Saturday, March 22, 2014

PENCEN KUBUR

        Malam minggu bersama sekeluarga, baru lepas tengok liga bolasepak Malaysia antara Kelantan (TRW) lawan selangor satu perlawanan yang agak memboringkan dan yang paling menghampakan sepakan penalti oleh pemain import Frakie Doe sambil lewa, aduh kalau aku sepak aku rasa lagi kuat, kecewanya kesudahan kelantan tewas 0-1 pada selangor. Mesti ramai yang rasa tak berbaloi tengok perlawanan malam ini, habis tengok liga Malaysia jengok liga EPL dan keputusan yang paling memeranjatkan Chelsea 6 Aresenal 0 , aduh nampaknya memang arsenal kena tembak malam ini. Aku masih menunggu pukul 1.00 pagi untuk lihat kelab aku MU,haaa moyes, moyes .......?


Banyak berligar daripada tajuk malam ini macam perlawanan lesu bolasepak malam ini, ingat nak pekena maggie masak ketam tetapi ketam tak ada, kena import daripada kawan kot, Tajuk yang amg nak coretkan malam ini adalah pencen kubur. Ramai tak pembaca-pembaca semua terfikir akan pencen kubur, tentu tak berapa ramai atau pelik bunyinya. Kalau sebut pencen lepas bersara tentu ramai yang tahu ialah duduk rumah lepas bersara umur 55/56/60 tahun duit bulan-bulan masuk tanpa berkerja. Emmm kali ini amg nak bagi tips untuk dapat pencen kubur nakkan ialah bila kita mati esok nu kat dalam kubur tentu mengharapkan pahala kita masih diterima ialah masa hidup ini pun pahala yang kita buat tak berapa banyak. Pahala kubur maksudnya pahala yang kita masih dapat daripada perkara yang kita tinggalkan :

a.  Anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ibu-bapanya walaupun ibubapanya sudah meninggal dunia.
b.   Ilmu yang bermafaat yang kita ajar masa kita hidup dan ilmu itu terus berkembang contohnya mengajar agama, mengajar benda -benda kebaikan.
c.    Sedekah dan amal jariah kita seperti membina surau dan masjid

emmmm, senang atau mudah itu terpulang kepada masing-masing tepuk dada tanya selera masa hidup ini kita boleh merancang untuk bekalan pahala kita selepas mati.......wasalam daripada amg.

No comments:

Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya