Thursday, July 11, 2013

Selamat Berpuasa

Maaf dah lama tak menulis dalam blog oleh kerana masa yang tidak mengizinkan, buat tatapan pembaca blog amg, amg hendak ambil kesempatan untuk mengucapkan salam dan selamat menyambut ramadhan bulan yang mulia, kadang-kadang ada juga sahabat amg yang bertanya bila idea baru nak tulis, sukar juga nak jawab sebab itu amg tukar nama blog amg " Bila Ada Idea Baru Tulis", emmm ok juga kan dengan nama blog amg yang terbaru ini, lainlah dengan sahabat amg yang kaki novelis mesti idea-ideanya macam air hujan bila hendak tulis idea datang mencurah-curah. Buat sahabat amg jangan marah yer.

Opsss  nanti ada yang tarik muka masam bila baca, sebenarnya amg nak sentuh sedikit pasal bulan ramadhan ini, Tahniah amg nak ucapkan pada umat islam pada tahun 2013 ini masjid-masjid dan surau pada bulan ramadhan sudah kembali penuh, jika pergi lewat sedikit alamaklah akan solat di beranda masjid dan surau, ramai ibu-bapa berduyung-duyung datang untuk menunaikan solat sunat Tawarikh yang mana solat sunat ini hanya ada pada bulan Ramadhan sahaja dan suasana yang penuh dengan kesyukuran ini harap dapat dikekalkan pada akhir Ramadhan, ayuh tahun ini semua berazam agar dapat menunaikan 30 kali solat sunat Tawarikh tanpa gagal, jika gagal pun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

amg juga berharap para pembaca dapat menderma dan membuat amal sebaik mungkin pada bulan ini, di taman perumahan amg bagi kariah Surau Al-Mutaqin telah ditetapkan semua ahli kariah membayar sebanyak RM50.00 setiap rumah dan bagi mengadakan majlis more(jamuan ringan lepas solat Tarawikh) adalah ditetapkan setiap jalan RM350.00, perbelanjaan ini adalah untuk menampung aktiviti surau sepanjang bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan. InsyAllah derma yang kita bagi atas niat kerana Allah sudah pasti akan ada kerberkatanya, Amin

wasalam dari amg, selamat berpuasa hari ini mengidam hendak makan kuih lompat tikam.


Sunday, May 26, 2013

BILA TIBA HARI ISNIN


Hari Isnin
dah tiba lagi
Buat otak mula berfikir lagi
Nak tengok kerja yang tak siap lagi

Hari isnin dah tiba lagi
Bangun pagi-pagi sudahlah tentu
Nak elak jem tak tahu lagi 
Tiba di pejabat dah tak kira waktu

Hari Isnin dan tiba lagi
Rasa sengal badan pun belum hilang lagi
Apakan daya nak cari rezeki
Kalau tidak makan pun tak tahu lepas lagi

Hari Isnin dah tiba lagi
Muka bos perlu mengadap lagi
Rambut yang tak gatal pun ku garu lagi
Sebab tugasan belum siap lagi

Haa hari isnin dah tiba lagi
Mood entah kemana belum tiba lagi
Walaupun sarapan baruku bedal tadi
Badanku masih longlai lagi

Haa hari isnin dah tiba lagi
.............isnin.....aduh

nukilan ammarghaziklte26052013




Saturday, May 25, 2013

Boring

Wah Mengapa Boringnyer
Ayat power yang selalu keluar dari mulut kita

Wah Boringnyer aduh nak buat apa
Itu pun soalan yang selalu bermain di minda

Eh Boringnyer girlfriend pun tiada
Itu ayat anak muda yang masih mencari "gal"

Aduh boringnyer asik lauk yang sama
Ini rungutan suami dalam hati akan masakan isterinya

Abah boringnyer cuti sekolah tak kemana
Ini rungutan anak terhadap bapanya

Aduh boringnya bila ler nak gaji
Ini rungutan bila tengah bulan 

Aduh boringnya menunggu bila ler nak siap
Rungutan sang suami yang menunggu isteri nak bersiap

Aduh boringnya aku kemana idea nak tulis dekat blog
kalau macam itu lah baik aku tulis kisah boring jer

boringnyer.

Sunday, May 19, 2013

Selamat Hari Guru

Lepas kehulu kehilir sambil baru lepas mengadap FB aku yang sekarang ini aku tengah minat untuk tambah koleksi duit lama aku yang rasa dah nak hampir lengkap, wah satu kepuasan yang memang peminat sahaja yang tahu.

Tapi bukan topik duit lama yang aku nak kongsi dengan pembaca, cuma hari ini aku nak ambil kesempatan untuk ucapkan selamat hari guru  kepada guru yang telah mendidik aku selama ini, daripada Sekolah Rendah hinggalah ke peringkat Universiti pengorbanan anda semua tidak terbalas.

Dan bagi guru-guru yang tak formal pun aku nak ucapkan selamat hari guru seperti guru silat, guru masakan, guru tadika dan macam-macam lagilah, sebab mereka pun mendidik.

Dan aku ada juga sahabatku yang memang tempat selalu berbicara, kata mengata, usik mengusik pun nak ucap selamat hari guru mungkin esok dapat banyak hadiah kot, tahun lepas bunyi kata dapat guru paling glamor,....kalau tahun nie dapat juga boleh bertanding untuk PRU14 nanti aku sokong ajer.

Dan bagi guru serangkap pantun yang aku cipta yang tak berapa nak indah tapi bolehlah :

                               Bila dah habis PRU
                                   Ramai Orang sudah lesu
                               Selamat Hari Guru 
                                   Pada yang bergelar Guru
                                   
                              Pergi kedai main dam
                                  Selamat melancong ke Medan
                              
# dari kucing yg minat strawbery

Monday, December 31, 2012

KU CARI SINAR DI HATI


                     MALAM MENGAPA KIAN GELISAH
                     MENGAPA OTAK INI RASA KEKOSONGAN
                     MENCARI SESUATU UNTUK DIGAPAI
                     MENCARI SESEORANG UNTUK MENDENGAR

   KELUH KESAHKU
        ADAKAH TANDA DOSA ITU BANYAK
             ADAKAH BANYAKNYA HUTANGKU PADA PENCIPTA(ALLAH)
                     MUNGKIN.....KENAPA ....MENJAWAB MUNGKIN
                              MEMANG ITU BENAR..DOSA YANG BERTIMBUN

                                       ANGANKU SANGAT TINGGI
                             INGIN MENGAPAI SYURGA MU
                  INGIN BERTEMU BIDARDARI-BIDARDARI
        YANG KAU JADIKAN AMAT JELITA YANG TIADA TANDINGAN DI DUNIA INI

KUATNYA ANGANKU
DARIPA INSAN YANG JAHIL
TAPI SYUKUR PADA MU KERANA MASIH MERAHMATIKU
UNTUK TERUS BERIMAN PADA MU

                  THANK YOU PADA MU YA ALLAH
                  KERANA MENJADIKAN AKU MANUSIA YANG MASIH BERIMAN
                  MATILAH AKU DALAH SYADAHMU
                  KERANA AKU SANGAT TAKUT AKAN AZABMU

                  ALLAH, ALLAH , ALLAH
                  ENGKAULAH TUHANKU UNTUK SEHINGGA AKHIR HAYATKU
                  AMIN.

SELAMAT TAHUN BARU 2013 DAN SELAMAT TINGGAL 2012

                 
                    Rasa tahun 2012 baru sahaja disinggah sekarang ini perlu melambainya rasa rindu dan kasih pada tahun 2012 masih lagi menebal rupanya kekasih baru 2013 akan muncul esok hari, nampak teman tahun 2012 akan meninggalkan ku membawa seribu persoalan yang bermain dibenak, adakah tahun 2012 aku telah berubah sebagaimana azam aku pada malam pertama aku bertemunya, adakah hanya sebagai azam yang sudah-sudah hanya sebagai azam yang hanya layak dijadikan koleksi untuk disimpan diceruk dinding hati.


               Wah, malam ini kita diuji lagi di dua jalan persimpangan samada ingin bersama rakan-rakan yang menambah dosa ataupun bersama rakan surau menambah pahala yang entah banyak atau sedikit, jadi kita dibumi malaysia ini masih ada pilihan samada untuk membuat dosa yang berlambak didepan dengan pelbagai program yang entah apa-apa ataupun mengikut segolongan manusia untuk membasuh hati mendengar tazkirah dirumah Allah. Kita diberi pilihan nak tambah dosa ataupun pahala.


                    Sebenarnya kalau mengikut pandangan amg manusia yang menyambut tahun baru ditempat yang entah apa-apa ialah manusia yang amg cukup tabik akan keberanianya kerana apa, sebab mereka merasa umur mereka boleh dipanjangkan, ataupun mereka boleh program bila nak mati, kenapa sebab jika mereka tahu yang mereka akan mati bila-bila mereka takkan pergi ketempat yang entah apa-apa tu......sebab jika mati tengah melompat-melompat sambil meneguk air mabuk-mabuk adu rasanya kalau ikut sifir tolak campur darab dan bahagi confirm dah tempah senarai ahli neraka, itu tidak kira lagi yang belajar buat anak pada malam tahun baru emmm mungkin bulan 9/ 2013 ramai bayi2 dilahirkan.........tanda sambutan malam tahun baru sudah berjaya.


                 Opsss jangan marah bila baca luahan hati amg sebenarnya amg sayangkan bangsa amg yang terlonjak-lonjak menyambut tahun baru, bangsa kita hancur bangsa lain senyum besar, ingat zaman keagungan islam dulu berkembang dan kuat kerana imanya.....bukan kerana hiburan.....wasalam amg mohon ampun.

Mutiara kata :

Sembahyanglah dibelakang iman sebelum iman bersembahyang dibelakang kamu ( ketika mati).

p/s buat sahabat semoga persahabatan terus kekal .....




Tuesday, December 11, 2012

Khas Buat Harimau Malaya 2012


Harimau Malaya
Itulah Gelaran
Untuk Menakluk Si Gajah Perang
Walaupun di Hati Rasa Seram
Untuk Bertempur di Medan Orang

Harimau Malaya Usah Bimbang
Tabiat Harimau Suka Menyerang
Bahagian rusuk perlu diterkam
Buat melumpuh Si Gajah Perang

Cari Strategi Cari Muslihat
Ke Kiri kanan Kita Mengasak
Pastikan Si Gajah Perang Pening Lalat
Biarkan dia jatuh tertiarap

Jangan panik sebelum berjuang
Itu bukan Tradisi Pak Belang
Kita Berjuang terus berjuang
Walaupun SiGajah Perang Sukar di tumbang

Nukilan Ammarghaziklte 11122012

Wednesday, November 21, 2012

TIPS BERMADU

Sebenarnya amg nak kongsi satu tips, tips ini amg dapat masa amg bertugas di Bukit Fraser Pahang selama hampir 2 tahun.....ya satu tempat yang sejuk dan nyaman dan salah satu tempat amg berbulan madu .......emm sebelum bagi tips amg nak syerlah pengalaman tinggal disana memang menarik tapi sunyi menarik sebab cuacanya yang berkabus dan dalam suhu ala-ala cuaca eropah kahh..dan sunyinya isteri berkerja di KL waaaa,Walaupun tak pernah jejak kaki kesana maklumlah poket kempis, selama hampir 2 tahun habis serata tempat di bukit fraser itu dijajahi.....Hobi  waaa rasa nak menagis mula-mula pergi dan bertugas disana ehh apa aku nak buat atas bukit nie, nak main bola emm sudah tak larat, nak main ping-pong mana ada orang nak main, nak main bowling mana ada tempat bowling emm termenung aku sorang diri waktu-waktu petang hampir sebulan gamaknya.

Otak aku pun mula berputar tak boleh jadi nie, kalau lama-lama  boleh buat aku angau, dan syukur aku diperkenalkan dengan permainan baru yang aku tak pernah main masa kecil iaitu GOLF, aku diperkenalkan permainan ini oleh seorang pegawai yang bernama Encik Salleh mulalah hampir tiap-tiap hari main golf iaitu satu sukan yang senang dimainkan semasa aku tinggal di bukit fraser nak tahu masa tu membership hanya RM100, weekdays main free hanya weekend sahaja bayar itupun RM10.00, tapi sekarang set golf aku tu...dah hampir 9 tahun tak menyabit ( gelaran utk sukan golf) tapi dia punya art dalam diri aku tu ada algi heee.

Opsss mana tipsnya 

Begini tipsnya pesan penceramah yang aku jemput untuk berceramah ditempat aku tu bila solat berjemaah dengan isteri doakanlah pada tuhan dan minta tuhan lembutkan hati isteriku supaya membenarkan aku kahwin lebih daripada satu, doa nie mesti di baca dalam bahasa Arab , isteri di belakang pasti akan amin dan amin bacaan doa suami, mungkin satu hari nanti doa itu makbul......kalau isteri ustazah jangan baca doa ini sebab dia lebih pakar bahasa arab daripada kita...

emmmm   harap pembaca jangan marah, buat sahabat amg pun .....jangan mare yer......


Tuesday, November 20, 2012

PALESTIN

Palestin
Cerita Mu dari Kecil hingga Dewasa
Tiada Penghujung bicara
Yang hanya ada linangan Air Mata

Palestin
Bila air Mata Mengalir
Bila Jerit Pekik Berbunyi
Bila makin banyak darah yang tumpah
Apa saudara mu Berkata

Palestin 
Resolusi demi Resolusi
Hanya pada sekeping kertas yang bisu
Seumpama keris didalam sarung

Ianya hanya jadi mainan dan sandiwara
Dik Putaran alam yang kejam
Dipermainkan oleh kuasa yang jahat
Yang tidak kenal erti percayakan Tuhan

Insan kerdil disini
Hanya mampu berdoa dan menulis
Tangismu adalah tangisku
Deritamu adalah deritaku
Kerana kamu adalah saudaraku

Semoga dunia ini aman untuk semua manusia
Amin


Nukilan ammarghaziklte20112012jam1109mlm


Sunday, October 21, 2012

Tahniah buat Zulfahmi Moto 3

Juara dalam pembikinan itulah ayat yang sesuai yang amg tujukan pada Juara Muda dari Malaysia dalam acara lumba Moto 3, baru jer amg dengar berita Zulfahmi berjaya juga mencipta kejutan dalam perlumbaan yang penuh dramatik dan mencabar litar basah dan cita-citanya untuk menjejak pondium buat pertama kali telah tercapai, Tahniah lagi sekali semoga pencapaiannya lepas nie akan lebih banyak dan seterusnya dapat beralih ke Moto 2 dan Moto GP.

Amg juga berharap agar kejayaan itu tidak melalaikan dia mungkin lepas ini banyak lagi usaha yang perlu dilakukan yang penting setiap usaha itu mesti ikhlas dan tidak lupa pada Allah. Siapa sangka dia juga mampu mencipta masa terpantas mengalahkan pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman dan mempunyai jentera-jentera yang lebih hebat. Itulah prinsip Malaysia Boleh tiada yang mustahil jika kita berusaha dan ada matlamat didorong pula peluang yang diberi oleh penaja seperti Air Asia.

Amg setakat nie tiada pengalaman lumba langsung,  masa muda-muda dulu tetapi pengalaman berkonvo itu adalah dan yang paling tak dilupa hingga sekarang ialah berkonvo dengan motosikal pada zaman 90an, 20 buah motosikal wah rasa-rasanya memang cukup manis dan seronok.

Masa muda tidak akan kembali lagi , dah rasa berkonvo-konvo dengan motosikla, sudah rasa lepak sampai 2 pagi main snooker tapi tak pandai-pandai sampai sekarang........itulah masa muda yang penting halal, haram mesti diketahui......bye buat pembaca.

The Red Warriors Cipta Sejarah

          Dup dap dup dada aku dengan wife tengok siarang langsung perlawanan bola sepak antara pasukan aku The Red Warriors (kelantan vs Tentera) wah 90 minit +30 minit aku rasa sekejap jer macam tengok filem Transformer atau tengok perlawanan Liga Perdana Inggeris antara MU dengan Chelsea memang kalau ada percalonan rancangan paling menarik, mendebarkan dan membuatkan mata kehulu kehilir siap dengan bangun serta menjerit setiap kali gol dijaringkan memang aku undi perlawanan ini mungkin banyak oscar yang diperolehi.

            Mula-mula ingat dihati nak pergi ke Stadium Shah Alam tetapi memandangkan jiran-jiran aku semua jenis yang tak minat bola maka aku dengan hampanya menonton rancangan tersebut bersama wife dan anak-anak aku bolelah juga memecahkan suasana sunyi dengan teriakan gol dariku.

               Memang aku nak puji kedua-dua pasukan samada Kelantan ataupun Tentera aku nie dekat pejabat siap buat undi siapa sokong kelantan dan siapa sokong tentera dan ramalan aku Kelantan menang 2-1 wah hampir-hampir tepat bila yang sebenarnya keputusan kelantan 3 Tentera 2 , Sekalung Tahniah buat semua skuad kelantan, Tiga Piala rasa macam mimpi mungkin lepas ini banyak negeri yang nak beli pemain kelantan emm harap-harap pemain kelantan fikir-fikirlah dahulu sebelum mengambil kata putus untuk berhijrah kerana tiada negeri dekat Malaysia nie yang penyokongnya sangat setia seperti penyokong The Red Warriors, buat kelab penyokong The Red Warriors tak nak buat bewah(kenduri) ker kena buat  dekat Stadium weh, makan pulut durian.

                 Buat sahabat yang tengok TV sorang-sorang tu waaaaaaaaaaaaaa, sedihnyer.

Wednesday, October 17, 2012

Hak Cipta Terpelihara

Jam 11.30 malam


Hujan masih renyai -renyai diluar tinggal di kejiranan taman perumahan kadang-kadang seronok juga buat masa ini, jiran-jiran amg semuanya ok setakat ini sebelah rumah amg tauke bengkel kereta bangsa cina yang amg rasa jiran yang baik, sebelah kanan  keluarga muda bangsa sama dengan amg melayu depan rumah jauh sikit keluarga india kerja manager dengan syarikat telekomunikasi emmm dah jadi macam 1 Malaysia, amg memang berdoa masa nak beli rumah dulu biarlah dapat jiran-jiran yang baik.

Sebenarnya amg tiada idea sangat nak tulis apa-apa tapi amg dapat satu tajuk yang sesuai yang selalu kita jumpa bila membeli sebuah buku iaitu Hak Cipta Terpelihara,sebelum amg mengulas lebih lanjut amg baru singgah melawat beberapa blog kesukaan amg termasuklah blog sahabat amg tu, terdiam sekejap amg bila baca mutiara kata dalam blog sahabat amg tu mutiara kata itu untuk siapa agaknya? Hanya penulisnya sahaja yang tahu ? Mungkin untuk suami yang jauh diperantauan mencari rezeki? , biarkanlah mungkin ada sambungan dari mutiara kata tersebut ? Sahabat amg tersebut memang ada tokoh sebagai penulis buku...........

Jam  11.45 malam

Opss nampaknya dah semakin jauh menyimpang dari tajuk kalau ambil periksa buat karangan confirm amg akan dapat kosong atau dalam bahasa glamor dekat sekolah akan dapat telor ayam hemmmmm.

Okey, secara logiknya Hak Cipta Terpelihara ini para pembaca akan selalu jumpa pada muka surat pertama atau kedua setiap buku, novel atau apa-apa bacaan memang jika fikir dari segi perniagaan dan idea pengarang atau penulis buku tersebut adalah penting kerana ianya adalah hak milik mutlak dan sumber pendapatan, tetapi kan kalau kita baca lagi dengan lebih jelas ....ayatnya berbunyi sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan, disalin , dipindahkan.....dan lain-lain lagi.....tanpa mendapat kebenaran.

Cuma amg keliru bagaimana agaknya jika perkara tersebut pun ada dalam buku -buku agama ,kitab-kitab kita dan sebarang cerita mengenai islam bagaimana penyebaran islam tersebut hendak dilakukan adakah kita perlu sentiasa meminta izin daripada penerbit ataupun penulis, susahkan  sudahlah para tabligh-tabligh kita tidak sehebat tabligh kristian, fikir-fikirkanlah, amg rasalah ayat yang sesuai digunakan ialah sebarang penerbitan atau pengunaan bahan-bahan dalam buku ini adalah  dibenarkan disalin, dicetak dan diedarkan bagi maksud peyampaian dan peyebaran agama islam kecuali jika maksud keuntungan bagi individu atau percetakan adalah tidak dibenarkan sama sekali, Ok tak amg rasa penulis mungkin akan dapat pahala yang lebih lagi, fikir-fikirkanlah

12.05 pagi

Mata dah mengantuk amg minta maaf jika ada yang tidak berapa setuju dengan cadangan amg....nak singah blog sahabat amg sekali lagi.......tertunggu coretan-coretan terbaru dari blog-blog yang amg selalu kunjung...byeeeee.

Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya