Wednesday, March 9, 2011

Berdoalah Selalu Pada Tuhan

Doa adalah salah satu amalan yang sangat dituntut dan merupakan satu ibadat pada Allah S.W.T di mana mana insan yang berdoa dengan sepenuh hati akan merasa akan kerendahan dirinya pada penciptaNya iaitu Allah S.W.T

Rasululah S.A.W pernah bersabda :

Doa itu adalah otak ibadat ( Hadis Riwayat Daud dan Tarmizi)


Dalam islam telah mensyariatkan pada setiap orang muslim bahawa berdoa hanya kepada Allah S.W.T sahaja dan bukan kepada yang lain, tetapi amg perhatikan masih ada umat islam yang meminta pada benda lain selain daripada Allah, walhal semua benda di alam semesta ini adala ciptaan Allah S.W.T belaka termasuklah gunung-ganang, api, laut, tanah, matahari dan sebagainya. Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Mukmin:

" Dan Tuhanmu berfirman : Mintalah kepadaKu, nescaya Aku akan perkenankan permintanmu itu, Sesungguhnya orang-orang yang sombong terhadap penyembahanKu, mereka akan dimasukan ke dalam neraka Jahanam yang sangat hina "

Sehubungan dengan berdoalah dengan penuh rasa rendah diri dan yakin akan Allah S.W.T bahawa doa itu akan dimakbulkan. Wasalam dari amg.....tazkirah

No comments:

Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya