Wednesday, November 21, 2012

TIPS BERMADU

Sebenarnya amg nak kongsi satu tips, tips ini amg dapat masa amg bertugas di Bukit Fraser Pahang selama hampir 2 tahun.....ya satu tempat yang sejuk dan nyaman dan salah satu tempat amg berbulan madu .......emm sebelum bagi tips amg nak syerlah pengalaman tinggal disana memang menarik tapi sunyi menarik sebab cuacanya yang berkabus dan dalam suhu ala-ala cuaca eropah kahh..dan sunyinya isteri berkerja di KL waaaa,Walaupun tak pernah jejak kaki kesana maklumlah poket kempis, selama hampir 2 tahun habis serata tempat di bukit fraser itu dijajahi.....Hobi  waaa rasa nak menagis mula-mula pergi dan bertugas disana ehh apa aku nak buat atas bukit nie, nak main bola emm sudah tak larat, nak main ping-pong mana ada orang nak main, nak main bowling mana ada tempat bowling emm termenung aku sorang diri waktu-waktu petang hampir sebulan gamaknya.

Otak aku pun mula berputar tak boleh jadi nie, kalau lama-lama  boleh buat aku angau, dan syukur aku diperkenalkan dengan permainan baru yang aku tak pernah main masa kecil iaitu GOLF, aku diperkenalkan permainan ini oleh seorang pegawai yang bernama Encik Salleh mulalah hampir tiap-tiap hari main golf iaitu satu sukan yang senang dimainkan semasa aku tinggal di bukit fraser nak tahu masa tu membership hanya RM100, weekdays main free hanya weekend sahaja bayar itupun RM10.00, tapi sekarang set golf aku tu...dah hampir 9 tahun tak menyabit ( gelaran utk sukan golf) tapi dia punya art dalam diri aku tu ada algi heee.

Opsss mana tipsnya 

Begini tipsnya pesan penceramah yang aku jemput untuk berceramah ditempat aku tu bila solat berjemaah dengan isteri doakanlah pada tuhan dan minta tuhan lembutkan hati isteriku supaya membenarkan aku kahwin lebih daripada satu, doa nie mesti di baca dalam bahasa Arab , isteri di belakang pasti akan amin dan amin bacaan doa suami, mungkin satu hari nanti doa itu makbul......kalau isteri ustazah jangan baca doa ini sebab dia lebih pakar bahasa arab daripada kita...

emmmm   harap pembaca jangan marah, buat sahabat amg pun .....jangan mare yer......


No comments:

Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya