Untuk Semua Insan yang ingin bertukar pendapat dan hobi disamping menambah sahabat atau kawan diatas muka bumi Tuhan yang luas ini.
Monday, August 15, 2011
Tazkirah Ramadhan
Kali nie amg nak kongsi tazkirah yang amg dengar tadi di Surau Al Mutaqim tempat amg duduk ler, emm nak cerita pak iman bagitahu kita bukan setakat perlu beriman pada Allah tapi wajib mencegah kemungkaran katanya pada zaman puak-puak bani Isarel dulu para-para alim dia hanya tahu beribadat pada Allah tapi takut untuk mencegah kemungkaran maka sebab itu Allah murka pada alim-ulama tersebut, begitu juga dalam masyarakat kita sekarang kita jangan asyik pergi surau balik surau tanpa memperdulikan maksiat yang berlaku sekeliling kita takut nanti bencana datang tanpa mengenal siapa perlakunya. Pak iman bagi tahu pernah pada Zaman Nabi , Nabi tak nak masuk satu kampung kerana didalam kampung tersebut ada pasangan yang melakukan zina, Nabi takut jika Allah turunkan bencana pada kampung tersebut takut menimpanya juga, masyAllah, jika difikirkan kat Malaysia bukan nak kata maksiat dah berpuluh-puluh jenis maksiat dah berlaku sumbang mahram, anak luar nikah, rogol dan macam-macam lagi.......emmm gerun dan takut?. Moga-moga kita semua dilindungi oleh Allah..Amin
Labels:
agama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment