

MENYERU MANUSIA KE JALAN YANG BENAR


KAMI DISINI TERUS MENCINTAI MU DAN PERJUANGAN MU

KAMI GADAIKAN NYAWA DAN BADAN KAMI DALAM PERJUANGAN INI

BERDAKWAH DAN TERUS BERDAKWAH MENEGAKKAN  SYIAR YANG ENGKAU BAWA YA RASUL KU

DALAM PELBAGAI CARA DAN RUPA

DALAM PELBAGAI KEBOLEHAN DAN KEMAMPUAN

AGAR LAUNGAN ISLAM TERUS BERKEMBANG DI BUMI INI

AGAR ANAK-ANAK ADAM TIDAK TERUS HANYUT

AGAR ANAK-ANAK KAMI DAN KETURUNAN KAMI DAPAT MATI DALAM IMAN

BANGUNLAH WAHAI UMAT ISLAM

DUNIA SUDAH MAKIN HAMPIR USIANYA

DEKATLAH DIRIMU DENGAN TUHANMU

KERANA NAFAS KAMU TIDAK BISA BERNAFAS SELAMA-LAMANYA


nukilan amg tanggal 24 januari 2016

Saturday, January 23, 2016

Dunia Yang Makin Mengantuk

2016

Selamat Datang

2015 Telah Menjadi Sejarah

Tapi kita ada dimana......adakah kita masih dalam dunia fantasi

Memburu emas dan wang ringgit di dunia

Mengejar pangkat dan harta

Sampai lupa suruhan Tuhan


Dunia lebih penting

Wang ringgit lebih penting

Pangkat lebih penting

Mesyuarat lebih penting

Kerja lebih penting

Sampai solat sudah jadi no 2

Sampai pahala sudah jadi no 2


Mengapa begitu

Adakah kita rasa kita hebat akan hidup selamanya

Adakah kita rasa boleh tolak mati

Adakah kita rasa tiket syurga sudah ada dalam tangan....

Aduhhh.....masyarakat ku.....

Berubah lah....sebelum Tuhan menguji dengan sesuatu yang tak diduga

Sesuatu yang kita tidak mampu menghadapi.....


nukilan amg tanggal 23 jan 2015

Dunia Baru Ku Di Tempat Baru

Emmm....dah lama tak menerjah blog ini, mungkin atas sebab  pertukaran kerja ke tempat baru.

Suasana baru dan cabaran baru, tapi memang rindu di tempat lama suasana yang lebih dengan jiwai ku ini, ramai rakan sebaya usia dan jenis kerja yang aku minat lakukan iaitu mengetuai Unit Admin dan Kewangan.

Tapi ini semua takdir ....bertukar lagi di tempat baru yang memang betul2 mencabar aku dan dengan staff yang terlampau kecil dan beban kerja yang banyak dan tiba2 ..emm wahyu job...huuu...

Tapi sesuatu yang postif perlu disemai dalam diri ini....nak pencen lambat lagi...tanggungjawab sebagai ketua keluarga perlu dipikul...

Sakit...memang di usia 40an..bibit sakit memang dah timbul....dulu masa umur 20 an aku mampu menghadapi pernah balik kerja jam 2.30 pagi...iaitu habis meeting di Markas Logistik..TD..huuu satu pengalaman tak dapat dilupakan.

Sekarang aku cepat STRESS...mungkin faktor usia...nak bersukan emmm mimpilah dengan suasana kerja sekarang...hilanglah hobi aku main ping-pong dan bowling.....

Tapi ini semua ada hikmah mungkin aku belum ketemui.....maafkan aku Ya Allah aku hanya insan kerdil....

Sunday, December 13, 2015

Gila Tengok Koleksi Jam Lama

Penyakit Baru,

Sekarang nie kalau boring-boring aku bukak facebook

Tempat pertama yang diterjah adalah Kelab Peminat Jam Vintage Malaysia

Sebab aku suka tengok koleksi-koleksi jam-jam antik yang di punyai oleh Otai-Otai di sana

Kalau nak bid jam antik pun boleh jengok kat Jam dan Aksesori Jam ada pelbagi jam yang dilelong

Kena pada gaya boleh dapat jam antik dengan harga yang berpatutan


Setakat ini adalah beberapa ketul jam antik yang aku bid tapi yang murah-murah ajer

yang paling aku sayang dapat seketul jam ORIS lama....bolehlah masih hidup hingga sekarang

sebelum bid tengoklah dulu sellernya..tetapi so far sellernya adalah jujur semuanya,,,,setakat nie 

adminya sentiasa buat pemantauan....good luck.

Jadi anda tak perlu nak pening-pening kepala nak pergi pasar karat ker atau nak cari kedai jam 

lama........so kalau minat bolehlah jengok FB berkenaan, SELAMAT MENJENGOK DAN 

TAMBAH HOBI

Pelangi

Pelangi,

Kadang-kadang Sinar mu ditunggu,

Buat si peminatmu

Walaupun timbul sang pelangi hanya sementara

Tapi kamu mempunyai peminat sendiri.


Walaupun mengetahui  timbul hanya sekali kala

Ianya mungkin memberi seribu pengertian

Kadang-kadang boleh menenangkan  jiwa yang celaru

Kerana timbulmu cukup membahagiakan


Pelangi,

Ku menanti mu di waktu gerimis tengahari

sebab ku tahu , kau akan timbul jua

Walaupun seketika cukup mengembirakan aku

membuatkan lara ku ditiup angin......

Saturday, January 10, 2015

2014

2014
Sudah berlalu
Dia takkan datang kembali
Walau dipujuk dan dirayu

Dia membawa memori suka dan duka
2014 pasti namamu cukup dikenang
kerana dipehujungmu kami diuji
Dengan air bah mu sukar dimegerti

Ramai yg suka menjadi duka
Ramai angannya padam dek air bah mu
Mengajar manusia untuk bersabar
Membawa manusia untuk bersatu

Air keruhmu yang memekat
Meninggalkan debu sebagai hadiah darimu
Mungkin untuk menguji iman kami
Adakah kami tabah atau tidak

Kami insan yang kerdil
Setiap ujian ada hikmahnya
Moga 2015 membawa sinar
Sinar keimanan dan kesabaran


Saturday, June 28, 2014

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 2014



              Selamat Menyambut Ramadhan, pada muslimin dan muslimat malam ini adalah malam pertama umat-umat islam di Malaysia mengadakan solat Terawikh dan pada pagi ini ini juga kita akan mula bersahur, emm amg ingatkan agar jangan lupa makan buah kurma masa bersahur nanti kerana buah kurma tersebut mengandungi sumber semulajadi untuk membekalkan tenaga sepanjang berpuasa, emmm dengan perkembangan cuaca di malaysia yang makin panas ini adalah digalakan untuk perbanyakan minum air masak pada malam hari supaya tubuh kita mempunyai air yang mencukupi.

                   Amg juga nak ucapkan kepada satu spesis dengan amg yang kaki bola, bola-bola juga tetapi ibadat-ibadat juga kalau kita boleh bersekang mata hampir 90 minit melihat bola apa salah pada bulan ramadhan ini kita bersekang mata untuk memulakan mengaji Al-Quran dan melakukan solat-solat sunat yang lain terutama  solat Tahajud. 

Emmm, satu lagi hobi muslim dan muslimat bila menyambut ramadhan acara memborong kuih-muih dan juadah makanan pada waktu petang untuk berbuka, amg rasalah kebanyakan menghabiskan RM50 hingga RM75 bagi yang berkeluarga untuk membeli juadah berbuka puasa emmm betultak. Cuba tengok harga makanan yang selalu kita beli bila keluar pada pasar ramadhan

                   a.  2/3 jenis air      -RM10-RM15
                   b.  3/4 jenis lauk   -RM20-RM30
                   c.   2/3 jenis kuih  -RM20-RM30

Emmm, kalau ikut-ikutkanlah maka setiap keluarga membelanjakan RM1,500 hingga RM2,000 untuk acara memborong pada pasar ramadhan sebab itulah pasar ramadhan di bandar-bandar besar merupakan lubuk rezeki sebulan berniaga mereka boleh mendapatkan pendapatan sehingga RM50 hingga RM60 ribu, tetapi yang tak bestnya kesian mereka bilaler mereka boleh sama-sama bertarawikh di surau-surau dan masjid-masjid, harap2 mereka dapat meluangkan sekali-sekala di masjid-masjid dan surau2.

Emmm, cukuplah nak tengok bola pula malam ini antara Brazil dengan Chile tetapi aku nie penyokong dan peminat England dan Jerman. Tengok ajerler kitakan gila bola,haaaaa dan buat sahabatku yang suka berkebun teruskan berkebun.....byeeeeee




Wednesday, May 28, 2014

PIALA THOMAS 2014

            Emm, rasanya masih tak terlambat untuk amg mengucapkan tahniah walaupun ada sedikit kekecewaan untuk melihat  Piala Thomas kembali tersimpan untuk seketika di bumi Malaysia ini, Pasukan 2014 pasukan yang tidak diletakkan sebarang harapan untuk melangkah kaki ke final ini adalah berdasarkan perkiraan matematik sistem rangking yang diamalkan, pasukan yang dimana pada awalnya rakyat malaysia hanya meletakan sasaran pada peringkat suku akhir ataupun paling kuat separuh akhir, tetapi jangan salahkan rakyat malaysia kerana hanya Datuk Lee  Chong Wei sahaja yang pada perkiraan boleh memberi tentangan dan membawa mata manakala yang lain masih baru dipasangkan ataupun permainan yang belum tahap yang terbaik.


                Tetapi, ya pasukan ini mungkin tiada tekanan untuk mendakap piala Thomas telah memberi kejutan dengan mengalahkan musuh tradisi kita Indonesia dan disitulah semangat amg kembali ada untuk melihat perlawanan badminton secara langsung sehingga kepada penentuan antara Daren dengan Takuma Ueda, emmm tapi kita tewas dengan kedudukan 2-3 kepada Jepun satu pasukan kerdil tiba-tiba menjadi jerung pemusnah pasukan hebat dan mungkin lepas ini pasukan Jepun akan sukar ditewaskan lagi kerana amg percaya program sukan mereka penuh tersusun , berperancangan dan mempunyai pemimpin yang cukup setia dan bertanggungjawab  lihat pasukan bola sepak mereka bila mereka naik pada era 80an sehingga sekarang Malaysia hanya belasahan pada pasukan mereka, hebatkan perancangan mereka, tetapi dalam kecewa amg cukup bangga kerana orang yang melatih Kenton Memota yang menewaskan Chong Wei Feng (21-15, 21-17) adalah rakyat Malaysia dan yang lebih membangakan anak jati kelahiran Negeri Kelantan.....wah hebat tahniah buat saudara Izuan Ibrahim nampaknya ilmu dan kemahiranmu cepat dihidu oleh Negara Jepun, amg mengucapkan moga lebih maju jaya sebagai jurulatih di sana, jangan lupa balik kelantan............wasalam daripada amg.

Friday, April 25, 2014

ADIWiRA

Malam makin menuju ke penghujung, jam dah menunjuk detik 12 malam, hanya yang tinggal lampu kalimatan menerangi, bunyi deruan air akuarium ikan aku yang masih kedengaran, anak-anak semua sudah tidur yang tinggal wife yang melayan cerita superhero uncle sam superrman satu watak yang diwujudkan untuk membangkitkan semangat rakyat uncle sam ,  kadang hairan juga cerita karut bin tahyul semuanya pecah rekod panggung berpusu-pusu manusia untuk melihat cerita superman, atau adik beradik yang dilahirkan seangkatanya iaitu batman, spiderman, dan bermacam-macam lagi.


Apa tujuan disebalik diwujudkan watak begitu, itulah satu cara untuk perang saikologi untuk menyatukan rakyat dan membangkitkan semangat rakyat sebab tanah mereka tiada kisah epik yang hendak dibangkitkan sebab tanah itu dahulu kepunyaan peribumi yang kita biasa panggil sebagai Red Indian, itulah menyatukan semua masyarakatnya dan menjadikan hero pujaan sepanjang zaman dan boleh dikatakan filem-filem ini tidak pernah rugi malah pecah panggung.

Malah jika kita biasa mengkaji dengan teliti yang paling amg suka filem-filem bercorak sains fiksyen seperti star wars dan bermacam-macam lagi, lihat kepada senjata yang dicipta mungkin kalau filem itu ditonton pada zaman 80 an dan 90 an kita akan merasakan senjata laser dan pedang laser mustahil dicipta tetapi sekarang senjata laser sudah menjadi bahan kajian kuasa-kuasa besar sebab tiada pengisian peluru yang diperlukan apa yang diperlukan hanyalah melaksanakan hukum fizik yang telah termaktub dalam sistem alam kita.

Apakah kita tidak boleh mencipta watak hero sendiri ? yang boleh kita sebarkan dan selitkan sedikit dengan penerapan islam bukankah itu cara yang senang untuk berdakwah.  Bayangkan jika filem itu sudah sebati satu dunia.....berapa orang yang boleh kita dakwah sama-samalah kita fikir berdakwah dalam teknologi IT adalah medium dan cara baru.........biarkan pemikir-pemikir yang cerdik untuk berfikir tentang idea ini.
   

Sunday, March 23, 2014

MH 370

MH 370,
Tiba-tiba nama mu terkenal di seluruh dunia
Membawa semua bangsa tertumpu di bumi ini
Untuk mencari satu jawapan dan kepastian

MH370
Kami masih ternanti-nanti
Khabar berita daripadamu
Tanpa rasa jemu kami menanti

MH370
Nombor  kamu menjadi sejarah
Satu dunia menyebutmu
Satu dunia mendokanmu

MH370
tempat mu masih terbuka
Kami simpan untuk kamu tiba
Membawa kembali insan yang kami sayangi

MH370
Dimanakah kamu
Hilangkanlah teka-teki ini
Khabarkanlah berita pada kami
Sudah banyak airmata tertumpah dipipi ini

MH370 doa kami selalu  buatmu


Saturday, March 22, 2014

PENCEN KUBUR

        Malam minggu bersama sekeluarga, baru lepas tengok liga bolasepak Malaysia antara Kelantan (TRW) lawan selangor satu perlawanan yang agak memboringkan dan yang paling menghampakan sepakan penalti oleh pemain import Frakie Doe sambil lewa, aduh kalau aku sepak aku rasa lagi kuat, kecewanya kesudahan kelantan tewas 0-1 pada selangor. Mesti ramai yang rasa tak berbaloi tengok perlawanan malam ini, habis tengok liga Malaysia jengok liga EPL dan keputusan yang paling memeranjatkan Chelsea 6 Aresenal 0 , aduh nampaknya memang arsenal kena tembak malam ini. Aku masih menunggu pukul 1.00 pagi untuk lihat kelab aku MU,haaa moyes, moyes .......?


Banyak berligar daripada tajuk malam ini macam perlawanan lesu bolasepak malam ini, ingat nak pekena maggie masak ketam tetapi ketam tak ada, kena import daripada kawan kot, Tajuk yang amg nak coretkan malam ini adalah pencen kubur. Ramai tak pembaca-pembaca semua terfikir akan pencen kubur, tentu tak berapa ramai atau pelik bunyinya. Kalau sebut pencen lepas bersara tentu ramai yang tahu ialah duduk rumah lepas bersara umur 55/56/60 tahun duit bulan-bulan masuk tanpa berkerja. Emmm kali ini amg nak bagi tips untuk dapat pencen kubur nakkan ialah bila kita mati esok nu kat dalam kubur tentu mengharapkan pahala kita masih diterima ialah masa hidup ini pun pahala yang kita buat tak berapa banyak. Pahala kubur maksudnya pahala yang kita masih dapat daripada perkara yang kita tinggalkan :

a.  Anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ibu-bapanya walaupun ibubapanya sudah meninggal dunia.
b.   Ilmu yang bermafaat yang kita ajar masa kita hidup dan ilmu itu terus berkembang contohnya mengajar agama, mengajar benda -benda kebaikan.
c.    Sedekah dan amal jariah kita seperti membina surau dan masjid

emmmm, senang atau mudah itu terpulang kepada masing-masing tepuk dada tanya selera masa hidup ini kita boleh merancang untuk bekalan pahala kita selepas mati.......wasalam daripada amg.

Surah Al-Kahfi




Harimau..Malaya

Harimau..Malaya