Hujan masih renyai -renyai diluar tinggal di kejiranan taman perumahan kadang-kadang seronok juga buat masa ini, jiran-jiran amg semuanya ok setakat ini sebelah rumah amg tauke bengkel kereta bangsa cina yang amg rasa jiran yang baik, sebelah kanan keluarga muda bangsa sama dengan amg melayu depan rumah jauh sikit keluarga india kerja manager dengan syarikat telekomunikasi emmm dah jadi macam 1 Malaysia, amg memang berdoa masa nak beli rumah dulu biarlah dapat jiran-jiran yang baik.
Sebenarnya amg tiada idea sangat nak tulis apa-apa tapi amg dapat satu tajuk yang sesuai yang selalu kita jumpa bila membeli sebuah buku iaitu Hak Cipta Terpelihara,sebelum amg mengulas lebih lanjut amg baru singgah melawat beberapa blog kesukaan amg termasuklah blog sahabat amg tu, terdiam sekejap amg bila baca mutiara kata dalam blog sahabat amg tu mutiara kata itu untuk siapa agaknya? Hanya penulisnya sahaja yang tahu ? Mungkin untuk suami yang jauh diperantauan mencari rezeki? , biarkanlah mungkin ada sambungan dari mutiara kata tersebut ? Sahabat amg tersebut memang ada tokoh sebagai penulis buku...........
Jam 11.45 malam
Opss nampaknya dah semakin jauh menyimpang dari tajuk kalau ambil periksa buat karangan confirm amg akan dapat kosong atau dalam bahasa glamor dekat sekolah akan dapat telor ayam hemmmmm.
Okey, secara logiknya Hak Cipta Terpelihara ini para pembaca akan selalu jumpa pada muka surat pertama atau kedua setiap buku, novel atau apa-apa bacaan memang jika fikir dari segi perniagaan dan idea pengarang atau penulis buku tersebut adalah penting kerana ianya adalah hak milik mutlak dan sumber pendapatan, tetapi kan kalau kita baca lagi dengan lebih jelas ....ayatnya berbunyi sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan, disalin , dipindahkan.....dan lain-lain lagi.....tanpa mendapat kebenaran.
Cuma amg keliru bagaimana agaknya jika perkara tersebut pun ada dalam buku -buku agama ,kitab-kitab kita dan sebarang cerita mengenai islam bagaimana penyebaran islam tersebut hendak dilakukan adakah kita perlu sentiasa meminta izin daripada penerbit ataupun penulis, susahkan sudahlah para tabligh-tabligh kita tidak sehebat tabligh kristian, fikir-fikirkanlah, amg rasalah ayat yang sesuai digunakan ialah sebarang penerbitan atau pengunaan bahan-bahan dalam buku ini adalah dibenarkan disalin, dicetak dan diedarkan bagi maksud peyampaian dan peyebaran agama islam kecuali jika maksud keuntungan bagi individu atau percetakan adalah tidak dibenarkan sama sekali, Ok tak amg rasa penulis mungkin akan dapat pahala yang lebih lagi, fikir-fikirkanlah
12.05 pagi
Mata dah mengantuk amg minta maaf jika ada yang tidak berapa setuju dengan cadangan amg....nak singah blog sahabat amg sekali lagi.......tertunggu coretan-coretan terbaru dari blog-blog yang amg selalu kunjung...byeeeee.
No comments:
Post a Comment