Friday, January 17, 2014

TUJUH SUNAH RASULULAH (SAW)


Emm, mlm nie rasa badan lain macam jer, rasa nak deman ataupun penat baru balik berkerja, sabar-sabar. Beberapa kali dok buka blog tapi tak dapat, heee geram betul last-last dapat juga inilah internet di Malaysia bayar mahal hasilnya entah apa2. Emm lepas pekena kopi tongkat ali rasa badan segar sedikit, rpm tenaga pun dah bertambah, jangan fikir double meaning yer pembaca.

Hari ini selepas amg baca satu suratkhabar rasa dalam hati hendak berkongsi dengan pembaca semua berkenaan dengan Tujuh Sunah Rasululah (SAW) yang mana bila amg baca amg pun buat greding emm......masih tipis lagi amalan amg senipis kulit bawang merah.

Tujuh Sunnah tersebut adalah seperti berikut:

Pertama

Solat Tahajudd-----jawapan amg kadang/ataupun pada bulan puasa jer rajin itupun selepas sahur 

markah =D

Kedua

Membaca Al-Quran ------jawapan tidak kerap ikut mood , alasan penat balik kerja hari minggu sibuk nak berjalan 

markah =C

Ketiga

Jangan tinggalkan masjid/surau----jawapanya seminggu sekali hari minggu dan setiap jumaat 

markah = C+

Keempat

Jaga solat Dhuha ----jawapanya kadang-kadang buat

markah =C-

Kelima 

Jaga sedekah setiap hari- emmm dok fikir tak boleh bagi tahu , tak ikhlas nanti

markah =C

Keenam

Jaga Wudhu terus menerus---jawapanya aduh jarang amg buat ataupun tak pernah waktu hendak solat jer ambil wudhu

markah =D

Ketujuh

Amalkan istighfar setiap saat---jawapanya emmm lega sikit amalan yang amg cuba pratikkan amalan yang sangat mudah untuk pembaca amalkan 

markah  B-


Buat pembaca rasa-rasalah kalau kita senarai bab dosa mungkin rangkingnyer A, B dan C betultak,.....sedihkan tapi Tuhan (Allah) itu maha penyayang dan pengampun ..AMIN,  moga dapat kita ambil iktibar, .......sekian





No comments:

Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya