Untuk Semua Insan yang ingin bertukar pendapat dan hobi disamping menambah sahabat atau kawan diatas muka bumi Tuhan yang luas ini.
Wednesday, March 2, 2011
TV3-Rancangan Bersamamu
Amg rasa rancangan ini memang menarik, memberi pengajaran dan keinsafan buat kita semua, kadang-kadang amg ada rasa sedih, pilu bila menonton rancangan ini, ialah kita yang dilahirkan sihat walafiat ada perkerjaan tetap ..tetapi kadang-kadang kita masih mengeluh bila kita terima sedikit ujian daripada Tuhan samada ujian berbentuk kewangan, keluarga dan kesihatan, bila menonton rancangan ini ramai lagi yang lebih susah dan peritnya hidup yang mereka lalui, hanya yang mampu amg lakukan adalah berdoa.....lemahnya nya semangat ini. Semoga insan-insan yang dipaparkan itu dan insan-insan lain yang senasib bersabarlah ini hanya ujian dari tuhan mungkin tuhan telah menyediakan sesuatu yang lebih indah dan nikmat di syurga untuk anda semua. Tuhan itu maha adil. Bagi insan yang diberi kenikmatan dan kelebihan perhatikanlah jiran-jiran kita.....adakah mereka memerlukan bantuan, tolonglah setakat yang termampu......wasalam
Labels:
agama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
macam mana nak berhubung dengan keluarga yang pernah masuk dalam rancangan bersamamu??
kena berhubung dengan pihak TV3...tengok dalam web mereka
Post a Comment