Sunday, December 11, 2011

TuhanKu
Waktu kian Berlalu
Malam telah ke penghujung
Cengkerik berhenti berbunyi
Embun telah kembali

Tuhanku
Gedok telah berbunyi
Lena tidur makin enak
Selimut makin ditarik

Tiba -tiba 
Suara lunak menyergah ke telinga
buat mengejut mimpi yang indah
panggilan kepada Mu memecah kekosongan alam
Buat insan yang beriman
untuk permulaan pagi yang indah




Sajak dicipta khas untuk malam gerhana...bagi insan yang berkesempatan solat sunat tahniah diucapkan, doakan sekali buat penulis...buat sahabatku  semoga bahagia bersama keluarga nukilan ammarghazi 11122011

Sunday, November 27, 2011

Garam dan KegunaanNya-Tips Kedua

Mana-mana rumah didunia ini pasti ada serbuk putih yang masin yang dipanggil garam samada ianya garam bukit ataupun garam laut, kali ini amg nak berkongsi tentang kegunaan garam tersebut seperti berikut:-


a.Pengubatan
Jika terkena air atau minyak panas larutkan garam kedalam air dan sapukan ketempat yang terkena minyak panas tersebut dan biarkan ianya kering sendiri tidak perlu lap.


kedua......


b.Mengelakan telur pecah


Musim cuti sekolah ini banyak kenduri kahwin yang hendak dilaksanakan dan pastinya persediaan bunga telur menjadi satu kewajipan bagi memeriahkan majlis yang hendak diberi kepada tetamu yang hadir, Tetapi masalahnya macamana hendak rebus telur supaya tidak pecah . Amg nak kongsi satu tips iaitu bagi mengelakan telur itu pecah atau retak ambil sedikit garam masukan  terlebih dahulu kedalam air dan masak air hingga mendidih lepas itu baru masukan telur satu persatu secara perlahan.

haa...amg harap tips ini bolehlah tolong para pembaca, Insya-Allah moga berjaya.... 

Friday, November 18, 2011

Ibadat Korban- Misi di Kemboja

Kali nie amg nak kongsi apa yang amg baca di akhbar utusan Malaysia..berkenaan korban dan wakaf di kemboja  sesudah membaca coretan oleh penulis Mohd Radzi memang amg tabik, kagum dan tak tahu nak luah apa  lagi amg tersentuh untuk menulis perkara ini sebab amg rasa rakyat Malaysia betul-betul pemurah dan baik hati banyak juga lembu-lembu dan kambing yang telah dikorbankan oleh rakyat Malaysia di Kemboja tapi yang paling amg tertarik ialah program wakaf tanah ini memang sesuai dengan pepatah yang diamalkan oleh orang cina lebih baik memberi orang miskin kail daripada memberi ikan pada setiap masa. Dimana apa yang amg baca program wakaf ini telah berjaya membina masjid, sekolah dan yang bagusnya juga berjaya membeli tanah-tanah getah untuk menjana ekonomi orang islam kemboja...apa yang amg baca program ini semuanya dibawah tajaan Akademi Iman Syafi'e Dana Kemboja...tahniah sekali lagi..moga usaha-usaha ini dapat diteruskan dan amg ucapkan tahniah kepada utusan kerana telah memilih program ini untuk tatapan pembaca tapi amg ada juga syorkan agar satu dana juga ditubuhkan oleh orang islam di Malaysia untuk membeli tanah-tanah di Malaysia terutama di negeri pantai barat semenanjung Malaysia yang saban tahun hak milik tanah orang melayu terjual kepada orang asing, moga sama-sama kita renungkan kita tak nak yang tinggal untuk anak melayu kita hanyalah sejarah sahaja.....wasalam

Monday, November 7, 2011

Buat Teman-Temanku

Teman bicaraku adalah bicara jujur
Walaupun kadang-kadang Menguris Jiwa
Tapi ianya tak mengenal Dusta
Tak Kenal Marah

Teman dirimu ku anggap sahabat sejati
Apa yang kurasakan
Dirimu memberi seribu bahagia
Mengisi sebuah cerita kehidupan

Mengenalimu membawa rahmat
Memberi keyakinan pada diri ini
Walaupun masa kadang-kadang menceburui
Tapi waktu sedetik terasa berharga

Apa yang kurasakan kini
Kaulah sahabat pemberi semangat

Nukilan Ammar06112011


Saturday, November 5, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 2011

Emmm.....amg nak ucapkan selamat hari raya aidil adha buat semua muslimin dan muslimat semoga tahun ini banyak ibadat korban dilakukan bagi yang berkemanpuan tu bolehlah tubangkan seekor dua haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan sebagainya, apa salah pada hari raya tahun ini kita dapat mengembirakan beberapa buah keluarga yang kurang berkemanpuan mana-mana yang rasa dalam koceknya duit lebih tu bolehlah hulurkan derma dan sumbangan kepada orang-orang yang memerlukan sebabnya walaupun kita melaungkan hendak menuju ke negara maju masih ramai masyarakat kita yang hidup dalam kesusahan kadang-kadang bila amg menonton rancangan bersamamu di TV3 tu hanya syarikat beras jer jadi penaja mana perginya syarikat-syarikat yang dikatakan taikun di Malaysia ini, mungkin cerita orang miskin dan susah tiada nilai komersil sekalung tahniah buat syarikat beras, Inilah bila dunia dah akhir zaman hanya fikir keuntungan dunia sahaja tanpa memikirkan keuntungan di akhirat.....amg hanya meluahkan pendapat jika terasa harap dimaafkan hanya sekadar renungan wasalam....dan salam maaf di hari yang berkat ini. 

Sunday, October 16, 2011

Teman (Sahabat)

Teman,
Hadirmu bagaikan sinar
Bagai Mentari di awal pagi

Teman
Tawamu memberi bahagia
Buat menyembuh hati yang lara.

Teman
Senyumanmu sungguh menawan
Bagai cahaya rembulan ditengah malam


Teman
Cerita mu penghilang duka
Buat diri ini sendirian ketawa

Teman
Hadirmu sentiasa dinanti
Bagaikan pantai menunggu ombaknya

Nukilan ammar16112011

Tuesday, October 11, 2011

Penderma Sperma.

Kali nie amg ada baca artikel didalam akhbar berkenaan dengan pendermaan sperma dimana ianya telah menjadi trend dunia barat iaitu mendapatkan anak daripada baka seorang lelaki yang diminati contohnya seorang artis ataupun cerdik pandai maka wujudlah anak-anak tersebut dan membesar mengikut genetik sperma itu tadi katakan si penderma sperma itu dengan secara baik hati telah menderma seribu sperma maka lahirlah anak-anak 1,000 orang yang mana tak kenal antara satu sama lain maka berlakulah perkahwinan yang tak sah disisi agama islam..emmm haru dunia ini.....harap-harap perkara ini tak berlaku didunia islam...biarlah barat dengan tamadum barunya yang makin menyimpang dari segi agama dan hukum....fikir-fikirkanlah sekadar renungan bersama.

Sunday, October 2, 2011

Kebaikan Berwuduk

Rasululah S.A.W bersabda :-

Seseorang Muslim atau Mukmin berwuduk lalu dia membasuh mukanya, maka hilanglah segala
kesalahan dan penglihatan matanya bersama air wuduknya atau berguguran bersama air wuduknya
atau berguguran bersama air wuduknya yang terakhir. Apabila dia membasuh tanganya, maka
terhapuslah segala kesalahan dan dosa dari perbuatan tanganya bersama air wuduknya atau bersama
akhir cucuran dari wuduknya, hingga dia bersih dari dosa-dosanya.

( Hadis Riwayat Malik dan lain-lain)

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Emmm nampaknya kita umat islam baru selesai merayakan aidilfitri yang lalu mungkin sudah jadi tradisi di Malaysia atau mana2 tempat didunia ini untuk pulang beraya dikampung halaman masing-masing semangat begini amg memang puji kerana secara tak langsung dapat berjumpa dengan kedua-dua orang tua dan sanak saudara juga dan untuk si anak kita mengenali dunia kampung anak bandar katakan, amg kadang tersenyum juga bila pulang kekampung anak-anak tak dapat bezakan antara kerbau dan lembu dan macam-macam lagi. Keseronokan yang kedua dapat mengerjakan solat sunat aidilfitri di masjid tapi yang amg nak bagi cadangan sikit bila selesai solat perlu ada mekanisma supaya supaya jemaah (lelaki) dapat bersalam sesama sendiri tentang salam pun amg nak tegur kalau salam itu ikhlas hendaklah dipegang erat tangan yang bersalam dan mata melihat mata orang yang memberi salam kadang2 pak lebai( yang pakai cara lebailah) pun tak tahu tangan memberi salam tetapi mata melilau tengok orang lain kan tak betul tu.....nikmat yang ketiga dapat kunjung mengunjung dan menziarahi serta menikmat juadah hari raya....moga kita semua diberi peluang oleh Allah untuk berjumpa di ramadhan 2012 dan ramadhan akan datang amin...pahala ku masih sikit lagi........

Monday, August 22, 2011

Tazkirah 3 Ramadhan

Kali nie amg nak bawa satu tazkirah yang baru didengar tadi di surau tempat amg tinggal iaitu pak iman bagi tahu bahawa Nabi berkata adakah anda termasuk dalam orang yang terakhir yang akan meninggalkan azab neraka dan anda orang terakhir yang masuk syurga Allah, Pak iman bagitahu bahawa orang yang begini ialah ianya masih ada iman tetapi dia tidak mahu mengambil tahu apa yang terjadi disekelilingnya kalau orang buat majlis dia pun tak datang, orang buat gotong-royong pun dia tak datang boleh kata dia hidup dalam dunia dia sendiri. Walaupun dia orang yang terakhir masuk syurga Allah tapi Allah yang penyayang memberinya satu tempat di syurga yang luasnya lebih 10 kali dunia ini. MasyAllah........Tuhan memang hebat. Amg taman perumahan amg pun tak habis nak ronda lagi,,,,,,,,,,,,

Tazkirah 2 Ramadhan

Kali nie amg nak kongsi tentang tazkirah yang amg dengar sekarang dekat dunia ini manusia nie biasanya mempunyai 3 sahabat yang baik iaitu harta, sahabat atau kawan dan amalan kebanyakan manusia ataupun orang muslim sekarang lebih mengejar kepada 2 perkara iaitu harta contohnya kita nak ada rumah besar, kereta mewah pakaian yang mahal dan berbagai lagi sebab apa niat di dalam hati nak tunjuk kepada jiran kawan dan sebagainya wahh aku ada kereta baru, satu lagi ialah kita mencari kawan -kawan tanpa memikirkan cara berkawan dan sahabat sebagaimana yang digalakan ataupun dituntut dalam islam kadang kalau dapat kawan kaki dangdut kita pun berdangdutlah juga atau kalau kita cari kawan kaki tak solat maka kitapun lama -lama jadi tak solat jarang manusia nak berkawan dengan amalnya iaitu maksudnya mencari sebanyak pahala disisi Allah sebab prinsipnya mudah jika kita nak berjaya diakhirat maka didunia nielah dewan peperiksaan jika kita tak rajin belajar dan mengulangkaji iaitu beramal macamana kita nak lulus peperiksaan jika kita hanya berkhayal akan syurga tapi tak berusaha samalah pelajar yang malas belajar tapi nak lulus peperiksaan.......kan pelik.

Monday, August 15, 2011

Tazkirah Ramadhan

Kali nie amg nak kongsi tazkirah yang amg dengar tadi di Surau Al Mutaqim tempat amg duduk ler, emm nak cerita pak iman bagitahu kita bukan setakat perlu beriman pada Allah tapi wajib mencegah kemungkaran katanya pada zaman puak-puak bani Isarel dulu para-para alim dia hanya tahu beribadat pada Allah tapi takut untuk mencegah kemungkaran maka sebab itu Allah murka pada alim-ulama tersebut, begitu juga dalam masyarakat kita sekarang kita jangan asyik pergi surau balik surau tanpa memperdulikan maksiat yang berlaku sekeliling kita takut nanti bencana datang tanpa mengenal siapa perlakunya. Pak iman bagi tahu pernah pada Zaman Nabi , Nabi tak nak masuk satu kampung kerana didalam kampung tersebut ada pasangan yang melakukan zina, Nabi takut jika Allah turunkan bencana pada kampung tersebut takut menimpanya juga, masyAllah, jika difikirkan kat Malaysia bukan nak kata maksiat dah berpuluh-puluh jenis maksiat dah berlaku sumbang mahram, anak luar nikah, rogol dan macam-macam lagi.......emmm gerun dan takut?. Moga-moga kita semua dilindungi oleh Allah..Amin

Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya