Amg kali nie nak mencoret tentang beberapa tingkah laku yang kalau diperhatikan pada hari jumaat dekat mana-mana masjid bahawa selalu kita nampak
1. Datang lewat tetapi hendak pergi ke saf depan walaupun duduk di saf depan tu lebih pahala tetapi sampai mengangu jemaah lain untuk mendengar khutbah jumaat kan tu tak elok, sepatutnya kalau nak duduk saf depan datanglah awal-awal supaya tak mengangu jemaah lain yang hendak dengar tazkirah ataupun khutbah
2. Suka membelek kuku-kuku kaki dan tapak kaki yang nie pun pengalaman amg kita dok dengar tazkirah, jemaah sebelah dok terbelek-belek kuku kaki tader masa lain ker malulah nie kan rumah Allah
3. Pakai baju tshirt yang bermacam gambar yang nie pun satu hal patutnya kalau nak pergi rumah Allah pakai lah baju yang sopan nie kalau jumpa orang besar bukan main skima lagi baju dipakai tapi bila berkunjung ke rumah Allah kadang pakai baju yang tak sesuai langsung
4. Wabak tidur waktu khutbah ...emmm amg pun kadang2 terkena bahana ini ye ler depan masjid macam makanan ada seperti beriani kambing dan entah apa-apa lagi lepas tu bila masuk masjid ramai jadi pendengar yang lelap...terhanguk-hanguk...aduhhh.
5. Suka bersembang waktu khutbah ader ajer cerita macam waktu yang ada 24 jam sehari tu tak cukup masa tazkirah dan khutbah tu ler nak cerita macam-macam simpan ler nanti keluar daripada masjid nak cerita sampai pagi pun ok.
dan bermcam-macam lagi amg syorkan lah setiap masjid ada cctv mana-mana jemaah yang berkelakuan seperti diatas fokoskannya dan tunjuk pada skrin besar ..emmm mungkin lepas nie ramai tak berani nak buat....
ok tak idea amg....
No comments:
Post a Comment