Dah hendak masuk pukul 1.00 tengahari, anak-anak dengan rancagan kartun TV astro dan yang no-3 aku hampir hendak tewas bila lihat adik-adik dia yang berumur 4 dan 5 tahun makan ayam goreng. Kesian juga tengok, tapi hari ini amg tidak bagi peluang untuk tidak berpuasa sebab semalam dah bercuti daripada berpuasa, anak-anak perlu dididik untuk belajar berpuasa daripada usia kecil supaya bila besar tidak menjadi masalah macam amg sudah mula belajar berpuasa pada usia 7 tahun ataupun darjah satu.
Emmm bulan puasa ini banyak pula idea hendak tulis, kadang hendak sahut juga cabaran daripada sahabat amg yang suka menulis diblog, Opss sebenarnya amg sekadar hendak berkongsi ilmu berkenaan sebahagian kecil tazkirah yang amg yang dengar semasa bersolat Tarawikh di surau Al-Mutaqim semalam, berkenaan sebahagian sifat manusia yang menyambut kedatangan Ramadhan yang amat mulia dan berkat ini.
Yang Pertama berpuasa hanya sekadar ikut-ikutan sahaja, sebab orang lain berpuasa dia pun berpuasa sebab bukan takut pada Allah ataupun menunaikan tanggungjawab sebagai seorang mukmin yang beriman tetapi takut MALU, nanti orang kata sudah besar panjang pun puasa masih tidak mampu dilakukan, orang yang macam ini memang hebat bila waktu berbuka jika pasar Ramadhan dia tidak pernah tidak hadir bahkan kedua-dua tangannya penuh membimbit berbagai jenis lauk-pauk dan kuih-muih rasanya kalau boleh dengan gerai-gerai sekali mahu dibeli sebab hendak qada makan tengahari dan minum petang.
Yang Kedua adalah dia melihat bulan Ramadhan sebagai satu bulan yang penuh untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin, kalau boleh bukan setakat satu gerai tetapi tiga gerai pun kalau boleh dia nak jaga sekali untuk dibuat berniaga, berniaga tidak salah tetapi kata penceramah itu tentang puasa dan solat, kalau dah pukul 3.00 dan sedia untuk berniaga pukul 4.00 petang siap pasang khemah dan selepas pukul 8.00 malam baru tutup kedai mana masa untuk solat zohor, ansar dan tarawikh...emmm tetapi amg rasa tak semua macam itu kot mungkin ramai peniaga yang menjaga solatnya dan puasanya.
Yang Ketiga pula manusia yang mengangap puasa hanya persinggahan yang penting berhari raya, yang jenis macam ini kalau setiap hari minggu pada bulan Ramadhan pasti pusat membeli-belah adalah rumah keduanya, rasanya baju yang dibeli, kuih yang dibeli tidak cukup untuk menyambut hari raya, rasanya seronok bershoping dan terperap dipusat membeli -belah daripada datang ke surau dan masjid, prinsip mereka beraya hanya setahun sekali biar berhabis asalkan beraya mereka tidak tahu bahawa mati pun hanya sekali tiada dua dan tiga, Raya ? mungkin banyak kali kita boleh sambut.
Kesimpulannya bulan puasa ini adalah bulan yang Allah janjikan dengan seribu nikmat jadi rebutlah dan perbanyakkanlah amalan sebab 11 bulan mungkin kita sudah lalai jadi dalam sebulan ini rebutlah sebaik mungkin sebab semua manusia waras bila di tanya semua hendak syurga tiada yang hendak neraka semua rindu untuk berjumpa bidardari -bidardari yang cantiknya tiada tandingan dengan makhluk dibumi ini.
Wasalam dari amg sekadar Tazkirah dibulan ramadhan, ambil petunjuk dari Ayat Al-Quran iaitu kita hendaklah saling ingat mengingati dan berpesan-pesan pada kebenaran. Tazkirah diatas telah diolah oleh amg . Wasalam sekali lagi.
No comments:
Post a Comment