Adakah aku perlu mempercayai lagi
Jika hati ini telah ditipu
Adakah aku perlu menyayangi lagi
Jika kesabaran ini sudah membeku
Adakah aku perlu tersenyum
Jika kasih telah tiada
Adakah aku perlu ketawa
Jika lahirnya hanya derita
Adakah aku perlu menangis
Jika air mata tiada lagi
Adakah hati ini sering ditipu
Jika kerana kesabaran ku ini
Aku hanya berserah pada takdir
Mungkin menungu nyawa dipanggil
Bila luka ini masih terasa...........
Nukilan ammar
1 comment:
Assalamualaikum saudara AMG..
Saya tlong sambung sajak ni....
Adakah aku perlu berkata lagi...
Setelah semuanya menjadi realiti.....
Adakah aku perlu bertnya lagi...
Setelah tiada jawapan yang pasti...
Adakah aku perlu mengambil hati..
Setelah diri dikhianati...
Adakah aku perlu memohon maaf....
Setelah hati disakiti...
Post a Comment