Tuesday, February 21, 2012

Hati ini

bila rasa gundah
bila rasa tidak tenteram
      entah ada khabar atau berita
      entah ada bahagia atau sengsara


Bila jiwa rasa kosong
Hati kian rasa gundah
      Bila beban makin bertambah
      Rasa longlai kaki melangkah


Bila sinar kan ada
Jika kelam makin menjelma
Bila gembira kan bertemu
Jika bayang pun tiada


       Nukilan ammarghazi21022012

Sunday, January 8, 2012

Adakah kiamat Tahun 2012

Pernah tak semua tengok cerita 2012 memang dahsyat bencana alam iaitu banjir yang belaku sehingga semua bumi dilitupi oleh air laut yang maha besar banjirnya. Amg berkesempatan melihat filem ini pada tahun lepas memang jalan ceritanya sangat menarik dan dia berkait antara satu sama lain, dimana ianya adalah berpunya daripada cerita yang tertulis dalam sejarah kaum Maya, jika pembaca suka selidik kerajaan Maya ini memang mereka merupakan kerajaan yang hebat pada zaman tersebut boleh dikatakan sama hebatlah dengan kerajaan Mesir purba dengan teknologi binaan struktur batunya yang besar dan yang paling canggih ialah mereka berjaya mencipta kelendar mereka sendiri dan kelendar itu terhenti pada 2012. Tetapi bagi amg cerita itu jika dilihat boleh  jugak menyebabkan orang ramai bimbang, sebab semuanya takut mati walhal mati itu adalah pasti tetapi jika kita sebagai muslim dan kita telah diajar dengan didikan agama InsyAllah kita tahu tanda-tanda kiamat atau dunia akhir zaman, Tetapi jika kita lihat akan dunia ini mangkin hari makin besar bencana alam yang akan berlaku sebab usia dunia atau bumi ini yang telah lanjut usia arah perjalanan kearah hari kiamat itu akan terus hampir sebab kita muslim telah diajar bahawa kiamat itu tetap berlaku tetapi yang penting adakah amalan kita telah cukup untuk dibawa untuk mengadap Tuhan kita iaitu Allah .....kerana mati itu pernah amg dengan tazkirah adalah kiamat kecil bagi manusia....renung-renungkanlah....

Saturday, December 17, 2011

Master Chef

Sekarang ini ramai yang menjadi pengikut setia rancangan master chef aku dan keluarga aku pun sama-sama suka rancangan ini ianya lain dari yang lain, memang sangat sesuai untuk ditonton oleh sekeluarga dan tiada membawa unsur-unsur negetif tidak seperti rancangan realiti yang lain . Amg sebenarnya nak cerita yang amg sehari dua ini dah jadi master chef dirumah amg rasa-rasanya dah lama tak pegang pisau dan potong bawang tapi setakat nie dah banyak juga yang amg dah masak untuk makanan amg dan anak mereka pun puji juga masakan amg terutama udang sambal dan sotong masak kicap ingat-ingat lepas ini amg nak cuba masa steak daging menjadi ker tidak tak tahu lagi cuma rasa nak cuba inilah penangan tengok master chef anak-anak amg pun puji.....wahhhhh master chef ker jugak aku nie...gelak dalam hati.

Sunday, December 11, 2011

TuhanKu
Waktu kian Berlalu
Malam telah ke penghujung
Cengkerik berhenti berbunyi
Embun telah kembali

Tuhanku
Gedok telah berbunyi
Lena tidur makin enak
Selimut makin ditarik

Tiba -tiba 
Suara lunak menyergah ke telinga
buat mengejut mimpi yang indah
panggilan kepada Mu memecah kekosongan alam
Buat insan yang beriman
untuk permulaan pagi yang indah




Sajak dicipta khas untuk malam gerhana...bagi insan yang berkesempatan solat sunat tahniah diucapkan, doakan sekali buat penulis...buat sahabatku  semoga bahagia bersama keluarga nukilan ammarghazi 11122011

Sunday, November 27, 2011

Garam dan KegunaanNya-Tips Kedua

Mana-mana rumah didunia ini pasti ada serbuk putih yang masin yang dipanggil garam samada ianya garam bukit ataupun garam laut, kali ini amg nak berkongsi tentang kegunaan garam tersebut seperti berikut:-


a.Pengubatan
Jika terkena air atau minyak panas larutkan garam kedalam air dan sapukan ketempat yang terkena minyak panas tersebut dan biarkan ianya kering sendiri tidak perlu lap.


kedua......


b.Mengelakan telur pecah


Musim cuti sekolah ini banyak kenduri kahwin yang hendak dilaksanakan dan pastinya persediaan bunga telur menjadi satu kewajipan bagi memeriahkan majlis yang hendak diberi kepada tetamu yang hadir, Tetapi masalahnya macamana hendak rebus telur supaya tidak pecah . Amg nak kongsi satu tips iaitu bagi mengelakan telur itu pecah atau retak ambil sedikit garam masukan  terlebih dahulu kedalam air dan masak air hingga mendidih lepas itu baru masukan telur satu persatu secara perlahan.

haa...amg harap tips ini bolehlah tolong para pembaca, Insya-Allah moga berjaya.... 

Friday, November 18, 2011

Ibadat Korban- Misi di Kemboja

Kali nie amg nak kongsi apa yang amg baca di akhbar utusan Malaysia..berkenaan korban dan wakaf di kemboja  sesudah membaca coretan oleh penulis Mohd Radzi memang amg tabik, kagum dan tak tahu nak luah apa  lagi amg tersentuh untuk menulis perkara ini sebab amg rasa rakyat Malaysia betul-betul pemurah dan baik hati banyak juga lembu-lembu dan kambing yang telah dikorbankan oleh rakyat Malaysia di Kemboja tapi yang paling amg tertarik ialah program wakaf tanah ini memang sesuai dengan pepatah yang diamalkan oleh orang cina lebih baik memberi orang miskin kail daripada memberi ikan pada setiap masa. Dimana apa yang amg baca program wakaf ini telah berjaya membina masjid, sekolah dan yang bagusnya juga berjaya membeli tanah-tanah getah untuk menjana ekonomi orang islam kemboja...apa yang amg baca program ini semuanya dibawah tajaan Akademi Iman Syafi'e Dana Kemboja...tahniah sekali lagi..moga usaha-usaha ini dapat diteruskan dan amg ucapkan tahniah kepada utusan kerana telah memilih program ini untuk tatapan pembaca tapi amg ada juga syorkan agar satu dana juga ditubuhkan oleh orang islam di Malaysia untuk membeli tanah-tanah di Malaysia terutama di negeri pantai barat semenanjung Malaysia yang saban tahun hak milik tanah orang melayu terjual kepada orang asing, moga sama-sama kita renungkan kita tak nak yang tinggal untuk anak melayu kita hanyalah sejarah sahaja.....wasalam

Monday, November 7, 2011

Buat Teman-Temanku

Teman bicaraku adalah bicara jujur
Walaupun kadang-kadang Menguris Jiwa
Tapi ianya tak mengenal Dusta
Tak Kenal Marah

Teman dirimu ku anggap sahabat sejati
Apa yang kurasakan
Dirimu memberi seribu bahagia
Mengisi sebuah cerita kehidupan

Mengenalimu membawa rahmat
Memberi keyakinan pada diri ini
Walaupun masa kadang-kadang menceburui
Tapi waktu sedetik terasa berharga

Apa yang kurasakan kini
Kaulah sahabat pemberi semangat

Nukilan Ammar06112011


Saturday, November 5, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 2011

Emmm.....amg nak ucapkan selamat hari raya aidil adha buat semua muslimin dan muslimat semoga tahun ini banyak ibadat korban dilakukan bagi yang berkemanpuan tu bolehlah tubangkan seekor dua haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan sebagainya, apa salah pada hari raya tahun ini kita dapat mengembirakan beberapa buah keluarga yang kurang berkemanpuan mana-mana yang rasa dalam koceknya duit lebih tu bolehlah hulurkan derma dan sumbangan kepada orang-orang yang memerlukan sebabnya walaupun kita melaungkan hendak menuju ke negara maju masih ramai masyarakat kita yang hidup dalam kesusahan kadang-kadang bila amg menonton rancangan bersamamu di TV3 tu hanya syarikat beras jer jadi penaja mana perginya syarikat-syarikat yang dikatakan taikun di Malaysia ini, mungkin cerita orang miskin dan susah tiada nilai komersil sekalung tahniah buat syarikat beras, Inilah bila dunia dah akhir zaman hanya fikir keuntungan dunia sahaja tanpa memikirkan keuntungan di akhirat.....amg hanya meluahkan pendapat jika terasa harap dimaafkan hanya sekadar renungan wasalam....dan salam maaf di hari yang berkat ini. 

Sunday, October 16, 2011

Teman (Sahabat)

Teman,
Hadirmu bagaikan sinar
Bagai Mentari di awal pagi

Teman
Tawamu memberi bahagia
Buat menyembuh hati yang lara.

Teman
Senyumanmu sungguh menawan
Bagai cahaya rembulan ditengah malam


Teman
Cerita mu penghilang duka
Buat diri ini sendirian ketawa

Teman
Hadirmu sentiasa dinanti
Bagaikan pantai menunggu ombaknya

Nukilan ammar16112011

Tuesday, October 11, 2011

Penderma Sperma.

Kali nie amg ada baca artikel didalam akhbar berkenaan dengan pendermaan sperma dimana ianya telah menjadi trend dunia barat iaitu mendapatkan anak daripada baka seorang lelaki yang diminati contohnya seorang artis ataupun cerdik pandai maka wujudlah anak-anak tersebut dan membesar mengikut genetik sperma itu tadi katakan si penderma sperma itu dengan secara baik hati telah menderma seribu sperma maka lahirlah anak-anak 1,000 orang yang mana tak kenal antara satu sama lain maka berlakulah perkahwinan yang tak sah disisi agama islam..emmm haru dunia ini.....harap-harap perkara ini tak berlaku didunia islam...biarlah barat dengan tamadum barunya yang makin menyimpang dari segi agama dan hukum....fikir-fikirkanlah sekadar renungan bersama.

Sunday, October 2, 2011

Kebaikan Berwuduk

Rasululah S.A.W bersabda :-

Seseorang Muslim atau Mukmin berwuduk lalu dia membasuh mukanya, maka hilanglah segala
kesalahan dan penglihatan matanya bersama air wuduknya atau berguguran bersama air wuduknya
atau berguguran bersama air wuduknya yang terakhir. Apabila dia membasuh tanganya, maka
terhapuslah segala kesalahan dan dosa dari perbuatan tanganya bersama air wuduknya atau bersama
akhir cucuran dari wuduknya, hingga dia bersih dari dosa-dosanya.

( Hadis Riwayat Malik dan lain-lain)

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Emmm nampaknya kita umat islam baru selesai merayakan aidilfitri yang lalu mungkin sudah jadi tradisi di Malaysia atau mana2 tempat didunia ini untuk pulang beraya dikampung halaman masing-masing semangat begini amg memang puji kerana secara tak langsung dapat berjumpa dengan kedua-dua orang tua dan sanak saudara juga dan untuk si anak kita mengenali dunia kampung anak bandar katakan, amg kadang tersenyum juga bila pulang kekampung anak-anak tak dapat bezakan antara kerbau dan lembu dan macam-macam lagi. Keseronokan yang kedua dapat mengerjakan solat sunat aidilfitri di masjid tapi yang amg nak bagi cadangan sikit bila selesai solat perlu ada mekanisma supaya supaya jemaah (lelaki) dapat bersalam sesama sendiri tentang salam pun amg nak tegur kalau salam itu ikhlas hendaklah dipegang erat tangan yang bersalam dan mata melihat mata orang yang memberi salam kadang2 pak lebai( yang pakai cara lebailah) pun tak tahu tangan memberi salam tetapi mata melilau tengok orang lain kan tak betul tu.....nikmat yang ketiga dapat kunjung mengunjung dan menziarahi serta menikmat juadah hari raya....moga kita semua diberi peluang oleh Allah untuk berjumpa di ramadhan 2012 dan ramadhan akan datang amin...pahala ku masih sikit lagi........

Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya