SMS adalah satu perhubungan yang cukup mudah, tetapi kadang-kadang nak sms pun tidak sempat adakah masa selama 8 jam tidak mencukupi, kadang-kadang buat amg garu kepala adakah amg terlalu sibuk berkerja, sebenarnya dah sifat amg selagi ada kerja belum siap memang amg akan fokus dan fokus untuk menyiapkan kerja sebab amg ini bukanya bos tetapi pekerja iaitu orang kata dalam bahasa mudah makan gaji.
Satu SMS kadang-kadang membuatkan satu senyuman akan terukir dengan indah sekali dan kadang-kadang ianya boleh menghilangkan stress pada hari tersebut, tetapi mengapa terlalu sukar untuk amg melakukan adakah amg tiada masa.
Walaupun amg tidak berkesempatan untuk menghantar atau membalas SMS ingatan sentiasa ada dihati ini buat sahabat-sahabat atau siapa sahaja yang mengenali diri ini, bukanya amg sombong jauh sekali untuk melupakan dan tidak sekali untuk melukakan hati.
Disini amg nak coretkan pantun khas buat sahabat amg.
Dari Pasir Mas ke Pekan Meranti
SMS tak dikirim tak semestinya lupa dihati
Takut di baca sudah bosan nanti.
Sebab idea bernas tak datang lagi.
Ingin dihati nak jadi penulis
Tapi syarat tak cukup lagi
Sudah banyak SMS yang ditulis
Tapi nak tekan send tu yang tidak buat lagi
No comments:
Post a Comment