Sunday, May 22, 2011

Orang Muda

Amg kali nie nak cerita satu kisah tentang orang muda dan orang tua bukan apa amg hendak tulis cerita ini cuma sebagai tauladan kepada orang-orang muda bahawa walau setinggi mana ilmu yang ada ataupun pangkat yang di sandang tapi kita perlu ingat akan budaya menghormati orang yang lebih tua. Sebab mereka dahulu dilahirkan didunia janganlah kita angkuh dengan pangkat yang disandang sebab kita akan kembali ditempat yang sama iaitu diperut bumi ciptaan tuhan yang kita bawa hanya beberapa hasta kain putih yang membalut tubuh kita.Orang muda perlu ingat akan pepatah melayu bahawa dalam setandan kelapa itu ada yang muda dan ada yang tua tak semestinya kelapa tua jatuh dahulu ketanah kadang-kadang kelapa muda akan jatuh dahulu. Jika kita lihat pada masyarakat melayu nilai menghormati dan menjaga orang tua adalah kurang berbanding dengan bangsa lain kalau kita pergi berjoging ditaman kita akan lihat bangsa lain menolak kerusi roda orang tuanya, membimbing orang tuanya berjalan tapi nak lihat bangsa amg jarang sekali..emmm renung-renungkanlah

No comments:

Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya