Sunday, October 21, 2012

Tahniah buat Zulfahmi Moto 3

Juara dalam pembikinan itulah ayat yang sesuai yang amg tujukan pada Juara Muda dari Malaysia dalam acara lumba Moto 3, baru jer amg dengar berita Zulfahmi berjaya juga mencipta kejutan dalam perlumbaan yang penuh dramatik dan mencabar litar basah dan cita-citanya untuk menjejak pondium buat pertama kali telah tercapai, Tahniah lagi sekali semoga pencapaiannya lepas nie akan lebih banyak dan seterusnya dapat beralih ke Moto 2 dan Moto GP.

Amg juga berharap agar kejayaan itu tidak melalaikan dia mungkin lepas ini banyak lagi usaha yang perlu dilakukan yang penting setiap usaha itu mesti ikhlas dan tidak lupa pada Allah. Siapa sangka dia juga mampu mencipta masa terpantas mengalahkan pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman dan mempunyai jentera-jentera yang lebih hebat. Itulah prinsip Malaysia Boleh tiada yang mustahil jika kita berusaha dan ada matlamat didorong pula peluang yang diberi oleh penaja seperti Air Asia.

Amg setakat nie tiada pengalaman lumba langsung,  masa muda-muda dulu tetapi pengalaman berkonvo itu adalah dan yang paling tak dilupa hingga sekarang ialah berkonvo dengan motosikal pada zaman 90an, 20 buah motosikal wah rasa-rasanya memang cukup manis dan seronok.

Masa muda tidak akan kembali lagi , dah rasa berkonvo-konvo dengan motosikla, sudah rasa lepak sampai 2 pagi main snooker tapi tak pandai-pandai sampai sekarang........itulah masa muda yang penting halal, haram mesti diketahui......bye buat pembaca.

No comments:

Surah Al-Kahfi




free counters

Harimau..Malaya

Harimau..Malaya